h1

KAU SESAT!!!!

April 6, 2007


KAU SESAT!!!!

OLEH:YaWauSin aljohori

“Kau sesat!!”Teriak Shahril.Terkedu Izad mendengar kata-kata yang dikeluarkan oleh sahabatnya itu,tak pernah dia sangkakan bahawa kejadian itu membuatkan sahabatnya berkelakuan seperti itu.Sedih dan kecewa bercampur-campur dalam hati Izad,“Kalau aku tau perkara ini terjadi pasti aku tak akan katakan“.Izad tidakkah kau tau bahawa mengucapkan KALAU adalah ungkapan yang dilarang oleh Allah jika selepas sesuatu perkara yang kau lakukan terjadi!!Bentak Iman didalam hati.“AstagfiruAllah..apa aku cakap ni,aku sepatutnya tidak perlu ungkapkan kata-kata itu dan aku perlu tetapkan pendirian aku.Ini soal agama kenapa perlu takut dan kenapa aku perlu lemah atas sebab dengan herdikan Shahril??Tak perlu!!.Izad bermonolog bersendirian.

………………………………………………………………………………………………………………………..

Kau tulis apa ni Izad?Ntah apa-apa mengarut dan tidak sama dengan apa yang aku pelajari selama ini.Kau kena sedar Izad kita ni bermazhab Syafie dan kau kena ikut apa yang telah digariskan Imam Syafie kesemuanya.Dia itu Imam Mujtahid dan kau apa darjat nak meralat fatwa-fatwanya!!Terjah shahril selepas mereka solat berjamaah di Masjid.Keadaan menjadi tidak terkawal dan amat memalukan kerana orang ramai melihat kejadian tersebut.Tiba-tiba Seorang ustaz datang menghampiri mereka berdua dan cuba nengawal keadaan.“Assalamualaikom,Izad sharil apa jadi ni?Kenapa bertengkar dikhalayak ramai?Tak malukah kamu dengan orang sekeliling?Kamu berdua ikut saya ke bilik imam.Arah Ustaz Razi.

“Baik sekarang terangkan pada saya kenapa perkara ini boleh berlaku?Soal Ustaz.

“Begini Ustaz,Si Izad ini,saya terbaca satu artikel dalam blog dia mengenai solat Qasar.Dalam artikel itu semua pandagannya berbeza dengan apa yang saya pelajari dan dalam artikel tersebut juga mengatakan bahawa kita boleh meralat pendapat Imam Mazhab.Mana boleh begini,kita siapa nak meralat sesuka hati dan Imam-Imam Mazhab kan dah sampai tahap mujtahid“.Jawab Shahril bersemangat dan emosi.“Dah-dah yang kamu ni nak emosi sangat apa hal?Cakap tu elok-elok,bincang elok-elok.Betul ke apa yang dikatakan oleh Shahril tu Izad?Cuba terangkan pada saya.“ Terang Ustaz Razi dengan tenang.Ustaz Razi memang terkenal dengan sikap adilnya dalam memutuskan apa-apa hukuman kepada para pelajarnya,dan disebabkan sikapnya itu jugalah beliau disayangi para pelajar.

“Apa yang dikatakan oleh Shahril tu betul,tapi saya mempunyai asas dan hujah dalam menulis artikel tersebut.Firman Allah “Tunjukkanlah bukti kebenaranmu jika kamu adalah orang yang benar“ [al-Baqarah 2:111].Dan saya ada bukti dalam menulis pandangan-pandagan saya tersebut,saya bukan menulis atas dasar sesuka hati tapi saya bersandarkan kepada Quran dan Hadis serta pandagan-pandangan para ulamaAllah telah berfirman “kemudian jika kamu berbantah2 dalam sesuatu perkara,maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada KITAB ALLAH (QURAN) dan SUNNAH Rasul,jika kamu benar beriman kepada ALLAH dan hari akhirat,Yang demikian adalah lebih baik bagi kamu dan lebih elok pula kesudahannya.[maksud surah an-nisa 59]….

Dalam persoalan meralat pendapat Imam Mazhab(semoga Allah merahmati mereka) ia memang tidak menjadi masalah,kerana Imam Syafie sendiri telah berkata “buanglah pendapatKu jika ada dalil yang lebih kuat dari pendapatku”selain itu beliau juga berkata “hadis yang sahih adalah Mazhabku“.

Saya suka untuk membawakan pendapat Yusuf Al-Qaradhawi dalam hal ini kepada ustaz dan Shahril,Syeikh telah mengatakan dalam kitabnya Memahami Khazanah klasik,Mazhab, dan ikhtilaf “Imam mazhab bukanlah nabi yang maksum sehingga perkataannya adalah benar seratus peratus,seperti yang dikatakan oleh orang ramai sekarang.Bahkan kedudukan setiap imam dalam agama,peratus kebenaran padanya mesti lebih dari kesalahannya,agar sebahagian besar kesimpulan hukumnya sesuai dengan kebenaran,namun tidak menutupi kesalahannya dalam beberapa masalah Feqh.Dalam hal ini kesalahan yang ditetapkan secara yakin ia akan mendapat satu pahala dari Allah dan jika betul maka ia mendapat2 pahala dari Allah.

Sekarang saya sudah jelaskan asas utama saya dalam menulis dan saya rasa itulah asas bagi seseorang muslim iaitu berpegang pada Quran dan Sunnah atas kefahaman para sahabat,tabi’ dan tabien.“ Terang Izad panjang lebar sambil melemparkan senyuman pada Shahril dan ustaz.Shahril hanya mendiamkan diri sambil melihat kebawah,kekesalannya timbul melalui raut wajahnya.“Alhamdulilah,sekarang sudah jelas kekeliruan yang berlaku sebentar tadi,dan saya ingin menegur Shahril bahawa menyesatkan atau melabel-labelkan orang tanpa memahami betul-betul atas kekeliruan kita itu adalah satu dosa yang besar tau tak?Kamu bersangka buruk pada sahabat kamu sehingga menyesatkan Izad.

Tidakkah kamu pernah membaca hadis ini “Hendaklah kalian menjauhi berburuk sangka kerana berburuk sangka itu adalah sedusta-dusta perkataan, dan janganlah mencari-cari kesalahan, dan janganlah kalian mengintip, dan janganlah saling membenci, dan janganlah saling membelakangi, jadilah kalian hamba-hamba Allah yang saling bersaudara. (Hadis daripada Abu Hurairah r.a, dikeluarkan al-Bukhari, Muslim dan lain-lain. Lihat Sahih Bukhari, Kitab Al-Faraa’id. Lihat Sahih Muslim, Kitab Al-Birr was-Salat-I-wa’l-Adab (bab Larangan buruk sangka.), 32/6214.

Saya juga ingin memetik kata-kata Syeikh Yusuf dalam kitab yang sama Izad baca iaitu “Syariah telah menutup jalan bagi orang yang ingin mengatakan bahawa seseorang itu munafik (ini baru munafik belum sesat lagi).Kerana tuduhan semacam ini akan menagakibatkan pertumpahan darah,tanpa berdasarkan sebab yang benar.Oleh kerana itu,syariah telah mengaitkan segala hal berdasarkan zahirnya bagi menjaga jiwa manusia.Imam Assyatibi berkata “sesungguhnya Nabi Muhammad dengan pengetahuannya terhadap berbagai masalah berdasarkan wahyu,beliau tetap menunaikan semua perkara berdasarkan zahiriah.Baik kepada orang munafik ataupun yang lainnya…….”

“Berdamailah,buang yang keruh ambil yang jernih.Sharil kamu jangan bertindak melulu lagi tau,dan izad kamu kalau boleh bincang elok-elok benda ni dan saya berharap kamu teruskan dengan penulisan kamu itu.Bagi saya link blog awak through YM ye,nnt saya masuk dan bagi comment kat situ”.Senyum ustaz Razi pada Shahril dan Izad.

jika kamu mahu menjadi seorang yang ada pandangan, maka jadilah orang yang ada pendirian, sesungguhnya pandangan akan menjadi rosak, hanya kerana kamu berbelah bagi

~pesan al-mutanabbi~

6 comments

  1. ni cerpen rekaan sndiri ke..?


  2. aah ni cerpen rekaan ssaya,,minta maaf la kalau tak best..baru nak berjinak menulis cerpern.saya ada buat novel tapi tak tau la ok ke tak…rasa nak post kat blog ni,,tapi nnt dulu la rasanya..huhuhu…terima kasih sebb datang blog saya..


  3. Wah… ini gaya macam Peshawar Night jer..

    Baik ko baca Peshawar Night kalau nak dapatkan ilham. :-))


  4. tapi saya bukan syiah :)…..takprla..mana yg baik dan tidk menyalahi syariat maka ia boleh diambil..Apa yg saya tau buku tu lebih pada sesi perdebatan antara syiah dan sunni..kalau salah tlg btulkan..sekian


  5. erm…knp nk gaduh pasal benda kecik..solat pn org rmi lg tak cukup& tak kerjakan…tiang agama pn org buat endah tak endah, baik kita tumpukn pd benda yg jauh lebih penting berbandaing perkara remeh temeh nie..perbetulkn akidah kita dahulu…


  6. tapi jika sudah masuk hal-hal menyesatkan orang seperti shahril dalam cerpen saya ini,ini bukan lagi isu kecil tapi stu isuu yag besar…renung2kan..dan saya akui soal solt lebih pentign tapi mencari ilmu juga penting dan orang yag berilmu lebih tingi darjtnya dari ahli ibadah…saya harap saudara/saudari pernah membaca hadis tentag beza orang berilmu dan ahli ibadah tu,,,sekian,,salam sahabat dari saya…semoga selalulah menegur saya jika ada saya buat kesilapan….terima kasih…



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: