h1

Bukti penyelewengan Syarikat ini

March 21, 2007
Bukti penyelewengan Syarikat ini

JAI NETWORK SYSTEM SDN BHD (JNSSB)

Kepada rakan rakan sekelian, saya telah mendapat peluang terbaru dari Syarikat Jai Network yang beribu pejabat di Kuantan. Syarikat ini adalah mengedarkan alat penjimat minyak yang dipanggil Stromberg Fuel Saver. Untuk makluman anda Syarikat ini telah mendapat hak ( Sole Agent ) bagi kawasan asia pasifik ( 56 negara ). Maklumat lanjut tentang syarikat ini anda boleh layari laman web nya www.jnssb.com

Diatas adalah salah satu kenyataan yang dibuat oleh mereka-mereka yang mempromosikan Stromberg ini tapi ia menjadi satu misteri pada saya kerana saya mendapat information yang sebaliknya dari syarikat yang bertanggungjawab mengedarkan produk ni. disini saya akan paparkan email yang dihantar kepada rakan saya.Saya sebenarnya tidak mahu membongkar lagi peneyelewengan syartikat ini tapi tidak boleh tidak saya perlu membongkar juga penyelewengan ini..Selain itu ada juga mereka menggunakan nama ustaz zaharudinn dalam perniagaan ini,dan perkara ini juga membuatkan saya pening kerana Ustaz zaharuddin sendiri mengatakan beliau tidak ada mengeluarkan apa kenyataan pon berkaitan dengan syarikat ini.Bagaimana ini?Dan pasti ada suara2 mengatakan dimana buktinya?Dibawah ini saya akan nyatakan semua bukti2 nya.Saya hairan bagaiman mereka boleh mengunakan slogan membangunkan ekonomi ummah sedangkan perniaagaan mereka pernuh dengan peneyelewengan…HAiran bin Ajaib,itu sebab saya katakan pelaburan ini sebagai pelaburan islam yang tidak islam.Erm saya pun tak nak memanjangkan perkara ini,tapi para pembaca boleh melihat sendiri penyelewengan syarikat yang datang ke MMU baru-baru ini.Lihat lah dengan mata dan hati ikhlas bukan melihat dengan mata dan hati yang mahu duit saja tidak kira dari mana datang duit tersebut…

Dibawah ini saya bawakan semua bukti-buktinya..lihat dan fikir-fikirkan wahai manusia.

*sesiapa yang mahu lihat dengan jelas email ini,saya akan paparkan link dia dalam masa dua hari lagi..sekian

dan shot box di site Ustaz Zaharudin:

28 comments

  1. terang lagi bersuluh..alhamdulillah.
    well done bro!


  2. thak you anonymous….bersama kita mengembeling tenaga dalam misi mencari kebenaran dan membongkar kebatilan,,,InsyAllah..


  3. Salam,

    Berkenaan dgn penulisan saya yang sebelumnya [http://ibnuyusofaljohori.blogspot.com/2007/03/more-respon-to-article-about-investment.html#links]

    Alhamdulillah, walaupun tak banyak ‘hit’, dapat juga ‘feedback’ dlm ‘inbox’ emel saya.Apa yang pasti, bersyukur sekali lagi,saya seronok kerana ramai sahabat2 kita sedar dan berusaha untuk tahu tentang perkara ini.untuk pengetahuan semua, artikel tulisan saya adalah berdasarkan ‘guideline’ dari artikel ust. Zaharuddin . Walaubagaimanapun, Ust Zaharuddin sendiri tak menjatuhkan sebarang hukum sah atau batal program ini.Tapi,apa yang pasti, beliau masih lagi dlm pengkajiannya.

    Apa yang boleh saya simpulkan, Ust Zaharuddin menyatakan ada 2 kesilapan, tapi tak dijelaskan dimana silapnya, kerana masih dalam pengkajian. Nyatanya, pihak berkenaan masih lagi boleh mengubah keadaan tersebut, semuanya atas keputusan mereka.

    maklum balas yang dihantar melalui emel ;

    1. “biasa la melayu, orang nak maju sikit, mesti kena ada hasad dengki..ish..ish..macam mana la melayu nak maju”

    2. “kata dah takde lulusan agama apa2, jangan la terhegeh-hegeh jaga tepi kain orang,banyak lagi program yang perlu dapat perhatian spt, Uptrend,Em-pay,swisscash,Iggplus,ASB dan sebagainya.takkan nk korek semua?”

    Respon ;

    1. Untuk pengetahuan saudara/i, saya tak dapat pulangan apa-apa pun dengan artikel saya, malah, saya tumpang saja dekat blog sahabat saya. Tiada sebab saya nak hasad dengki dekat rakan-rakan. Tiada upah pun yang saya pungut. Kalau saudara/i sendiri baca artikel tulisan saya tu sampai habis, sudah tentu saudara/i faham apa yang nak saya sampaikan.

    Seperti dalam tulisan saya, saya tak penah peduli dengan program apa2 atau siapa2 yang nak sertai. Saya tiada hak langsung untuk tentukan halal/haram sebarang program, begitu juga dengan keputusan sesorang yang nak menyertainya. Kalau nak sertai, silalah. Sebab anda semua berhak atas semua harta anda. Bukan saya.

    2. Sebab apa saya peduli sangat pasal program ni? Sebab antara yang saya dengar, mereka melaungkan slogan “ekonomi ummah” seperti ditulis dalam ‘brochure” yang saya dapat. Kenapa bukan uptrend, Iggplus,Swisscash,em-pay, mahupun ASB yang saya peduli?

    Singkat. Sebab program sedemikian tidak pernah pun menggunakan sebarang persatuan Islam sebagai pengantara mahupun slogan-slogan yang berkenaan. Kebanyakan program ini tak pernah mengatakan program mereka adalah sah / halal. Saya peduli sangat pun , sbb ianya berkenaan dgn Islam, dan sedikit sebanyak melibatkan masyarakat disekeliling saya. Saya tanak disoal di akhirat nanti. [lihat komen saya di topic ASB]

    Firman Allah bermaksud “dan jgnlah kamu mencampurkan kebenaran dan kebatilan dan janganlah kamu sembunyikan kebenaran sedangkan kamu mengetahuinya”(surah al-baqarah;42).

    Sekian, corat-coret saya pagi2 ni. Kalau rajin, lawatilah laman Ust Zaharuddin terutamanya ‘shoutbox’ atau forum.banyak maklumat disitu.Sekali lagi, bukan niat saya nak dengki sana sini tak tentu pasal.

    -theseeker.psycho@y!-


  4. Syabas ya Akhi..teruskan perjuangan untuk membongkr kepalsuan,,dan mmg itulah antara tugas kita sebagai hamba Allah yang mahukan dan mencintai kebenaran dan kejujuran dalam segala aspek


  5. salam, ramai yang bersuara seperti hampir tidak puas hati sekali dengan penytaan Yus kali ini.

    apa yang saya faham,wakil yang datang ke cyber mengatakan, Ust Zaharuddin telah mengesahkan program ini,malah mendapat sokongan Dr Izham.

    tapi,jelasnya,Ust Zaharuddin sendiri mengatakan beliau sendiri tidak habis dalam pengkajiaannya,apatah lagi untuk mengesahkannya.

    situasi yang dinyatakan oleh wakil itu amat berlainan sekali.saya pasti,itulah yang hendak disampaikan Yus kepada semua.

    saranan saya, semua hendaklah berlapang dada.jangankan sedikit perbezaan menyebabkan kita berpecah -belah.kita yang bertunjangkan akidah yang sama,malah sebangsa dan senegara,banyak lagi persamaan yang boleh dikongsi.

    kepada sesiapa yang terasa dengan artikel yus,harap maafkan beliau.kerana sudah pasti,manusia itu tak sunyi dari kesilapan.kita pun kadang2 ada salah silapnya.cuma nya janganlah amalkan sangat sikap tuding jari,sumpah seranah dan sebagainya.apa kata bangsa lain pula? entahkan mereka bergelak ketawa kerana kita bergaduh atas perkara yang kecil kalau nak dibandingkan perkara yang lebih penting.

    bagi saya, kesilapan-kesilapan pihak syarikat bukanlah kesilapan yang fatal sehingga boleh jatuh hukum.apa yang pasti, sesuatu sistem/struktur boleh diubah,terpulang kepada pihak berkenaan.

    mungkin semua terkilan dengan yus,begitu juga dengan yus.harap2,lepas ni,jangan ditimbulkan lagi perkara yang sama.

    yang rasa yakin tu,silakan,teruskan niat anda demi ekonomi ummah.
    yang rasa kurang,carialternatif lain.

    pada saya,niat pihak berkenaan yang baik sekali,demi ekonomi ummah.saya sokong sekali dengan langkah2 yang diperkenalkan.kita sebagai muslim,seharusnya menyokong bukannya mengkritik.sebab ekonomi sekarang bukan kita yang kuasai.namun,sokong tidak semestinya dengan melulu atau membuta sahaja.kalau baik,kita kata baik,kalau tak,sebaliknya lah.tapi harus diingat,matlamat tidak menghalalkan cara.

    saya yakin,yus dan sahabat2 bukan hendak dengki sesama sendiri atau bergaduh sesama sendiri.bersyukur saya dengan kesedaran Islam yang ditampilkan masing2.


  6. Melaungkan berjuang atas nama Islam dan sebagainya tapi menipu dengan menggunakan nama orang itu sahkan orang ini sahkan sedangkan orangnya kata dia tak habis kaji lagi pun. Sejak bila wujud usul baru, matlamat menghalalkan cara?

    Nak bangunkan ekonomi ummah, bagaimana dengan nasib ummah yang tidak ada RM1500 untuk sertai? Mengapa untuk jadi kaya fokusnya saya tengok lebih kepada smart moving yang dah lebih kurang macam MLM. Matlamatnya cari orang beli dan join dan orang tu kemudian pergi cari orang lagi kalau nak ganjaran lumayan.Sebab dari setiap orang akan dapat seringgit la macam-macam lagi. Kira kalau takmau cari orang tak dapat sebarang pulangan.

    Berniaga apa tu?


  7. Salam,
    Tahniah buat saudara ibnuyusofaljohari kerana memberikan ulasan yg cukup bernas dan kritikan dengan nada sinis yg terkawal dalam isu Stromberg.

    Blog saudara sy lihat cukup lengkap dgn pelbagai bidang ilmu.Tetapi sy tahu saudara juga seorang manusia yg mempunya kelemahan.

    Beristighfarlah brother.Kerana apa yg saudara buat ini bukan lagi satu perjuangan menegakkan Islam tetapi saudara sedang kalah kepada hawa nafsu.Perjuangan apakah namanya yg saudara perjuangkan sekiranya saudara tidak adil kepada diri saudara sendiri??Saudara menulis seperti sedang menjaga kepentingan peribadi dan saudara kuatkan hujah dgn ayat2 Al-Quran dan Hadith sesedap rasa.

    Saya x katakan justifikasi anda salah.Tetapi anda tidak langsung berbincang atau memberi peluang kepada pihak yg saudara anggap sbg ‘pemangsa’,iaitu pihak Stromberg memberi penjelasan kepada masalah2 yg saudara ‘timbulkan’.Antaranya isu penyelewengan dan halal/haram plan perniagaan.Sekiranya saudara pandai bermain dgn ayat suci Al-Quran dan hadith,di sini sy akn menjawab hujah2 saudara dgn logik dan bukti yg kukuh.

    Sy x bermaksud utk mencari kelemahan saudara.Tp daripada hujah2 saudara,saya dapati saudara telah menunjukkan sendiri kerakusan diri saudara utk mempertahankan hujah;

    1) Saudara tidak berlaku adil.Dalam artikel ‘Bukti penyelewengan Syarikat ini’,saudara memberikan bukti yg tidak sahih kerana hanya mendengar drpd pihak yg lain.MR RON mendakwa pihaknya sbg pengedar ‘pioneer’ di Malaysia.Itu mmg x dapat disangkal kerana sebelum Syarikat JNSSB di entitle sebagai ‘Pengedar Tunggal’ Produk Stromberg Fuel Saver bagi Asia Pasifik pada 3 September 2006,Mr Ron dan Hj Razak yg meneraju produk ini di Malaysia.Kalau anda mahukan bukti,sila hubungi sendiri Director,Dr Mazuki Bin Jusoh,X Senior Lecture MMU Melaka(0136306900) atau CEO syarikat,DR Jailani Bin Jabar(0199468185).

    Sebenarnya saudara sendiri telah ditipu oleh MR Ron kerana beliau bukan lagi pengedar bagi produk Stromberg Fuel Saver sejak 2005.Di sini kita semua boleh conclude bahawa saudara seorang yg suka berprasangka,suka menimbulkan kontroversi dan mencari publisiti murahan daripada kejatuhan org lain.

    2)Saudara mendakwa Ustaz Zaharuddin tidak mengiktirah dan mengesahkan status plan perniagaan Stromberg.Sy bersetuju bahawa beliau belum lagi mengiktiraf secara rasmi.Buat pengetahuan saudara,Ustaz Zaharuddin merupakan kenalan ibu saya.Ibu saya sendiri telah bertanya kepadanya secara individu.Buat pengetahuan saudara,apa yg dikatakan kesilapan di dalam Plan perniagaan JNSSB hanya pada akadnya.Ustaz mengesahkan sekiranya akad jual beli tidak dilakukan secara teliti,ia akan terbatal dan sekaligus menjatuhkan plan perniagaan ini sebagai haram.Tetapi sekiranya ia dijalankan dengan betul,maka hukumnya sah.

    Satu perkara lagi,di dalam artikel,saudara hanya copy n paste perbualan x langsung antara pengunjung laman web dan ustaz Zaharuddin dalam ‘shout box’ yg tidak mempunyai kesimpulan.

    Saya tidak tau apa motif saudara mengeluarkan lagi artikel ttg pelaburan dan membalas semula komen pembaca artikel ‘Bukti penyelewengan Syarikat ini’ sekiranya saudara betul2 pasti dgn hujah dan bukti yg telah saudara tunjukkan.Sy kira,saudara cuba mencari simpati pembaca dgn cara penakut dan menggunakan ayat Al-Quran dan hadith utk menegakkan hujah saudara.Sy minta Maaf sekiranya ayat2 sy ada menyinggung perasaan saudara.

    yg benar,
    Muhammad Rasyid Bin Abdul Razak
    Bachelor IT(HONS)Artificial Intelligent,MMU MELAKA
    rasyd85@yahoo.com


  8. pada saya ini bukannya kes penakut ke pengecut.inisiatif Yus hanya untuk berbincang,bukannya menuduh atau sebagainya.perbincangan tujuannya untuk mencari kebenaran bukannya menentukan siapa pemenangnya.(keep this noted)

    pada mulanya,saya amat bangga sekali semasa programini diperkenalkan.mana tidaknya,inisiatif org Islam untuk ekonominya.

    ade beberapa perkara perlu perbincangan di sini.cuma,janganlah terlalu melulu dalam menghentam,baik yus mahupun saudara Rasyd.saya pasti,kalau yus salah,pasti beliau mengaku.

    pada saya ,Yus menggunakan perkataan penyelewangan kerana ianya berlaku.nak tahu ke?
    semasa wakil yang datang beri penjelasan,katanya, Ust Zaharuddin dah ‘sahkan’.sedangkan ianya tidak.adakah saudara dapat? ianya seperti mengatakan saya ni seorang perempuan sekaligus seorang lelaki pada masa yang sama.dimana ianya merupakan ‘contradictions’.sbb ‘contradictions’= kontradiksi itulah yang Yus gunakan ayat ‘penyelewengan’.

    apa salahnya,dikatakan Ust Zaharuddin masih dalam kajian?apa pentingnya kita guna nama individu tertentu untu kemajuan kita? kenapa mesti perlu buat perkara sedemikian?

    kalau dalam ‘job-interview’,rasanya,awal2 lagi syarikat tak ambil bekerja.

    pada saya,aqad dalam program ni tak salah dalam konsep At-tawarruq.

    tapi,perkara yang lebih penting sekali seperti saudara Rasyd katakan, “kemungkinan aqad ada masalah”.kalau aqad ada masalah,mana mungkin urusan terus dijalankan, dengan semata-mata mengharapkannya ianya “sekiranya betul”.ini dah dinamakan seperti
    “uncertainty”.kenapa tidak tunggu ianya disahkan dulu? kenapa musti jalan terus,baru bertanya?

    tak kira la siapa kenalan ust Zaharuddin,siapa kenalan Dr Izham dan sebagainya.tapi,apakah mereka tahu tentang pakej ‘smart moving’?

    kalau boleh,saya nk penjelasan tentang ‘smart moving’ sejelas-jelasnya.seboleh-bolehnya, biarlah Ust Zaharuddin penjelaskan,rasanya itu bukanlah masalah kerana Ust Zaharuddin kenalan ibu saudara Rasyd.

    heran jugak,ramai yang selalu promosi program ni atas nama ekonomi ummah,banyak sangat perkara yang bermain dikepala otak.

    betulke niat mereka semata-mata ekonomi ummah?ke nk carik comission melalui smart moving?

    berkenaan Mr Ron,mungkin Yus telepas pandang/tersilap.Yus bertanya bukannya ‘serkap jarang’je bro.kalau serkap jarang,ianya tuduhan tanpa sebarang usul.mana prasangka buruk yang dikatakan saudara terhadap Yus?

    kalau saya kata saya anak saudara Perdana Menteri Vietnam? ramai ke nk percaya secara terus?mesti sekurang-kurangnya bertanya dengan org yg berkenaan,spt ibu saya ke,pm vietnam sendiri ke.

    Yus jaga kepentingan peribadi? mana kepentingan tu? hmm..Yus ada share saham dengan syarikat lain? dan Yus terpaksa meburuk-burukkan pihak saingan? mcm tu? saya taknampak mana kepentingan peribadi seperti yang didakwa saudara Rasyd.tolong jelaskan.

    saya tak pernah menolak seratus peratus program ini,mahupun membatalkan atau ‘mengharamkan’ program ini.rasanya,begitu juga yus.sebab apa?

    sebab ianya untuk ummah kan?saya dan yus ‘entitled’ untuk itu.begitu juga dengan kes roti tahun lalu.sampai ust hassan din turun padang.sebab apa? siasat sampai betul2 yakin.

    sebut pasal yakin,apa kata saudara Rasyd sendiri cadangkan dekat Mr director (sbb dr sini,jauh sekali).
    antara cadangannya,lantik panel shariah untuk syarikat.saya tak tahu menahu sangat berkenaan panel shariah untuk syarikat,tapi apa salahnya kalau ada panel shariah dalam syarikat,malah tambah lagi keyakinan ummah.

    selepas ni,saya tanak ambil pusing lagi tentang perkembangan apa-apa disini.

    rasa mcm nak cuba sikap ‘tunggu sahaja’ je la..lagipun,saya tak la rugi sangat kalau tak masuk.

    maaflah kalau kata-kata saya ni menggores hati rakan-rakan,pembaca2 budiman.sedangkan ust-ust diluar pn kne gam sbb dakwah,inikan saya yang selalu merapu.semoga semua berjaya.

    wassalam.


  9. Salam.
    Saya tertanya2 siapa agaknya gerangan saudara yg memberi pendapat ya?adakah saudara yus sendiri,bimbang agaknya komen yg menggunakan nama pena saudara untuk membalas komen saya akn mempengaruhi kehidupan sosial saudara.

    Dalam point saudara,tiada point langsung melainkan ayat berjela2 untuk melindungi tindakan sahabat anda,yus.Dan melibatkan perdana menteri vietnam yg tidak bersalah dlm hal ni.

    Jadi di sini sy faham;

    1.Saudara yus mmg bersalah kerana bulat2 mempercayai apa yg telah diberitau Mr Ron(Sebenarnya MR Ron pn x berani cakap JNSSB bukan Sole Distributor.Malah,JNSSB boleh sue company Ron kerana JNSSB telah take over segala aktiviti jualan Stromberg di Asia.RON bagitau yg dia ni pioneer je.Tu pun duluuuuu… :p baca kembali point pertama sy sebelum ni)

    2.Pihak Stromberg yg dtg ke MMU mendakwa Ustaz Zaharuddin mengesahkan plan smart partnership atau akad jual beli.

    Ada benarnya apa yg didakwa kerana secara ‘rasminya’ Ustaz Zaharuddin tidak mengesahkan akad jual beli.Tetapi secara tidak rasminya kami telah mengetahui kesahihan itu drpd kenalannya,iaitu ibu saya,Rahmah Binti Ya’akob.

    Akad yg saudara anggap sebagai diragui ketidak sahihan nya hanya kerana perkara2 kecil seperti;

    1.Menandatangani akad pada waktu yg berlainan antara dua pihak yg terlibat.Itu sahaja.Maka sbb itu setiap wakil Stromberg perlu menjalani 3 hari kursus untuk melengkapkan mereka dgn ilmu yg dperlukan bagi menguruskan hal ehwal smart partnership.

    Director jauh sgt ye?Saudara dianugerahkan mata untuk melihat,akal untuk berfikir dan kaki untuk berjalan.Apa kata saudara sendiri yg datang berjumpa dgn Director untuk bertanya tentang ‘smart moving’ dan ‘pegawai shariah’ memandangkan saudara telah sampai ke satu tahap sehingga cuba dan menyokong individu yang cuba menjatuhkan dan memperlekeh usaha murni syarikat untuk ‘Membangunkan Ekonomi Ummah’.

    Saudara mendakwa bahawa saudara cuba ‘siasat betul2 yakin’.Siasat ape kejadahnya kalau saudara hanya duduk di depan pc atau lap top search bukti di internet untuk mencari kelemahan sekaligus menjatuhkan org lain.

    Salam,
    Muhammad Rasyid B Abdul Razak
    BIT(HONS)Artificial Intelligent
    rasyd85@yahoo.com


  10. Oh maafkan saya,Saudara saudara sekalian mengatakan bahawa saudara mahu mencari kebenaran tetapi ape kejadahnya sekali lagi sy ulangi.Apa kejadahnya komen2 di atas yg dilaung2 dengan bangga sekali menghina dan memperlekeh usaha individu lain untuk memartabatkan ekonomi ummah.Adakah ini sekadar celoteh kosong?kita imbas kembali;

    ibnuyusof said…

    bersama kita mengembeling tenaga dalam misi mencari kebenaran dan membongkar ‘kebatilan’,,,InsyAllah..

    March 21, 2007 11:06 AM

    Anonymous said…

    Melaungkan berjuang atas nama Islam dan sebagainya tapi ‘menipu dengan menggunakan nama orang itu’ ‘sahkan orang ini’ sahkan sedangkan orangnya kata dia tak habis kaji lagi pun. Sejak bila wujud usul baru, matlamat menghalalkan cara

    Dan ayat ni sungguh kurang ajar sekali dgn hujahnya tugas sbg hamba Allah.Ini baru benar matlamat menghalalkan cara;

    ibnuyusof said…

    Syabas ya Akhi..teruskan perjuangan untuk ‘membongkr kepalsuan’,,dan mmg itulah antara tugas kita sebagai hamba Allah yang mahukan dan mencintai kebenaran dan kejujuran dalam segala aspek

    Yg benar,
    Muhammad Rasyid Bin Abdul Razak
    BIT(HONS)Artificial Intelligent
    MMU MELAKA


  11. Kepada akhi rasyid saya bukan lah orang yang pengecut sehngga mahu gunakan nama lain samata2 utuk mmpertahankan diri saya…Saudara,,saya akan mnarik balik artikle saya dan saya akan mntak maaf jika semua yang saudaara kata tu,,dan saya byk kali dah cakap kat artikel saya,kalau saya salah saya akan tulis besar2 kat blog saya saya mintak maaf…KAlau ibu saudara kawan ngan ust Zaharudin boleh tak kalau saya nak cakap guru saya Yusuf Al_qaradhawi dan Syeik AL mandili di Makkah.sekian.:)


  12. Baiklah,tarik semula artikel saudara dan teruskan hidup saudara seperti biasa.Saudara mempunya hujjah,org lain juga mempunyai hujjah.Saudara boleh mencari dan menghurai kelemahan org.Org lain juga boleh berbuat demikian.Saya telah sertakan hujah saya yg telah mematahkan hujah2 saudara ttg penyelewengan,maka tibalah masa saudara menarik dan meminta maaf kepada hati2 yg telah tercalar akibat artikel2 saudara.Dakwah bukan untuk mencalar,tetapi untuk membina silaturrahim.

    Salam,
    Muhammad Rasyid Bin Abdul Razak
    BIT(HONS)Artificial Intelligent
    MMU MELAKA
    rasyd85@yahoo.com


  13. sekian,wassalam.

    theseeker.psycho@y!


  14. memg begitula seorang daie. …merka akan sentiasa mahu menjaga silaturahim,,dan jika itu yg kalian mahukan,,,Insyaallah saya akan lakukan,,,seorang dai tidak takut tuk mngtakn salah pada yg salah dan betul pada yg betul dan saya kali ini melakukan bukan kerana hujah saudara yang dikatakn \sebagai ‘ilmiah’ tapi sebagai seorang muslim yg tak mahu hubgn muslim tercarlar…saya akan tetap teruskan perjaugnan saya membongkarkan segala perkara yg menghodohkan nama islam terutam jika ada mereka2 yg mgunakn slogan2 yg konon2 mahu bgnkan ekonomi ummah…insyAllah,yaAllah redhalah hambaMU ini…sekian~~tamat


  15. Tapi nabi berdakwah huingga tercalar dan terguris hati kabilah2 arab ketika itu,,.,erm..saudara massih tak faham apa itu dakwah dan perjuangan..takper teruskan baca diblog saya supaya anda dapat serba sdikit apa itu erti dakwah,,insyAllah


  16. patutlah muka pakcik yang datang cyber tu bila dia cakap UZAR dah sahkan boleh perniagaan ni muka cam sure tak sure. Sebab dia pun dengar dari orang ghupanya. Kalau ko sendiri kata UZAR tak abih kaji lagi camna ko wat statement UZAR dah sahkan ok kat mak ko tu bleh diterima pakai. statement UZAR hanya valid bila dia dah abih kaji. aku nampak chatbox, itu bukti clear. unless ko ada bukti hitam putih UZAR cakap camtu kat mak ko. hujah main org ni cakap ngan org ni mahkamah pun tak terima.

    kata takda MLM la apa la…smart moving tu apa beza ngan MLM.nak kaya dengan modal kecik kena join smart moving. serupa kerja cari orang join, takda jumpa org takda fulus.apa punta turr…


  17. Salam.
    Skarang saudara ibnuyusof dh tunjuk ‘color’ sebenar saudara ya.Blog ni x ada nilai di sisi Allah.Yg memberi kefahaman ilmu hatta dakwah ialah Allah S.W.T.Saudara dah letak keyakinan kepada blog ini dan bukan Allah S.W.T.Tanpa baca blog atau dgn blog Allah boleh beri kefahaman kepada saya

    Kepada saudara Arman aka Ibnuyusof,Ustaz Zaharuddin x mengesahkan sah atau tidak smart partnership.Tetapi;

    1.Ustaz Zaharuddin telah menggariskan guideline menyatakan investment yg memberikan fixed return adalah haram kerana ada unsur riba’

    2.Plan Smart Partnership berasaskan akad jual beli produk.Maka,Smart Partnership tiada kena mengena langsung dgn INVESTMENT yg memberikan FIXED RETURN.

    3.Sekiranya Smart Partnership bukan INVESTMENT,maka sah atau tidak bergantung kepada Akad Jual Beli yg dijalankan.

    4.Smart Partnership tiada unsur gharar(ketidakpastian) sekiranya akad jual beli diurus dgn teliti spt kehendak Ustaz Zaharuddin oleh wakil Stromberg yg telah diberi taklimat khas semasa berkursus selama 3 hari.Buat pengetahuan saudara,setiap wakil Stromberg menjalankan akad jual beli dgn teliti.Adakah logik saudara membeli barang keperluan di kedai secara main2??

    Sekiranya saudara betul2 berusaha utk memahami Smart Partnership,saudara akn faham hujah2 yg sy kemukakan.Tetapi sekiranya hati saudara penuh prasangka dan sememangnya saudara berniat utk menjatuhkan saudara seIslam,Allah yg Maha Mengetahui.

    P/S:Sekiranya saudara mendakwa kami menipu di sebalik slogan ‘Membangunkan Ekonomi Ummah’.Maka saudara berselindung di sebalik slogan ‘Dakwah’ dan mempergunakan Al-Quran dan Al-Hadith utk kepentingan hujah saudara walaupun saudara tiada ilmu yg cukup spt Ustaz Zaharuddin utk berbuat begitu.Wallahualam.

    Yang Benar,
    Muhammad Rasyid Bin Abdul Razak
    BIT(HONS)Artificial Intelligent
    MMU MELAKA
    rasyd85@yahoo.com


  18. Salam.
    Ini MSG terakhir sy.Sekiranya saudara sekalian fikir saudara telah merasai perit getir dakwah.Maka saudara telah silap besar.Hanya dgn bergerak dgn Nama kelab Institusi Usrah tidak melayakkan saudara ke Pintu Syurga Firdausi.Sy,saudara dan kami semua berdakwah dan bergerak dalam satu nada yg sama iaitu untuk menegakkan syiar Islam di muka bumi Allah.Saya faham saudara terasa keimanan saudara diuji.Tp begitu juga sahabat2 dari MMU Melaka yg bersusah payah datang ke MMU Cyber untuk berkongsi fikir dan berjuang untuk membangunkan ekonomi umat Islam.

    Dalam Institusi dakwah dan islah.Prinsip pertama yg perlu saudara patuhi adalah menghormati perjuangan saudara2 yg lain.Jgn lah berbangga dgn usaha saudara kerana hanya sehari nikmat Allah lebih besar daripada usaha dakwah buat seumur hidup saudara.Saya bercakap mewakili luahan saudara2 saya di MMU Melaka yg tercalar dgn tindakan saudara yg sy kira berlagak lebih pandai dan mengetahui.Buat pertama kali saya memohon maaf sekiranya saudara terasa dgn apa yg sy sampaikan.Wallahualam

    Regards,
    Muhammad Rasyid Bin Abdul Razak
    BIT(HONS)Artificial Intelligent MMU MELAKA
    Mantan Tanzim Institusi Usrah MMU Melaka 2004/2005


  19. apa ni saudara,,,saya bukan seorang yag bacul tuk gunakan nama orang lain tuk tulis disite comment ne…apakah pertuduhan ini…AstagfiruLlah…sedar la ya akhi…saya sekadar mahu berkongsi dan mengajak sauadar utk membaca dan mempelajari melalui medium dakwah ini,,bukanlah mahu mengatakn saya yg beri kefahaman itu..kalau begitu saudara juga mengatakan Nabi begitu kerna nabi beri kefahaman melalui hadis2 nya…harap kawal emosi ya aakhi…


  20. saya dan sahabat2 saya sudah lama memaafkan,,kerana kami sudah ditarbiah dengan pesannan nabi…moga ukhwah tertaut…kami sentiasa mendambakan ukhwah yg jitu…..salam kasih dari saya dan terima kasih kerana sudi hadir dalam blog ini sentias memerhati dari sehari ksehari tuk memberi saya dan sahabat saya nasihat,,,,kami amat menghargai jasa saudara,..hanya Allah dapat membalasnya,,,sekian


  21. uish…aku macam kena tinggal ketapi tu..2-3 hari ja tinggai..terus jauh kebelakanag..

    banyak yg boleh disimpulkan kat sini.

    depa ni dok tanya pasal ‘smart moving’ yang hangpa dok jawab pasai ‘smart partnership’.mcm ayam cakap ngan itik pun ada,mcm tnya cikgu sejarah pasai fizik pn ada…smart sunggoh depa ni..

    dok putaq sana-sini.isk3..

    takpala,abg yus kita ni dah jalankan tanggungjawab dia,abg rasyd pn dah jalankan tanggungjawab depa.sama-sama ada perjuangan masing2,ada haluan masing2.

    pasai ‘ekonomi ummah’ ni,bukan satu cara ja ada,meniaga donut pagi2 pn leh naik ekonomi apa..tu tak kira meniaga burger depan seven-eleven lagi..bab2 bisnes,libat duit ni,bukan leh paksa2..kalau depa tamau,jgn dok bagi.

    macam budak2 la,kalau dia tamau susu,jgn la dok suap lagi..

    aku kenai yus tak sampai setahun lg,tp aku taw la kaler dia kaler apa.dia ni jenih tak berselindung.hangpa yang tak kenai sapa-sapa ni jangan la main tuduh-tuduh nooo..hangpa pun tau tuduh-menuduh ni bukan amalan dalam islam,melayu ada la..

    pastu dok kata orang berselindung sebalik dakwah,aku tamau la perbesaq ceghita,mcm lagi agenda kat dunia nk kena amik tau…

    tapi kalau kita ni sorang muslim (ala melayu,mesti la islam ye dak?),kita tau adab2 dalam islam.

    – kalau orang tu tak tau,kita kena tegoq.

    – kalau takdak bukti,jgn main semboq ja..

    – selalu berbaik-sangka sesama sendiri (yang ni, hangpa pi tanya tanzim2 berkenaan,mesti depa tau).

    kalau kita dok layan sikap,tuduh-menuduh,buruk sangka,pastu,takdak tegoq2, malaysia pon leh jadi cam iraq.

    takkan pasai benda kecik dah bergadoh satu universiti..sorang tu amik ja kos artificial intelligence,tapi ‘intelligence’ tah ke mana.kita ni nak berbincang,kena ada adab,kena ada cara.jangan pakai suka-suki,nafsu kita ja..kalau ikut nafsu,binatang pun kita leh jadi keja…

    pikiaq2 la elok naa..

    sori la kalau bahasa aku kasaq nak dibaca,ada pulak sakit retina tu..aku bukan macam yus,bermadah sopan dalam artikel dia..biasala..orang johor memang camtu,kekai adat ketimuran.

    aku ni orang utara,senang ceghita la kan,bak kata paklah, “orang utara memang kasaq”.pandai2 la..aku bukan piee,aku bukan paklah,aku bukan ust zaharuddin,aku bukan kawan ust zaharuddin,aku bukan anak kawan ust zaharuddin,aku bukan yus,aku bukan sapa-sapa la..


  22. hahaha..sorang lagi datang bagi komen..berlagak macam tuan hakim.haha~~layan~~


  23. tp ko cakap mcm kawan yus ja..mcm org sakit mental.ada 2 identiti kot~~~!!


  24. tok guru yus tok guru aku gak…. huhuhuhuhh


  25. sudahlah bosan gler blog ko nie!

    wan, MMU Melaka


  26. Terima kasih Wan,,,moga tautan kita sentiasa bersandar atas Nama Allah..komen wan ni buatkan saya sedar bahawa saya perlu pertingkatkan lagi gaya penulisan saya agar atau moga kemudian kali blog saya ini digemari bukan kereana saya tapi kerana Ilmu Allah yang saya sadurkan ini….insyAllah..sekian,,salam ukhwah dari saya….


  27. drpd ape yg aku baca nih.. takde sape pun menang.. cume leh nampak ape yg hak dan ape yg batil. siapa itu yus dan siapa rusyd. siapa haram dan siapa halal. dan juga 7 eleven halal dan juga stromberg haram

    ha ko ngan mak ko masuk neraka.. masuk neraka.. masuk neraka masuk neraka. ko nak dengar ayat camtuh.. tentu tak nak kan?

    yg tak tahan bila sorang nih tuduh pihak sorang lagi pengecut pakai anonymous.. apekah.. kalau nak jadik kecut.. biar macam aku nih.. baru betul pengecut.

    jadi tanzim ade confirmation ker ko dpt masuk syurga? dan juga ade hak ker untuk menafikan orang lain yg berdakwah.. apela… kat sini mmg jelas nyata dan terang bagaikan bacaan izhar halqi… yg mana silap. yang mana betul, yang mana tak beretika bila berbincang.

    🙂


  28. saya nak tegaskan lagi disini,,bahawa blog ini tidak ada kaitan dengan mana2 organisasi dan saya berharap lepas ni tidak ada yang mengaitkan pandagan saya dengan mana2 organisasi..pandagan saya tidak mewakili mana2 pihak..sekian…



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: