h1

BOLEH KE SOLAT DENGAN BERKASUT???

April 17, 2007

BOLEH KE SOLAT DENGAN BERKASUT???

Oleh:yussamir yusof aljohori

Alhamdulilah Ahad lepas saya baru tamat program Mukhayam di Pahang dan alhamdulilah semuanya berjalan dengan baik.Perjalanan program tersebut akan saya ceritakan kemudian kerana artikel pada kali ini saya ingin menjelaskan satu permasalahan yang meragukan sesetangah muslim.Semasa saya mengikuti program mukhayam tersebut timbul satu persoalan dikalangan perserta mengenai boleh atau tidak solat dengan berselipar/berkasut?Kebetulan pula saya menjadi imam dan kami diarahkan untuk solat di padang,dan ketika itu ramai yang termangu sama ada nak pakai kasut/selipar atau buka.

Dan pada mulanya saya menyruh mereka semua untuk terus solat dengan berselipar/berkasut namun timbul keraguan di sesetengah makmum dan akhirnya saya menyuruh semua buka kasut/selipar bagi mengelakkan salah faham.Dan Alhamdulilah salah seorang makmum mendatangi saya selepas menunaikan solat dan mahukan saya membuat penjelasan tentang kebolehan memakai kasut/selipar semasa solat dan letakkan artikel itu di blog saya.Alhamdulilah setelah pulang ke MMU,saya terus menyelongkar kitab-kitab hadis dan buku-buku yang berkaitan dengan solat,antaranya ialah kitab sahih bukhari,muslim,nailul authar,sunan Tarmidzi(e-book Arabic),sunan Ibnu Majah(e-book) dan beberapa kitab muktabar lain.

Baiklah saya mulakan dengan hadis-hadis yang membenarkan kita solat memakai kasut/selipar:

  1. Said Bin Yazid Al-Azyid ra katanya “aku pernah bertanya Anas bin Malik adakah RasullAllah SAW pernah solat dengan memakai kasut?Anas menjawab “Ya!” (Hadis riwayat Imam Bukhari,Muslim dan dalam sunan Tirmidzi n0-396)
  2. Ibnu Abi Aus berkata bahawa pakciknya menerangkan bahawa “saya melihat RAsullAllah menunaikan solat dengan memakai kedua-dua kasutnya” (Hadis dari Sunan Ibnu Majah)

Dua hadis tersebut dengan jelas menyatakan bahwa RasulAllah memang ada memakai kasut ketika solat dan ia adalah menjadi sunnah nya dan para sahabat sendiri suka akan perbuatan memakai kasut ketika solat.

Saya ingin memetik kata-kata dari beberapa ulama hadis mengenai perkara ini,antaranya:

  1. Imam Tirmidzi didalam kitab sunannya ketikak meriwayatkan hdis pertama diatas berkata “Didalam bab ini terdapat hadis dari Abdullah Ibnu Masud,Abdillah bin Habibah,Abdillah bin Amr,Amr Bin Huraits,Syaddad bin Ans,Ats Tsaqafi,Abu Hurairah dan Atha’ dari bani hanidah.Dan hadis ini diamalkan oleh para ahli ilmu.
  2. Imam al-Iraqi didalam syarahnya terhadap kitab sunan Imam Tarmidzi “Bahawa solat dengan memakai kasut diamalkan dan disukai oleh Umar Al-khatab,Uthman Ibnu Affan,Abdullah Ibnu Abbas,Anas bin Malik,Salamah bin Al-Akwa dan Aus ibnu Ath-Tsaqafi (RA)

Ketika menjawab pertanyaan makmum saya mengenai bolehnya memakai kasut ketika solat ,saya menjawab degnan matan hadis yang tidak sempurna.Maka dikesempatan ini saya akan nyatakan sekali lagi hadis tersebut.Sabda Nabi Muhammad SAW “Berperilakulah yang berlawanan dengan orang-orang yahudi kerana mereka tidak mengerjakan solat dengan memakai sandal atau kasut mereka”(Hadis dari Syaddan binAus dari Ayahnya,Sunan Abu Daud no:622)..Hadis ini diucapkan oleh nabi disebabkan pada awal penghijrahan umat Islam ke Madinah ketika itu di Madinah sudah ada kaum Yahudi yang tinggal disana.

Dan apabila Nabi dan umat Islam mengerjakan solat di Masjid yang baru dengan tidak berkasut maka berkata penduduk kaum Ansar MAdinah bahawa orang Yahudi juga beribadah tanpa berkasut.Maka disebabkan itu nabi mengucapkan hadis ini.Namun kebolehan berkasut ini tidaklah khusus bila ada orang yahudi saja,kerana didapati setelah kejadian tersebut para sahabat dan Nabi sering solat memakai kasut dimana sahaja.

Antara syarat bolehnya memakai kasut ketika solat ialah,wajib memastikan dengan penglihatan biasa bahawa tiada kesan-kesan najis atau kotoran melekat pada kasut/selipar.Ini disandarkan dengan hadis nabi yang diriwayatkan oleh Abu Said al-Kudri ra “bahawasanya Nai SAW solat dengan berkasut,kemudian ketika sedang solat baginda membuka kasutnya lalu perbuatan ini diikuti oleh para makmum.Usai solat Nabi SAW bertanya “Mengapa kalian membuka kasut kalian?Mereka menjawab “kami melihat Tuan membukanya maka kami pun membukanya.Mendengar itu Nabi SAW berkata “Jibril datang kepadalu mengkhabarkan bahawa pada kasutku ada kotoran.Maka apabila kamu datang ke masjid hendaklah kamu balikkan kasut dan lihatlah apakah ada kotoran di telapaknya.Jika ada sapulah ia dan gosoklah ia dengan tanah,kemudian solatlah dengan memakainya”(Hadis dari Sunan Abu Daud-no:620)

Prof.Dr.Hasbi as-Siddieqie berkata “solatlah dengan memakai kasut adalah dibolehkan walaupun mudah membukanya.Dan ini bukanlah rukhsah bagi kasut yang panjang sahaja (but) kerana mengingati sukar untuk membukanya.Najis-najis yang terdapat pada kasut itu gosoklah pada tanah,bahkan sebahagian ulama berkata “demikianlah cara yang lebih utama(iaitu solat berkasut) (Prof.Dr.Hasbi as-Siddieqie-koleksi hadis-hadis hokum)

Walaubagaimanapun suasana masjid atau sura di zaman kini yang dilengkapi dengan permaidani dan marmar yang cantik sudah tentu tidak dituntut solat dengan memakai kasut didalamnya.Kebolehan memakai kasut itu lebih kepada suasana yang menuntut kita untuk solat memakai kasut,misalnya solat dipadang,tanah,hutan dan lain-lain.

Dan ada sebahagian kita akan ragu-ragu denga sunnah ini tapi kita kena ingat bahawa Sunnah Nabi adalah lebih utama kita ikuti dari pandangan kita sendiri atau keraguan nafsu.Imam Ibnu Qoyim menyatakan dalam hal ini “Diantara yang tidak menyenangkan hati orang yang was-was ialah solat dengan berkasut padahal ianya a adalah sunnah Nabi SAW dan para sahabat,.Imam Ahmad pernah ditanya mengenai solat berkasut, maka katanya “Demi Allah solat berkasut itu adalah baik benar” (Imam Ibnu Qoyim-ighastatul lahfan,ms 80)..

Kesimpulannya,solat memakai kasut adalah dibenarkan dan tidak timbul “kaki perlu jejak tanah” dan sebagainya.Kerana sunnah nabi adalah lebih utama kita ikuti dari pandagan kita sendiri yang tidak berasas kadang kala.Dan kepada rakan-rakan mukhayam,moga artikel ini dapat merungkai permasalahan kita ketika itu.dan segala silap dan salah moga dimaafkan dan saya sangat gembira dapat berkenalan dengan anda semua dengan lebih dekat.Moga tautan ukhwah kita berterusan,dan sila2lah add saya kat Ym-ashabul_kahfiislamic.

sekian wasalam…………

4 comments

  1. Sapa-sapa yang tak tahu boleh memakai kasut semasa solat memang tak habis belajar bab wuduk dan solat.

    Saya beranggapan ini isu budaya. Budaya orang melayu tak pakai kasut di dalam rumah, walaupun kasut itu bersih. Orang melayu dulu-dulu berkaki ayam, tapi bila nak naik rumah, kaki dibasuhnya dulu. Walaupun sekarang dah berkasut, kasut tetap tinggal di luar rumah. Jadi, memanglah aneh pada orang melayu.

    Kalau di padang pasir, kalau kaki tak berlapik, melecurlah akibatnya. Begitu juga di kawasan sejuk. Kalau tak berkasut, boleh frost kaki.

    Jadi dalam konteks budaya melayu, kena hati-hati juga kalau hendak memperkatakan hal ini sebagai sunnah. Nanti ada pulak yang naik masjid tanpa buka kasut.

    Akan tetapi, ada sedikit permasalahan tentang jenis kasut yang diperbolehkan. Kasut orang-orang arab dahulu sememang direka dengan hujungnya ke atas. Jadi tidak ada masalah semasa sujud. Cuma adakah kebanyakan kasut sekarang boleh menyelesaikan masalah anggota sujud? Kalau kasut semacam McD, mcm mana!


  2. Jadi dalam konteks budaya melayu, kena hati-hati juga kalau hendak memperkatakan hal ini sebagai sunnah. Nanti ada pulak yang naik masjid tanpa buka kasut~mengenai keberangkalian ini saya sudah nyatakan dalam artikel saya…
    dan persoalan kaki itu nnt saya terangkan..sekian


  3. dalam hadis Nabi pakai kasut dalam masjid nabawi waktu solat macam tu jugak sahabat.ada juga Nabi bukak kasut solat (tak melecur plak)jadi tak timbul isu illat (tujuan) sebab panas melecur kaki la apa2. Mengaji kasi abis dulu la en.hanif. hal2 ahkam ni bukan macam politik nashhhionaaal….


  4. kita berkongsi pandagan dan harap kita berbeza dan berhujah disini sahaja,Dan kepada remos kita perlu berlapang dalam hal ini.Jika en hanif tidak mahu menerima hadis ini,itu tangungjawab dia,kita sudah sampaikan dan kita berharap en,hanif dapat mengkaji pandagan orang lain.Byk pandangan byk la ilmunya,,sekian



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: