h1

hayati video ini,,moga ada kesedaran dalam diri kita

April 7, 2007

Peperangan yang semakin menjadi-jadi sekarang ni membuatkan aku merasai pelbagai perasaan yang tak menentu.Dan perasaan benci adalah satu perasaan yang tak dapat dibendung lagi.Aku sering berkata sendirian adakah dunia sekarang tidak mencintai kedamaian,adakah dunia kini sudah bertukar selera kepada menu kebencian dan kesengsaraan.Aduh berputar fikiran bila mengenangkan dan merenungnya kembali,dunia sekarang sudah mula bermandi darah kembali,sudahlah bumi Palestin tidak pernah aman dengan acaman pengganas,dan kini Lebnon dan iraq pula menjadi tempat sasaran melepaskan geram.Israel,namamu bukan hanya sekadar Israel tapi namamu lebih padan bila digabungkan dengan perkataan LAKNATULLAH.ISRAEL LAKNATULLAH,rejim yang tak pernah2 puas dengan kekejaman yang mereka lakukan.

Selepas Palestin dihancurkan,kini bumi lebnon dan iraq pula sasaran mereka,manakala dunia Arab hanya memerhatikan dan tidak berbuat apa2 dalam usaha menolong Saudara yang seagama.Mereka hanya bermesyuarat2 dan selepas mesyuarat tiada apa2 yang mereka lakukan.Mereka juga seperti PBB yang hanyaa tahu bermesyuarat dan kemudian diam membisu dek takut dengan Kuasa yang ada pada Amerika.Bapak borek anak rintik.Tidakkah mereka tahu menolong Palestin dan negara islam yang lain bererti menolong Agama ALLAH.Dan tidakkah mereka meneliti Firman ALLAH dalam Al-Quran yang berbunyi: “jikalau engkau memberikan pertolongan kepada agama Allah maka Allah pasti memberikan pertolongan kepadamu semua dan menetapkan kaki2mu”(Muhammad:7)

Wahai2 saudara2ku yang berkemampuan,bangunlah!!mari kita bersama2 bangun menentang musuh saudara kita disana,penentangan kita boleh dilakukan dalam pelbagai bentuk dan cara.Misalnya negara2 arab boleh menyekat aliran Minyak didalam pasaran eropah dan barat,negara2 islam yang lain terutama di Asia Tenggara boleh memboikot barangan2 yang dikeluarkan oleh syarikat2 yang menyalurkan keuntungan mereka ke Negara Isarael.Kenapa mesti kita takut dengan sekatan mereka dalam perngeluaran makanan dan pelaburan,kita dikalangan negara2 islam masih lagi mencukupi sumber dan kita juga boleh melakukan urusan jual beli dikalangan kita.Kita masih boleh hidup,waima kita berlaku kekuranga pun ia tidak akan menjejaskan dengan teruk ekonomi kita.Kalaupun ada negara2 Islam yang terlalu miskin,Negara saudara kita yang berkemampuan boleh salurkan kekayaan sedikit kepada saudara kita yang tidak berkemampuan tersebut.

Wahai saudara2ku marilah kita renungkan Firman Allah: “mereka orang2 yang beriman itu sama mengutamakan orang lain lebih dari dirinya sendiri,meskipun mereka itu sebenarnya adalah dalam kemiskinan”-(al-hasyr:9)…Kita negara2 islam adalah dari golongan yang beriman,beriman dengan Allah dan RasulNYA,oleh itu idak ada sebab dan alasan untuk kita mengelak dari menolong saudara kita walau kita dalam kemiskinan.Kita tidak akan merasakan kekurangan dan kemiskinan bila memberi bantuan kepada saudara kita malahan Allah akan merahmati dan menolong kita yang selalu membantu,lebih2 lagi kepada saudara yang seagama dengan kita.Sebab Allah sudah berjanji di dalam Al-quran, mafhumNYA: “maka barangsiapa memberi untuk kebaikan dan bertaqwa sarta membenakan dan mempercayai apa2 yang baik,maka kami akan memudahkan padanya untuk menempuh jalan yang mudah iaitu mengerjakan kebaikan,keimanan dan akhirnya ke syurga.”(al-lail:5-7).Wahai saudara2 ku,ingatlah bahawa janji Allah adalah tepat dan Allah sentiasa membantu hambaNYA yang berbuat kebaikan.

Dunia Islam penuh dengan sumber2 galian terutama Minyak,kita seharusnya menggunakan kelebihan tersebut dalam menengani krisis ini.Dalam perspektif ekonomi,mengikut teori permintaan dan penawaran, bila permintaan melebihi penawaran maka harga naik,dan bila penawaran berkurangan dari permintaan harga jatuh.Melalui teori saja kita sudah boleh memanipulasikan pasaran ekonomi dunia,kita mengurangkan sumber minyak dan tidak boleh tidak negara2 barat dan eropah yang memerlukan pasti ingin membelinya.Dan bila mereka membeli dengan harga yang banyak maka sumber kewangan yang sepatutnya dibuat untuk pembiayaan kesihatan dan lain keperluan terpaksa digunakan untuk membeli minyak.ini sekaligus secara tidak langsung dapat menjatuhkan ekonomi mereka dan membuatkan mereka mengalami Defisit kewangan.Dan apabila mereka kekurangan wang negara2 eropah dan barat yang lain akan mendesak Amerika,Britain dan Israel supaya menghentikan perbuatan mereka agar negara2 pengeluar minyak teruatamanya Negara2 Arab menghentikan pemanipulasian minyak keatas mereka dan bila ketiga2 negara LaknatuLLAH ini berdegil mereka akan bertindak menamatkan urusan ekonomi dan seterusnya akan membawa kegelisahan keatas ketiga2 negara tersebut.Dan tidak boleh tidak Britain,Amerika dan Israel terpaksa menghentikan serangan.

Dan aku pasti ramai yang baca kata,alah cerita bolehlah cuba buat.Memangla saya bercerita,tapi cerita saya dengan fakta dan teori yang boleh dipraktikan.CUBA dahulu,jangan banyak nak membantah,sekarang ni kita tak mencuba,kalau mencuba pun tidak bersunggug2 seperti memboikot.Rakyat Malaysia terutamanya,boikot tidak bersungguh2,mana boleh boikot baru seminngu nak bagi ekonomi diorang jatuh,tak boleh…Kita kena buat secara berterusan dan ia mengambil masa..Namun ada pula yang membantah mengatakan program tersebut tidak berhasil kerana tahun2 dulu dah buat tapi tak jalan sangat.Memanglah tak jalan sebab kempen boikot hanya pada satu2 negeri,tak semua yang dapat maklumat.Nah sekrang kita perlu perhebatkan kempen memboikot dan kita harus istiqomah dalam kempen ini.Dan dalam situasi ini tidak perlu timbul sentiment KEPARTIAN.Dalam situasi ini kita perlu rasional dan berfikiran terbuka kerana ini bukan isu politik tapi isu keamanan sejagat dan yang paling utama MARUAH ISLAM.Dan saya memuji parti pas dan umno yang sama2 buat demonstrasi dihadapan kedutaan Amerika baru2 ini,dan sikap profesional inilah yang perlu pada jiwa setiap mereka yang bergelar anak Malaysia . “Kita mencintai keamanan bukan keganasan”..

Dan akhir sekali saya menyeru kepada semua terutamanya saudara yang seagama Islam dengan saya supaya marilah sama2 kita berjuang membantu saudara kita,dan pelbagai bentuk bantuan boleh kita sumbangkan kepada Palestin dan Lebnon.Dan dengan harapan saudara2 kita disana mencapai kemenangan dan kejayaan.Sekian wasalammualaikum………

“barangsiapa yang menunjukkan kepada sesuatu kebaikan,maka baginya adalah pahala sebagai orang yang mengerjakannya”(riwayat muslim dan abu dawud)

12.53 mlm/rumah/sabtu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: