h1

Menjelang Maulidur Rasul

March 26, 2007


Menjelang Maulidur Rasul
oleh:YaWauSin aljohori

12 RabiulAwal menjelang lagi,pasti ramai sudah dapat tangkap apa yang nak saya utarakan pada artikel kali ini,tapi artikel kali ini akan membincangkannya dalam skop yang lebih luas dan ilmiah.Maulidur rasul ataupun kelahiran nabi saban tahun kita sambut,pelbagai acara kita lakukan dan nikmati sempena Maulidur rasul,tapi sedar tak sedar kita sendiri tidak tahu siapa itu Muhammad Bin Abdullah.Dikesempatan ini saya akan memperkenalkan siapa itu Muhammad Bin Abdullah dan asal-usul perayaan maulidur Rasul ini.Selain itu saya juga akan mengupas Tarikh sebenar kelahiran Nabi dan pendapat dari beberapa ulama mengenai hokum menyambut Maulidur rasul ..InsyAllah..

Nama sebenar baginda adalah Muhammad Bin Abdullah bin Abdul Muthalib(yang sebenarnya Syaibatul Hamd) bin Hisyam Bin Abdul Manaf (nama sebenarnya Al-Mughirah) Bin qushayyi(nama sebenarnya Zaid) Bin Kilab Bin Murrah Bin Kinanah Bin Khuzaimah Bin Mudrikah Bin Ilyas BinMudhar Bin Nazar Bin Mu’iddu Bin Adnan.(rujuk kitab Feqh Sirah Said Ramadhan Al-buthi).Nasab ini diperolehi melalui hadis nabi yang diriwayatkan oleh Muslim,Sabda Nabi “sesungguhnya Allah telah memilih Kinanah dari anak Ismail dan memilih Quraisy dari Kinanah,kemudian memilih Hasyim dari Quraisy dan memilihku dari Bani Hasyim”

Kita semua sudah sedia maklum bahawa kelahiran nabi besar kita adalah 12 Rabiul Awal tapi sebenarnya tarikh itu diperselisihkan dan ia sebenarnya tidak tepat dan sebenarnya kelahiran baginda adalah 9 Rabiul awal dan ia telah di persetujui oleh beberapa ulama iaitu :

Humaidi, Uqail, Yunus bin Yazid, Ibnu Abdillah, Ibnu Hazam, Muhammad bin Musa Al-Khuwarazmi, Abdul Khattab Ibnu Dihyah, Ibnu Taimiyyah, Ibnu Qayyim, Ibnu Kathir, Ibnu Hajar dan Badruddin `Aini (Al-Bidayah wa An Nihayah, jilid 2 halaman 260-261)

Ia diperkuatkan lagi berdasarkan kajian yang dibuat oleh sarjana Islam yang bernama Muhammad Pasya seorang ahli falak Mesir.Kajian yang dibuat adalah cuba menentukan tarikh gerhana matahari dan gerhana bulan yang berlaku semenjak zaman Nabi s.a.w. hingga ke zaman beliau.

Berdasarkan kajian beliau, hari Isnin tidak mungkin bertepatan dengan 12hb. Rabiul Awwal mengikut perkiraan bagaimanapun hari isnin pada bulan berkenaan (Rabiul Awwal) ialah jatuh pada 9 haribulan. Beliau mengemukakan beberapa alasan untuk menyokong hasil kajiannya. Antara alasan-alasan yang dikemukakan oleh Mahmud Pasya ialah:

· Dalam Sahih Bukhari disebut ketika anak Rasulullah saw iaitu Ibrahim wafat, telah berlaku gerhana matahari iaitu pada tahun ke 10 Hijrah dan Nabi Muhammad saw ketika itu berusia 63 tahun.

· Berdasarkan kaedah kiraan falak, diketahui bahawa gerhana matahari yang berlaku pada tahun 10H itu adalah bertepatan dengan 7hb. Januari 632M pukul 8.30 pagi.

· Berdasarkan kepada kiraan ini, sekiranya kita undurkan 63 tahun ke belakang mengikut tahun qamariah,maka kelahiran Nabi saw jatuh pada tahun 571M. Berdasarkan kira-kira yang telah dibuat beliau, 1hb.Rabiul Awwal menepati 12hb. April 571M.

· Perselisihan pendapat berlaku tentang tarikh kelahiran Nabi saw, walau bagaimanapun semua pihak telah sepakat mengatakan ia berlaku pada hari Isnin bulan Rabiul Awwal tersebut. Tetapi Mahmud Pasya mendapati hari Isnin jatuh pada 9hb. Rabiul Awwal bersamaan 20hb. April 571M. Ia diperkuatkan lagi dengan pendapat ulama-ulama muktabar yang telah disebutkan tadi di atas.

Di antara penulis sirah mutaakhir yang menyokong pendapat ini ialah Syeikh Muhammad Al Khudhori Bik di dalam “Nurul Yaqin” (hal. 6), Safiyyuul Rahman Al Mubarakpuri di dalam “Ar Rahiqul Makhtum” (halaman 54), `Allamah Sibli Nu’mani di dalam “Siratun Nabi” (jilid 1 hal. 176), Maulana Abdul Kalam Azad di dalam “Rasul Rahmat” (hal. 37) dan lain-lain.(rujukan ibid)

Kesimpulannya Kelahiran nabi adalah 9 Rabiul Awal bukanlah 12 Rabiul awal,dan pendapat ini diperkuatkan lagi dengan pandangan Syeikh Muhammad Bin Salleh Al-Utsaimin berkata bahawa tarikh yang paling tepat adalah 9 rabiul awal dan 12 rabiulawal adalah tidak tepat. [Majalah Al-Mujahid, edisi 22, Syaikh Ibnu Utsaimin]

Artikel yang seterusnya akan saya akan paparkan sejarah siapa yang memulakan sambutan Maulidur Rasul ini dan apakah hukumnya menurut pandangan syariat.Tunggu……..

2 comments

  1. Assalamualaikum dan Salam Maulid,

    Saudara Yus,

    Saya ingin merujuk tarikh gerhana matahari dalam tulisan saudara. Saya tidak tahu kalau tarikh 7 Januari 632M adalah sememangnya tarikh yang dalam sumber kajian asal, ataupun typo error, tetapi tarikh itu tidak bertepatan dengan tarikh ramalan penerbitan gerhana oleh NASA. Sila rujuk:

    http://sunearth.gsfc.nasa.gov/eclipse/SEcat5/SE0601-0700.html

    Satu lagi tulisan mencatatkan gerhana matahari yang berlaku dalam zaman kenabian:

    http://media.isnet.org/isnet/Djamal/grh-nabi.html

    Tulisan dalam isnet mempunyai jarak 3 hari sebaliknya tulisan saudara mempunyai jarak 20 hari, jadi saya harap saudara dapat merujuk kembali adakah fakta ini bertepatan dengan fakta asal.

    Mungkin metode Mahmud Pasya harus diperhalusi di zaman komputer ini.

    Saya rasa, pengambilan waktu gerhana itu adalah untuk menukar tarikh hijrah kepada masihi.

    Namun petunjuk yang lebih penting ialah, peristiwa gerhana ialah keadaan menandakan kedatangan bulan baru, yang hanya akan berlaku pada awal bulan (atau akhir bulan sebelumnya).

    Saya tidak perlu petunjuk gerhana, cuma berpandukan tarikh wukuf di arafah dalam haji wida’, iaitu jatuh pada hari jumaat. Menggunakan Excel, yang plotkan harinya sehingga tahun kelahiran Baginda, dan kiraaan saya menunjukkan hari isnin dalam bulan ketiga (Rabiulawal) jatuh pada 3, 10, 17, 24, dengan +- 1 atau dua hari.

    Namun, di zaman rasul, 1 hb selalunya dikira lewat 2-3 hari iaitu ketika bulan dapat dilihat dengan mata kasar (bukan dengan sebarang alatan), jadi jikalaupun tarikh hari isnin ini jatuh pada hari 9 atau sepuluh, dapat diterima jikatarikh sebenar menurut perkiraan pergerakan bulan akan jatuh pada 12hb.

    Pengiraan dapat dibuat, jika saya dapat tahu pada hari apa jenazah Ibrahim dikebumikan.

    Sekian

    Wassalam

    Hanif


  2. terima kasih saudara Hanif,,saya dah merujuk pada laman web saudara bagi pada saya..dan memang ternyata bahawa 27 bkn 7..Sumber Muhammad PAsya saya ambil dari sumber skunder..dan saya rasakan juga ia ada typa error disitu,,terima kasih terhadap pembetulan ini..sekian…terima kasih sekali lagi



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: