h1

Sikap bila berhadapan dengan masalah murtad!!!!

May 10, 2007

Sikap bila berhadapan dengan masalah murtad!!!!

*11 mei 2007 5.25 pagi,,artikel kedua pada hari sama setelah menulis pasal ketidaksempurnaan manusia….

Dua bulan lepas saya ada bentangkan kertas kerja saya mengenai murtad di IIS,dan kini saya pula berhadapan dengan perkara ini didepan mata saya.Namun kali ini saya bukan mahu bincangkan kertas kerja saya tu,tapi saya nak bincang mengenai sikap kita bila berrhadapan dengan situasi ini.Banyak orang dan sikap yang pernah saya jumpa dan sikap-sikap inilah yang kadang-kadang menambah masalah dan menambah buruknya dari baiknya.

Saya hairan bila ada sesetengah orang ni bersemangat kemain tinggi tapi tak kena pada tempatnya.Bersemangat mencaci dan memaki meraka2 yang murtad dan sebgainya memang kerja mereka dan kalau boleh diorang ni kalau dibenarkan membelasah pon meraka akan belasah.Oh..sikap apa ini?Adakah ini yang diajar oleh Islam?Adakah ini yang diajar oleh nabi?Tentu sekali tidak,sikap kita sepatutnya apabila berhadpan dengan perkara ini perlulah bertenang dan cuba mencari altenatif bukannya terus menyerang.

YA!!Mencari altenatif bukannya menghukum!!Siapa kita mahu menghukumnya?Oh ya pasti yang akan kata “Hukum orang yang mnurtad adalah bunuh!!!kita bunuh dia!!!” wah!Bersemangat bang nak bunuh orang..Lucu bila orang yang tidak tahu mahu menahu-nahu(betul ke bahasa saya ini.Tak kisahlah yang penting faham).Tahukah kita bahawa berhukum dengan hokum Allah itu perlu ada peringkatnya dan caranya.Bagi mereka yang tidak baca lagi kertas kerja saya mengenai murtad ini saya sarankan untuk baca. http://ibnuyusofaljohori.blogspot.com/2007/02/murtad-dan-perbincangan-ilmiah.html

Inilah mentality kita apabila berhadapan dengan situasi ini,lagi2 bunuh!!kenapa kita tidak mahu mencari altenatif untuk membendungnya????Adakah kita pernah mendekati mereka-mereka ini?Adakah kita mengenalinya??Tidak!! tapi kenapa kita beriya2 mahu membunuhnya?Aduh kesian sungguh dengan “orang-orang lalat “ ini,busuk melata tapi mahu membersihkan orang lain.

Saya disini bukan mahu memberi tip-tip untuk berhadapan dengan situasi ini tapi sekadar mahu membawa para pembaca saya muhasabah diri sebelum mahu menghukum orang lain.”Dalil?Sudah banyak saya bawakan tapi tiada seorang pun mahu mengendahkan,biarkan kali ini saya membawa tulisan saya mewakili suara hati orang2 yang murtad ini.Bukan saya mahu membela perbuatan mereka tapi saya kecewa dengan sikap orang-orang yang mengaku islam tapi bersikap tidak islam bile berurusan dengan masalah ini.Adakah kita pernah cuba merasai bagaimana perasan mereka ketika membuat keputusan berbuat begitu?Adakah kita pernah mengambil tahu apakah puncanya??TIdak!!kita semua hanya tahu melihat kesalahan mereka tapi tidak mahu ambil pusing apa sebabnya..Ah persis seperti orang gila kamu semua ini,berbuat sesuatu tanpa berfikir panjang,hanya turutkan nafsu syaitan.Bergelak sakan syaitan bila melihat semua ini,.Sedih!!persetan dengan sedihmu yang hanya sebentar tanpa ada kesedaran yang azali didalam dirimu.

Ayoh saudaraku,kita bermujadalah dengan berhikmah bukan dengan kata-kata kesat dan perbuatan yang tidak senonoh(menampal poster,mencarut,mengutuk di shoutbox dan sebagainya)..ADuhai saudaraku,banngunlah dari lelapmu itu..Bersihkan sikapmu dari kotoran jijik yang melekat diseluruh tubuhmu sebelum bersemangat membela Islam.

sekian dari sahabatmu yang bingung dengan sikap kotormu……

[16.125] Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.

2 comments

  1. salam,

    nk kasi comment gak la berkenaan dgn isu2 murtad ni.walaupun tak baru,dan tak sepanas seperti dulu (yelakan,mende cepat jek org lupe,sedangkan ianya masih berlaku).

    banyak punca yg menyebabkan ianya berlaku namun apa yang saya boleh konklusikan (cewah!) kat sini dgn secara ringkas sekali ialah ;
    AKIDAH.

    bila akidah tiada/tak kuat,macam2 boleh perkara boleh berlaku,contohnya ;
    – kurafat – takut kat pokok besar lebih dr pencipta pokok (contoh je ek)

    -murtad —> yg kita sedang bincang.

    – an the list goes.

    antara punca2 murtad yang biasa kita dengar ;
    – kisah silam yang pahit
    – kawin dgn org yg beragama lain
    – soalan yang ‘ajaib’ dan tiada jawapan.

    rasanya tak perlu lagi dihuraikan tentang kisah silam yang pahit dan kawin dgn org beragama lain sbb selalu sgt kita dok baca & dengar kn?
    contohnya ; ayah kita dulu2 masa kecik2 suka sgt mabuk ngan judi,pastu selalu pukul kita ngan mak kita.pastu jual ngan org laen sbb kalah judi (contoh je ek)

    kawen? lagi mao cerita ka? =P

    soalan2 ‘ajaib’
    -kebanyakan soalan yang ditanya tak dpt dijawab dgn tepat,terperinci.
    -selalu budak2 tanya,pastu ustaz2,ibu bapa marah,jgn tnya soalan pelik2,nnt leh gila.

    meh kita tgk contoh soalan dan jawapan yang kadang2 kita sendiri tataw ;

    soalan ;
    -“ayah2,Allah dok mana?”
    -“mama,sape Allah tu?”
    -“ustaz,camne rupa Allah?”

    jawapan ;
    -jgn tnye soalan2 camtu lg,nnt Allah murka,pastu leh jadi gile.

    soalan ;
    -“nape kite kne solat?”
    -“nape taleh minum arak?”
    -“nape kne tutup aurat?”

    jawapan ;
    -dah Allah soh wat camtu,tayah tnye lagi la..

    antara2 soalan2 dan jawapan2 yang selalu kite dengar bile kecik2 dulu ,takpon yang kita selalu jawab kat adik2/anak2 kita sendiri.

    sebab apa?persoalan akidah.dan perlu dijawab.itu pada hemat saya,jgn sekadar menjawab bagi melepaskan diri.kadang2 jawapan diatas tu cam tak logik,tak masuk akal.kn?
    tataw nk jawab? belajar & tnye org yg lebih taw.

    perlu diingatkan,sy bukan menghukum atau apa2 kat sini,sekadar kongsi pendapat.

    org yang dok pakai mykad label “Islam” pn kadang2 tak hidup secara Islam ; minum arak,tak solat,tak puasa,bukak aurat,dan macam2 lagi la..tu masuk kategori mana? murtad ke islam?kalo solat tak penah,baca quran tak penah,mengucap bila? asek dok clubbing sana sini.tp ngaku islam,sambut raya.sambut awal muharram,sambut maulid nabi.

    org2 yg pakai mykad label islam tp hidup tak secara islam gini,rasa2nya penah tak dorang tnye soalan bab2 akidah ni? senang cite,penah tak dorang amik pusing bab2 islam?

    hukum bunuh.

    masa kecik2 dulu,selalu je mak ayah,cikgu,ustazah sy dok citer mende ni,murtad hukumnya bunuh!

    ada org tu plak,mmg bagus,patuh kpd ustazah dorang agaknya,smpi sesape je murtad,die lah org pertama yg hunus pedang nk bunuh.

    agak2nya kalo sedara/mara/kekasih die murtad,sanggup ke die bunuh?
    ke die yg pertama tolong sembunyikan?
    tah2,die plak yg kate islam takpraktik zaman sekarang?

    bukan sy nk menentang hukum ke,nk persoal ke nk kata hukum tak praktik ke ape.tp bila pikir2 balik,pikir2 balik,pikir2 lagi.(bayangkan,byk kali yg sy pikir), dan tambah pula org2 dulu greek (agak2 je) penah kata “Prevent is better than cure”.

    bila kita tengok cliche ni,penah tak kite terpikir nk dakwah org2 yg macam ni?tak sayang ke kite kat sedare2 kite yg mcm tu? snggup ke kite kne tnye kat akhirat nnt nape tak dakwah dorang? sudi ke kne heret kalo dorang kne campak kat api?

    pada hemat sy,prevent=dakwah.
    dakwah lebih penting dr bunuh.setuju tak?

    kalo dorang tak phm apa tu islam,sapa Allah,nape kne solat dan sebagainya dan dorang nk kuar Islam sbb tak paham, betol ke tindakan kite nk bunuh die?
    betol sgt ke kite ni? hukum2 ni sy tinggal kpd yg lebih arif.

    apa yg sy nk emphasize kat sini ialah dakwah.dakwah comes first,in the first place.


  2. I like the picture. Pink Floyd is an excellent band.

    Nothing else to add, really.



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: