h1

MENGISLAMISASIKAN BUDAYA SKINHEAD

April 23, 2007

MENGISLAMISASIKAN BUDAYA SKINHEAD

oleh:Yussamir yusof aljohori

*artikel kali ini menggunakan kata nama ‘aku ‘untuk kenakan dengan tajuk kali ini.Harap maklum

Berpakaian kemas dengan baju berjenama Ben Sherman,Lonsdale,fred Perry dan Merc,berkasut Dr Marteen kemudian seluar pula pula berjenama Levi’s ,wrangler dan lee dan berambut botak memang cukup bergaya dan smart.Namun itu semua sudah berlalu,aku hidup tidak tentu arah ketika itu,dengan menghafal beberapa Fanzine bagi memantapkan’knowledge’ antaranya Anarchy and chaos zine dan youth of culture dan berbagai lagi.Dan yang aku tak dapat lupakan aku pernah mengkhatam Bible Skinhead spirit of 69(atau lebih dikenali dengan nama SHAM 69) semata-mata untuk menunjukkan aku sebagai Da tru skinhead.

Pengalaman semua itu membuatkan aku lebih matang menghadapi atmosfera globalisasi yang kemaruk dengan budaya-budaya barat yang hanya mengenal erti untuk menghacurkan remaja-remaja timur.Aku dah rasa semuanya,tapi dalam memperkatakan tentang Skinhead ini,tidak semua aku merasakan idealogi mereka teruk dan haprak.Aku berani kata begitu sebab aku pernah bersama mereka selama 2 tahun lebih.Tak tahulah kalau korang semua tidak setuju dengan bicara aku kali ini,aku sebenarnya sudah lama mahu menulis perihal ini,tapi aku takut korang tak dapat menerimanya lagi.Tapi akhirnya aku coretkan bagi panduan kita bersama.


Sebelum aku cerita panjang aku nak ceritakan serba sedikit apa itu Skin head dan apa tujuan idealogi in.Budaya Skinhead bermula pada tahun 60-an,time tu ekonomi Britain merrosot,time tu jugalah wujud kumpulan anak muda di Chelsea dan East End di London yang mengangap diri diorang ini tersisih dari masyarakat.Kemudian diorang memang anti kapitalsime, diorang rasa kapitalisme ini hanya mengkayakan sebahagian masyakat dan memiskinkan sebahagian lagi masyarakat.Dan bagi memastikan kewujudan kumpulan mereka disedari diorang ini membawa satu budaya dan fesyen yang baru pada era itu.Dan mereka menggelarkan diri diorang sebagai SKINHEAD.(taktaula kalau salah sejarah ini,sebab aku dah ingat-ingat lupa,saper2 yang masih ingat kalau salah tolong betulkan).Dan mereka terbahagi kepada dua budaya kecil iaitu MOD dan RUDE BOYS.MOD diorang lebih pada fesyen dan RUDE BOYS lebih pada lagu macam Reggae dan ska.(kalau kita ikut dengar lagu-lagu dari ACAB dan GSC kita akan dapat tahu macamner bentuk lagu tu.Lagu dua-dua kumpulan yang aku cakap in boleh dicari kat kedai-kedai di Malaysia)

Skin head kalau kat Malaysia ini terbahagi kepada beberapa mazhab atau idealogi iaitu TRAD,SHARP,NAZI DAN JUGA SCAR(ini antara yang aku masih ingat).Dan yang menarik minat aku untuk menceritakan pasal skinhead ini adalah mengenai idealogi SHARP.
Perkataan SHARP ini diperoleh daripada perkataan SkinHead Anti Racial Prejudice.SHARP diasaskan bagi membersihkan nama skinhead dari sikap perkauman,kerana ketika itu skinhead dikaitkan dengan sikap perkauman.Antara slogan perkauman yang dilaungkan ialah White power dan mangsanya ialah orang kulit hitam.


Dan disebabkan idealogi ini lah aku tertarik untuk menceritakan disini.Dan aku merasakan jika idealogi ini dapat diislamisasikan mungkin ia akan menjadi senjata ampuh umat islam untuk berdakwah,Dan idealogi ini juga selari dengan ajaran Islam,sepertimana Rasulullah sendiri telah mengumandangkan pernyataan, bahawa orang yang berbuat demikian (assobiah) tidak akan diakui sebagai ummatnya. Sabda Nabi: “Bukan dari golongan kami siapa saja yang mengajak kepada ashabiyah, bukan pula dari golongan kami orang yang berperang kerana ashabiyah, dan tidak juga termasuk golongan kami orang yang mati kerana ashabiyah.” (Riwayat Abu Daud)

Oleh disebabkan itu lah aku memandang baik idealogi ini,(walaupun pada ketika itu aku tidak tahu apa pon pasal hadis ini).

Selain daripada idealogi ini mereka juga ada prinsip yang aku rasa ia pon selari dengan islam iaitu brotherHood (persaudaraan).Prinisip ini membuatkan kitorang betul-betul rasa selamat dan kemana saja kitorang gerak kitorang akan gerak sama-sama kumpulan.Kalau sekarang ini boleh dikatakan bergerak dalam satu jamaah.(hehehehe) .Dan kalau dalam jamaah tu kitorang akan kongsi apa sahaja yang kitorang ada,dan tidak ada erti kedekut atau pentingkan diri sendiri.Dan aku masih ingat lagi ada satu pergaduhan besar kat JB antara idealogi Sharp dari Kumpulan Jb riot dan Malay Power yang beridealogikan Nazi dan time tu aku belum jadi otai lagi.Pergaduhan itu bagi aku ia adalah satu kejadian yang menunjukkan persaudaraan kitorang memang kuat dan jitu(pandagan aku pada masa tu).Dan pada masa sekarang aku merasakan kalaulah prinsip Brotherhood Jb riot dapat diISLAMISASIKAN alangkah bagus,Kerana prisnip persaudaraannya itu juga adalah selari dengan islam.Sepertimana dengan Sabda Nabi“Tidak sempurna Iman seseorang itu sehingga dia mencintai sahabatnya seperti mana dia mencintai dirinya sendiri (hadis sahih).Dan aku cukup-cukup berharap jika cita-cita aku ini iaitu untuk mengIslamisasikan budaya Skinhead dapat dilaknsanakan dan dapat sokongan dari semua pihak.Kerana peradaban islam pernah mengIslamisasikan beribu budaya kuno pada zaman silam antaranya budaya India,melayu dan lain-lain.Dan aku mengharapkan idea ini dapat membuka minda semua masyarakat agar kita dapat melihat kebaikan pada keburukan.Kerana tidak semua yang buruk adalah rosak dan tidak semua yang baik adalah intan. Tidak ada yang mustahil~sekian……..

One comment

  1. One of my favorite movie…
    “AMERICAN HISTORY X”
    kene tgk saper yg blum tgk..huhu
    baru boleh menjiwai artikel ini…hahaha



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: