h1

Hukum Pelaburan Amanah Saham Bumiputra

March 21, 2007

Hukum Pelaburan Amanah Saham Bumiputra

Salam,
Disertakan koleksi jawapan yang pernah saya berikan di Forum saya , sila buka http://www.freeforum101.com/jordanian/

hukum ASB telah saya sebutkan byk kali di pelbagai tempat.

Majlis Fatwa Selangor kata haram.
Bekas mufti selangor Dato’ Ishak Baharom kata pd saya, hal ini telah dibawa dalam meeting majlis fatwa kebangsaan dulu, dan hukumnya adalah haram tetapi tidak wartakan secara rasmi.
Seorang Pengerusi Majlis Penasihat Shariah yang utama di Malaysia juga pernah mengatakan kepada saya bahawa beliau tidak setuju dengan cara pelaburan ASB.

Dan saya juga tidak setuju kerana :-

1) Aqad pelaburannya tidak jelas dan tidak menurut syarat pelaburan Mudarabah yang diakui oleh 4 mazhab.

2) Jaminan capital / modul oleh ASB menyebabkan aqadnya bermasalah.

3) Pelaburannya bercampur dengan yang haram lebih daripada 30 percent. ASB juga TIDAK PERNAH DIBINCANGKAN OLEH Majlis Penasihat Shariah Suruhanjaya Sekuriti DAN OLEH KERANA ITU, ia tidak termasuk di dalam senarai kaunter yang jelas statusnya.

Berikut pula adalah Jawapan Terdahulu Saya

salam ,

Disertakan jawapan saya sekali lagi, yang pernah saya berikan di web ahkam.net untuk perhatian pembaca. ditambah dengan komentar tambahan saya tentang isu ini.

Gelaran mufti atau tidak, tidaklah boleh dijadikan isu seolah-olah ianya jawapan muktamad dan maksum, tetapi hujjah dan kajian adalah penentu. wallahu a’lam.

Ada sesetengah pihak spt Prof. Mahmod Zuhdi berkata ianya dibenarkan di atas dasar maslahat kerajaan untuk beri kekuataan ekonomi dan sebahagian kekayaan negara kepada bumiputra secara mudah. Tetapi bagi saya ia ternyata hujjah yang agak longgar. Bagi yang boleh membaca teks bahasa arab, sila buka di

http://www.zaharuddin.com/Maqasid%20Shariah.htm

dibwah ini adalah artikel dari Ustaz zaharaddin:

Jutseru, bagi saya amat jelas tiada maslahah dalam menggunakan suatu kontrak dan kaunter pelaburan yang haram, sedangkan ianya boleh menggunakan kontrak Islam Mudarabah, dan boleh memilih kanter halal sahaja, seperti yang di lakukan oleh Public Ittikal, Unit Trust Islam, pelaburan GIPPS oleh RHB Asset Management dan banyak lagi. Ia juga memberi pulangan yang boleh tahan, dan yang lebih penting ianya HALAL.

Bismillah wa hamdalillah,
Setelah membuat kajian di ASB , maka jawapan yang paling tepat untuk soalan ASB adalah seperti berikut :-
Ia adalah haram dan tidak sah seratus peratus, seluruh dividen hasil ASB juga tidaklah sah di sudut syara’ kerana sebeba berikut :-

1) Pelaburan ASB iaitu sebanyak 37.30 % ke Maybank (perbankan Ribawi yang haram memonopoli industri)
2) Commerce asset holdings berhad (Konvensional) – 1.11 %
3) British American Tobacco berhad 1.07 %
4) Malaysian National Reinsurance Berhad – 0.89 % ( insuran konvensional)

justeru, jika menurut ukur rujuk (benchmark) peratusan pelaburan haram dalam sesbuah syarikat yang dibuat oleh Majlis Penasihat Shariah Suruhanjaya Sekuriti , ( rujuk keputusan Majlis Penasihat Shariah SC). Maka jumlah di atas sudah menjadikan pelaburan haram menguasi dana pelaburan ASB. ini menyebabkan nya menjadi haram.


Bagaimanapun, kemudian timbul fatwa yang menghalalkannya atas hujah di atas.
Bagaimanapun minta maaf saya katakan bahawa semua hujjah di atas terlepas pandang satu aspek kritikal dalam mengesahkan pelaburan ASB. iaitu aspek AQAD PELABURAN YANG digunakan. adakah ia mudabarah atau musyarakah atau apa?
Perlu diingat bahawa jika aqad nya tidak sah dari sudut syara’ maka seluruh pelaburan adalah batal tanpa mengira dalam industri halal atau haram ia dilaburkan.
Maka setelah saya merujuk ke PNB, dan buku prospektus ASB. saya dapati bahawa termaktub bahawa capital (modal) pelaburan ASB adalah di jamin oleh PNB. ini bermakna sayarat dalam aqad pelaburan ini telah bercanggah dgn syarat pelaburan Mudarabah dalam Islam.
Menurut mazhab Syafie, aqad pelaburan tadi adalah batal. Malah modal pelaburan tidak boleh dijamin oleh pihak yang mengurskan pelaburan juga di fatwa kan oleh Majma’ Fiqh Islami atau OIC Islamic Fiqh Academy dalam konvensyen ke 9 mereka telah memutuskan bahawa jaminan modal hanya dibenarkan jika ia datang dari pihak ketiga. dan dengan syarat ia tidak dimasukkan di dalam kontrak mudarabah.
Adakah ini dijaga oleh ASB…tidak sama sekali kerana mereka langsung tidak mempunyai Penasihat Shariah. Sepatutnya jika Malasyia ingin menjadi Global Islamic banking and Finance Hub.. sebagaimana di warwarkan Oleh Dato’ Seri Najib, PNB harus di Islamisasikan terlebih dahulu. gunakan konsep mudarabah dalam pelaburan mereka dan melabur di kaunter halal sahaja.
Banyak lagi kaunter halal untuk melabur wp kurang sikit dividen, biar halal walaupun sedikit, daripada banyak tapi haram .

adapaun berkenaan jaminan modal pelaburan yang tidak akan terlupus dan tidak akan hilang walau apa pun terjadi, maka ia tidak menepati shariah.


Isu Jaminan wang modal tidak lupus : dalam kontrak Pelaburan

Keistimewaan ini adalah tidak sah menurut SELURUH ULAMA EMPAT mazhab. Ini kerana dalam konsep Pelaburan Islam yang dikenali sebagai Mudarabah dan Musyarakah, tiada sebarang jaminan dari pengusaha bahawa modalnya terjamin. Menurut Mazhab Maliki dan Syafie menganggap kiranya terdapat dalam kontrak mana-mana pelaburan mudarabah yang mana pihak pengurus menjamin bahawa modal tidak akan lupus walau apapun keadaan berlaku (samada akibat kelalaian atau tidak), maka aqad atau kontrak itu terBATAL. (Hashiyah Ad-Dusuqi, 5/284 ; Mughni al-Muhtaj, As-Syarbini, 3/419 ). Manakala menurut Mazhab Hanafi dan Hanbali, syarat seperti ini terbatal dan kontrak adalah sah ( Bada’ as-Sanai, al-Kasani, 5/115 ; Al-Insaf, Al-Mardawi, 5/313 ) ;

Menurut Shariah, hanya dua jenis jaminan modal di izinkan dalam aqad Mudarabah iaitu :-

a) Jaminan modal dikembalikan jika pihak ‘mudarib’ ( pengurus pelaburan) mengkhinati mana-mana isi kontrak, kecuaian yang jelas dalam pengurusan dan yang sepertinya.
b) Jaminan dari pihak ketiga dan bukannya pihak pengurus pelaburan (mudarib)

Malangnya, kedua-dua ini tidak termasuk dalam aqad pelaburan ASB.

Harap ianya dapat menjelaskan isu ini.
sekian
ust zaharuddin abd rahman
8 syawwal 1427 H
31 Okt 2006

One comment

  1. Salam,

    Pertama sekali,tahniah kepada Yus,dengan artikel sedemikian.walaupun, isu lama,tapi apa salahnya dibangkitkan kembali sebagai peringatan kepada kita.

    Suka saya dengan ayat ust Zaharuddin.

    [Gelaran mufti atau tidak, tidaklah boleh dijadikan isu seolah-olah ianya jawapan muktamad dan maksum, tetapi hujjah dan kajian adalah penentu. wallahu a’lam.]

    Begitu juga dengan ayat-ayat Yus sebelum ini,

    [Jangan tengok siapa yang bercakap, tengoklah apa yang dicakapkan]

    Dua-dua ayat ni, bermaksud kepada perbincangan yang didatangkan dengan hujjah ilmiah dimana perbincangan yang adil tanpa berat sebelah, penuh keterbukaan dan menjurus kepada kebenaran bukan penentuan kemenangan mana-mana pihak.

    Kalau kita soroti balik track record tentang ASB ;

    Sekitar 1992, Majlis Fatwa Perak telah mengeluarkan fatwa harusnya pelaburan ASB ;

    [“Bermuamalah dengan skim ASN dan ASB adalah harus dan segala
    keuntungannya berupa dividen atau bonus hukumnya HALAL”.
    Antara alasan-alasan yang dikemukakan ialah :
    1. Penglibatan umat Islam dengan skim ASN dan ASB yang ditaja oleh kerajaan begi
    membiak, mengembang dan meningkat ekonomi orang Islam di Negara ini yang
    bermuamalah atas jalan _ __ __ ___ _ . Apabila didapati pelaburannya kepada yang halal
    lebih banyak daripada yang haram hukumnya adalah HARUS sepertimana nas yang
    terdapat didalam kitab.
    __ ____________________________ ___________ !__ _ _ ” #
    _$%____& ___’_() _ ” *
    2. Kedudukan ekonomi anak bumi khasnya umat Islam di negara ini dalam keadaan tenat
    dan sampai ke tahap darurat. Darurat yang dimaksudkan itu ialah dilihat dari aspek
    ekonomi umat secara berkelompok bukan dari sudut individu.]

    kemudian, sekitar lewat 2005, keluar sekali lagi penyataan ulama-ulama tentang ASB.

    [TG Dato’ Seri Abd Hadi Awang menjelaskan:

    “Ada pun ASB ini tidak jelas dan kita sendiri pun tidak tahu di ‎mana dia melabur. Bila kita tidak tahu ianya termasuk dalam perkara subahat. ‎Oleh itu, yang mana hak kita, itu hak kitalah seperti modalnya, untungnya itu ‎hak kita. Tetapi di sana ada yang meragukan dan kita tidak tahu. Jika ada ‎begitu, mengikut cara Islam, kalau kita hendak bersih, kita kena ambil sedikit ‎atau sebahagian dan tidak semestinya separuh, mengikut yang patut yang kita ‎fikir untuk diberi kepada fakir miskin atau beri kepada untuk kepentingan awam ‎seperti tempat tunggu bas atau untuk kepentingan awam yang lain. Ini salah satu ‎cara yang dibuat oleh ulama untuk membersihkan sumber yang kita dapat. Kerana ‎mngikut Islam amalan kebajikan itu boleh menolong membersihkan harta dari ‎sumber-sumber subahat.‎”

    “hukum menyertainya juga adalah HARAM.” [

    Lihat: http://www.harakahdaily.net/article.php?sid=5847

    [Bekas Mufti Selangor, Dato’ Ishak Baharom dan Bekas YDP Persatuan Ulama Malaysia, Ustaz Hj. Ahmad Awang menyatakan bahawa malabur di dalam ASB adalah HARAM kerana ia terlibat dengan kegiatan perniagaan yang tidak halal. Oleh itu sebagai seorang Islam yang menyedari bahawa tujuan kita hidup adalah untuk mencari keredaan Allah, maka kita perlu menarik keluar wang yang telah kita laburkan dengan segera.

    Selepas itu proses yang dikenali sebagai proses ” pemebersihan perlu dilakukan”. Kita hanya berhak menggunakan wang asal kita ( modal asal yang kita gunakan untuk melabur ). Sementara itu wang dividen ( keuntungan yang diperolihi hasil daripada pelaburan ) boleh di salurkan ke tempat-tempat kabajikan dan sebagainya.

    Firman Allah di dalam surah Al-Baqarah ayat 279 yang bermaksud : “sekiranya kamu bertaubat maka untuk kamu modal-modal kamu , kamu tidak menzalimi dan tidak dizalimi .”

    Oleh itu, bagi kami, selagi ASN/ASB terlibat dengan pelaburan tidak jelas, pelaburan kaunter haram, dan pelaburan di bank yang mengamalkan sistem riba, maka hukum menyertainya juga adalah HARAM sepertimana yang dinyatakan oleh kebanyakkan ulama’.

    Justeru, umat Islam yang malabur di dalam institusi kewangan seperti ini , perlu mencari alternatif yang lebih diyakini halalnya. Biarpun keuntungan sedikit tetapi yang penting ianya benar-benar suci demi kebahagian hidup kita di dunia dan di akhirat.

    Ada beberapa amanah saham yang mengisytiharkan diri mereka pelaburan 100% halal, antaranya ASDI, ASK, Abrar Trust fund, Tabung Pertama bank Islam bhd, Tabung Ittikal Arab malaysia, Tabung Haji, UNIT TRUST, dan lain-lain; maka pilihlah salah satu amanah saham tersebut.]

    Akhir sekali , tulisan Ust Farid Ravi dalam bahagian Keluarga (Utusan Malaysia),sekitar lewat 2006. –[ http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2006&dt=1201&pub=utusan_malaysia&sec=keluarga&pg=ke_05.htm&arc=hive%5D

    Banyak lagi isu2 ini dibincangkan di forum-forum kecil Islam, antaranya alahkam,alqayyim, e-ulama dan sebagainya.Cuma kesedaran oarang2 awam yang kurang disini.

    Jelas sekali, pada mulanya, di’harus’kan penglibatan dalam ASB demi menjana ekonomi Negara, malah tidak banyak Skim-skim amanah saham yang lain ketika itu.tambahan pula,PNB selaku penganjur tidak pernah menyatakan dari mana sumbernya mahupun, dalam laporan audit tahunan.

    Sekarang, bilamana, banyak sekali skim amanah saham yang lain,yang disahkan disisi shariah, malah, perisytiharan PNB dimana sumbernya,maka jatuhlah hukumnya.

    Apa yang pasti, media tidak mengambil peranan mereka sebagai media untuk me’war-war’kan fatwa ini.malah,semasa isu ‘botox’, berita nya disiarkan bukan dimuka depan,malah dengan tajuk yang agak kecil.

    sebagai panduan [credit to; Ust Zaharuddin]

    Maka secara ringkas, dinyatakan di sini beberapa syarat untuk beramal dengan ‘maslahat’ ;-

    Menurut Imam al-Ghazali beberapa syarat bagi membolehkan berhujjah dengan masalahat adalah :-
    1) Ia mestilah bersifat umum, iaitu faedahnya untuk rakyat umum, bukan sekelompok tertentu.
    2) Ia mestilah bersifat pasti, dan bukannya agakan-agakan kosong dan andaian jauh dan lemah.
    3) Ia mestilah bersifat dharurat, iaitu keterpaksaan yang sekiranya ditinggalkan maka membawa kerosakan terhadap 5 unsur dharuriyat secara pasti.

    Manakala Imam Abu Ishak As-Syatibi (790 H), pakar ilmu maqasid Islam silam meletakkan ‘dhawabid’ berikut :-
    1) Mestilah tidak hanya memandang maslahat duniawi sahaja, bahkan mesti meneliti maslahat ukhrawi juga.
    2) Maslahat hanya diterima pakai dalam hal kebaikan untuk Deenul Islam.
    3) Maslahat untuk menjaga hak ramai didahulukan dari menjaga hak sekelompok.
    4) Maslahat mestilah bersandarkan dalil-dalil yang jelas.

    Prof Dr Said Ramadhan Al-Buti dalam tesis PhD nya yang mendapat tahap mumtaz kepujian kelas satu, juga meletakkan beberapa syarat asas maslahat, ianya seperti berikut :-

    1) Mestilah ia terkandung tujuannya dalam prinsip asas tujuan Syariat.
    2) Mestilah tidak bertentangan dengan dalil Qat’ie Dalalah dari al-Quran.
    3) Mestilah tidak bertentangan dengan dalil Qat’ie Dalalah dan thubut dari Hadith.
    4) Mestilah tidak bertentangan dengan Qias yang shohih.
    5) Tidak menafikan Maslahat yang lebih utama darinya.

    “Janganlah sekali-kali kamu terpedaya oleh kebebasan orang-orang kafir bergerak di dalam negeri. Itu hanyalah kesenangan sementara, kemudian tempat tinggal mereka adalah Jahannam; dan Jahannam itu adalah tempat yang seburuk-buruknya.” maksud firman Allah (AQ3:196-197)

    Theseeker.psycho@y!



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: