h1

Agama dan politik perlu bersama atau dipisahkan(sekular)

May 21, 2007

Agama dan politik perlu bersama atau dipisahkan(sekular)

Oleh:YaWauSin Aljohori

Kenyataan ahli politik yang jahil:

“Agama dan politik tidak boleh dibawa bersama,agama adalah agama dan politik adalah politik dua-dua tidak sama.Orang agama perlu hanya duduk dimasjid biar orang yang macam kami ini sahaja yang menerajui Negara,kamu semua mana tahu apa kami buat.Dalam Quran takde pun cerita pasal Politik,oleh itu kamu semua duduk diam-diam kat sejadah tu!!!”

Keluhan demi keluhan dapat saya dengari disekeliling saya apabila suara-suara ini berkemundang dalam pelbagai medium.Namun tak lepas juga menyokong dan ada juga yang membangkang sekeras-kerasnya.Saya tidak tahu mana silapnya kita semua dalam memahami konsep politik dan agama,adakah kita memang tidak pernah diajar mengenai agama sejak dari bangku sekolah?Tidak mungkin.Atau kita sensetif dalam mendalami ilmu politik hinggakan kita dimomokkan dengan pelbagai sekaatan dan tegahan dalam mempeljarinya dalam mata peljaran sejarah dan sebagainya.(dan perkara ini memang terjadi sehinggakan di Universiti,apabila pembicangan politik dibincangkan maka pelbagai sekatan dan peraturan diletakkan.Jika begitu apa yang boleh dibincangkan?Kalau perbincagan hanya berputar pada skop yang kecil dan yang hanya baik-baik saja apa lagi yang boleh dibincangkan???Sedangkan kita tahu dunia politik ada pelbagai ragam dan rencah!!

Dan berbalik kepada dialog diatas tadi,saya mahu mengajak para pembaca saya untuk berfikir sejenak tentang perkara ini.Adakah agama tidak ada tempat dalam politik dan politik itu hanya untuk orang-orang yang bukan beragama???Saya tidak pasti adakah hujah ini boleh dimasukkan dalam benak kita atau tidak.Saya hanya dapat merasakan bahawa pemikiran pelik ini memang nyata disumbat dan disuap dari buah fikiran barat.YA!!!Dari barat,memang jelas ia berpunca dan bersumberkan dari barat idea memisahkan agama dari pentas politik.Semua ini berpunca dari kekecewan mereka terhadap penguasan gereja yang hanya bertumpu dan berkisar dengan urusan keagamaan dan kerohanian sehinggakan melupakan kemajuan dan pembanggunan..

Namun yang menyedihkan ada juga Negara islam yang menerima suapan idea tersebut dan kemudian menjadikannya sebagai satu wadah perjuangan mereka.Contoh Negara yang paling menonjol dalam melaksanakan idea ini adalah Negara Turki yang suatu ketika pernah diperintah oleh Kamal Attartuk.Kamal memerintah Negara secara kejam lagi-lagi terhadap penganut agama Islam,dan permerintahan beliau penuh dengan darah dan noda.Semua ini menjadi kukuh setelah jatuhnya empayar Islam yang pernah berkuasa suatu masa dahulu iaitu Kerajaan Uthmaniah yang kita maklum sebuah kerajaan Islam yang hebat dan benteng politik terakhir umat Islam.Kemudian Turki bertukar menjadi sebuah Negara Sekular yang memisahkan agama dengan segala aktiviti dunia.Oh..sungguh sedih bila mengenangkan kembali peristiwa ini…….

Dan yang paling menyedihkan ialah Negara-negara Islam yang lain mula mahu mengikut gaya dan idea Turki untuk mensekularisma corak pemerintahan mereka.Dan yang tidak disangka-sangka Negara-negara Arab juga mula terpengaruh dengan idea dan konsep ini dan Negara Arab yang paling menonjol ialah Negara Mesir.

Suatu ketika dahulu seorang pemimpin tertinggi Mesir pernah menyuarakan “Saya sungguh kagumi terhadap pemikiran dan pemahaman Attartuk tentang makna Daulah(Negara) yang moden”(Feqh Daulah dalam perspektif Quran dan Sunnah Oleh Syeikh Akbar Yusuf Al-Qardhawi).

Selain daripada Ahli politik pemikiran Sekular ini juga pernah menyusup kedalam pemikir Islam antaranya adalah Syeikh Ali Abdurazak iaitu salah seorang ulama Universiti Al-Azhar.Tulisannya yang menimbulkan kontraversi ini boleh dibaca dalam bukunya iaitu Al-Islam wa Usulul Hukmi(Islam dan perinsip-perinsip hokum), karyanya itu dibangkang dan mendapat bantahan dari kalangan majority para ulama Azhar dan kelayakan beliau sebagai Ulama dan Ahli akademis dilucutkan serta merta.Nah!!!Betapa bahayanya pemikiran yang mahu memisahkan agama dan Politik ini sehinggakan Agamawan boleh terjerumus dalam idea sekularisme ini.Sungguh bahaya,jika semua ini tidak dikawal dan diawasi tidak mustahil Negara kita juga bakal dijajah oleh pemikiran impralisme ini.Tidak mustahil kerana bibit ini telah boleh kita Nampak,antaranya kedibreliti Mufti dipersoalkan ,fatwa mufti diperlekehkan dan banyak lagi dan baru-baru ini adanya menteri kita mengusulkan agar JAKIM mengawasi Mufti..Aduh!!Apa sudah jadi JAKIM pula mahu mengawasi Mufti yang dilantik oleh Sultan….Betul tak apa yang saya katakan,tidak mustahil perkara ini boleh terjadi,hanya masa yang akan tentukan.

Saya tidak berniat mahu memanjangkan tulisan ini kerana niat dihati hanya mahu membawa satu perkara yang dapat menyedarkan para pembaca yang pemikiran kita sekarang tengah dijajah.Belum lagi saya sentuh isu terjajahnya pemikiran anak muda kita dengan gejala “popular” dengan memasuki AF dan sebagainya.JIka kita tidak sedar siapa lagi yang mahu menyedarkan kita???Kita itu dirujuk kepada semua pemuda dan pemudi islam yang sedang membaca blog saya ini,bila lagi kita mahu mencantas pemikiran busuk ini,JAngan ditunggu-tunggu,takut-takut semua urusan agama diberi kepada yang tidak berkelayakan kemudian Negara menjadi Negara secular yang mungkin satu hari lebih teruk dari Negara Turki.Bukanlah saya mahu anda semua memberontak dan memasuki mana-mana parti polik sama ada yang hijau atau yang biru,tapi saya mahu anda semua mula berfikir tentang bahayanya pemikiran secular jika ia menjajah dan menjadi sebatian dalam pemikiran kita semua.Fikirlah kerana itulah fungsi utama Allah menjadikan Akal untuk manusia…Fikir dan renungkanlah permasalahan ini sebagai satu tanggungjawab kita sebagai seorang yang bergelar Muslim…………..

“Jika amanat disia-siakan,maka tunggulah kehancurannya”.Ada yang bertanya “bagaimana menyia-nyiakannya?Baginda menjawab, “Jika urusan diserahkan kepada bukan ahlinya,maka tunggulah saat kehancurannya”.(riwayat Al-bukhari)

…………………….renung-renung dan fikir-fikirlah …………….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: