h1

BERFESYENLAH JANGAN TAK BERFESYEN

April 2, 2007


BERFESYENLAH JANGAN TAK BERFESYEN

Oleh:YUSSAMIR YUSOF ALJOHORI

Berpakaian adalah satu keperluan bagi setiap makhluk yang bergelar insane,kerana pakaian juga dapat memberikan kita satu nilai yang tidak ternilai iaitu MARUAH.Bila kita memperkatakan tentang pakaian,tentu kita akan mendefinisikan pakaian ialah sesuatu yang dapat melindungi badan kita dari dilihat oleh orang ramai,tapi sedar atau tidak kita sendiri telah menyelongkar definisi itu secara tidak langsung.Betul atau tidak saya tinggalkan persoalan itu kepada anda semua sendiri,kerana itulah gunanya akal kita untuk meletakkan sesuatu pada yang selayaknya.

Bila kita bincang pakaian dalam konteks Islam,ramai yang beranggapan bahawa islam menolak fesyen tapi sedar atau tidak Islam itu sendiri menyogok kita dengan Fesyen.Islam itu sendiri menyukai kepada perkara yang cantik dan bergaya,ia jelas sekali dengan satu riwayat mengenai seorang lelaki datang kepada Nabi, rambut dan janggotnya kusut masai tidak terurus, kemudian Nabi mengisyaratkan, seolah-olah memerintah supaya rambutnya itu diperbaiki, maka orang tersebut kemudian memperbaikinya, dan setelah itu dia kembali lagi menghadap Nabi.

Maka kata Nabi: “Bukankah ini lebih baik daripada dia datang sedang rambut kepalanya morat-marit seperti syaitan?” (Riwayat Malik).

Bila kita lihat hadis ini dari segi konteks nya secara tak langsung ia memang membenarkan kita bergaya sama ada dalam berpakaian atau dalam konteks personality kita sendiri.Kita perlu sedar bahawa Islam yang dibawa oleh nabi pada 1400 tahun dahulu sudah menyatakan tentang fesyen,sedangkan kita yang mengaku sebagai masyarakat moden dan bertamadun baru menyuarakan fasal fesyen ini dalam masa lebih kurang 50 tahun kebelakangan ini.Islam tidak jumud atau terkebelakang Cuma mereka yang mengatakan Islam tak moden adalah kerana mereka tidak melihat islam itu dengan lebih dekat dan teliti.Kalaulah mereka sedar tentang perkara ini,mungkin mereka akan melaung2kan dalam segala slogan mereka,tapi sayang mereka tidak kenal.

Namun Islam itu sentiasa meletakkan asas dalam segala kelonggaran yang Islam salurkan.Dalam konteks ini Islam menggariskan beberapa syarat agar manusia dapat merasai manfaatnya dan sentiasa dilindingi.Syaratnya tidak banyak Cuma beberapa perkara antaranya ialah ,Tidak boleh melebih-lebih.Islam menentang sikap berlebih-lebihan dalam berhias kerana maksud Berlebih-lebihan, ialah melampaui batas ketentuan dalam menikmati yang halal. Masalah ini akan menghasilkan sikap yang disebut kesombongan, iaitu ia menyangkut kepada hubungannya dengan masalah niat, dan hati manusia itu berkait dengan masalah yang zahir. Apa yang disebut kesombongan itu ialah bermaksud untuk bermegah-megah dan menunjuk-nunjukkan serta menyombongkan diri terhadap orang lain. Padahal Allah sama sekali tidak suka terhadap orang yang sombong. Seperti firmanNya:

“Allah tidak suka kepada setiap orang yang angkuh dan sombong.” (al-Hadid: 23)

Jika sikap ini tidak ada dalam diri seorang muslim(iaitu berlebih-lebihan),maka pakai lah apa-apa pakaian sekalipun selagi ia mencukupi syarat berpakaian Islam.MAhu pakai tudung Levis ke,seluar levis ke,dan apa jenama sekalipun pakailah tapi kena patuhi syarat yang digariskan Islam.Saya secara peribadi suka melihat seorang muslim yang berpakaian pakaian moden dan mengikuti perkembangan fesyen malahan saya sendiri mengikutinya,tapi fesyen kita masih dalam lingkungan Islam itu sendiri.Dengan cara begini kita dapat menunjukkan bahawa Islam itu sendiri mensyorkan dan menggalakkan penganutnya berfesyen selagi mana ia tidak menyanggah prinsip islam itu sendiri.Kita kena mengubah mentality masyarakat kita yang melihat Islam itu mengongkong penganutnya untuk berfesyen,kita perlu berusaha untuk memperlihatkan islam itu sendiri membawa kemodenan dalam setiap zaman yang Islam lalui.

Islam telah memberikan kebenaran kepada umatnya supaya berhias dan Islam juga menentang keras kepada siapa yang mengharamkannya, seperti yang dikatakan Allah dalam al-Quran:

“Siapakah yang berani mengharamkan perhiasan Allah yang telah dikeluarkan untuk hambaNya dan begitu juga rezeki-rezeki yang baik (halal)?” (al-A’raf: 32)

Oleh itu tidak syak lagi bahawa Islam itu sendiri menyuruh penganutnya berfesyen malahan menentang sesiapa yang mahu mengharamkannya.Didalam satu hadis menyebut “Allah itu cantik dan Allah suka kepada kencantikan”.Oleh itu kesimpulannya memakai pakaian berfesyen adalah satu saranan Islam tapi mestilah dalam lingkungan prinsip Islam itu sendiri,iaitu menutup aurat dan tidak berlebih-lebihan….

2 comments

  1. heran sunggoh la..kenapekah fenomena ‘wahida’ semakin menjadi-jadi skang ek? hihi..

    btw, good article indeed.


  2. fenomena waheeda terjadi dek kerana panasnya “melodi Ahlan’ itu…x gitu saudarku yus??…noni milikku..:P



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: