h1

ADUHAI KESIAN ROSNAH MAT ARIS

March 6, 2007


ADUHAI KESIAN ROSNAH MAT ARIS

Sebenarnya saya tak mahu menyentuh mengenai cerita-certa Rosnah Mat Aris ini,tapi saya terpamggil untuk mengulas tentang masalah ini.Saya berasa tidak senang bila Pihak KAMU mahu meng’GAM’ Rosnah dan saya tertanya apa yang dimahukan sebenarnya oleh Pihak KAMU diatas tindakannya ini.Kita tidak boleh meletakkan 100% kesalahan Rosnah dalam perkara ini,tapi kita kena lihat beberapa aspek sebelum melaksanakan hukuman.Saya dalam keadaan ini merasakan bahawa Pihak KAMU terburu-buru dan tergesa-gesa dalam menjatuhkan hukuman keaatasnya,saya bercakap ini atas dasar keadilan,tidak boleh tidak kebenaran tetap kebenaran.Memanglah sesuatu yang tidak elok dan tidak sopan apabila Rosnah membanding-bandingkan dia dengan isteri RasulAllah,tapi kita kena ingat yang berbicara itu bukanlah seorang lepasan Al-Azhar atau pun Madrasah-madrasah yang mempelajari agama dengan mendalam.Malahan yang lepasan Al-Azhar juga ada yang murtad dan sebagainya inikan pula Rosnah.(bukanlah saya mahu merendah-rendahkan ilmu agamanya tapi kita kena lihat realitinya)

Masalahnya disini masyarakat kita lebih mengfokuskan kepada Hukuman tapi tidak berusaha untuk mendekati dan menasihati beliau.Disini juga saya mempersoalkan dimana perginya Jabatan-jabatan agama dan para ulama apabila situasi ini berlaku??Jika kes khalwat kemain laju nak pungah semua orang masuk van dan jika masalah ini berlaku senyap menyepi bagaikan masalah ini tidak ada langsung kena mengena dengan kredibiliti mereka.Minta maaf cakap,saya bukanlah mahu menyokong Rosnah tapi saya kecewa dengan sikap mereka yang bertanggungjawab yang tidak bertanggungjawab dalam menangani masalah iniTidakkah mereka-mereka yang arif ini pernah mendengar Sabda Nabi “diangkat kewajipan daripada 3 golongan ,dari pada orang yg tidur hinggalh ia terjaga,daripada kanak2 hinggalah dia baligh dan daripada orang yang terencat akal sehinggalah dia berakal”(HR Imam Ahamad dan ashabusunnan).

*Berakal disini bermaksud mengetahui apa yang diperlakukan dan apa yang diperkatakan

ANDA bukan membantu tapi menjahanamkan mereka-mereka ini yang tidak tahu apa-apa tentang Islam.Disebabkan sikap ANDA ini lah tidak ramai para artis mahu mendekati Institusi-institusi Islam ,kerana dalam pemikrian mereka bahawa institusi ini bukanlah tempat mengadu tapi tempat cari pasal jika mereka pergi kesana.Aduhai ANDA dan lain-lain dan para cerdik pandai agama!!!Dimana Ilmu dan amalmu,adakah kamu merasakan tempat yang kamu duduk itu hanya sebagai tempat untuk kamu berpoya-poya,atau kamu mempunyai amanah dari Allah yang perlu kamu laksanakan.Ayuh!!!bangun dekati lah mereka-mereka yang memerlukan kehadiran kamu terutama artis yang dianggap jijik oleh segelintir para ugamawan,yang sesuka hati menghukum mereka-mereka ini masuk keneraka dan sebagainya..

Siapa ANDA mahu menghukum mereka??Adakah ANDA ini Allah untuk melletakkan hambanya dimana-mana yang ANDA sukai??Aduhai-aduhai,sudah banyak lelahan ini disuarakan namun tidak semua yang memperdulikan,dekati lah mereka,ajarilah mereka,bentukilah mereka,sedarkanlah mereka,,Itu tanggungjawab ANDA bukan kerja ANDA untuk menghukum mereka.Akhir sekali saya berharap pihak KAMU mempertimbangkan hukuman tersebut.Kita kena lihat juga bagaimana keadaan dia nanti,bagaimana dengan sumber pendapat dia dan sebagainya.Ya!!Memang dia ada sumber pendapat yang lain tapi adilkah ini dalam perkara ini??Bagaimana pula jika memang betul pendapatnya semakin ‘sesak’ dan tidak mustahil dengan desakan hidup di Kuala Lumpur kemungkinan dia akan terjerumus ke lembah yang lebih teruk dari apa yang dia lakukan sekarang.KAMU akan dipertanggungjawab dalam masalah in!!Kerana KAMU yang membuatkan dia tidak mempunyai banyak pilihan..Ayuh!!perbaiki cara dan perlaksanaan KAMU danANDA agar Kredibiliti KAMU dan ANDA tidak tercemar bagai tahi yang di serang ulat..sudahlah busuk malahan dihurung dengan ulat-ulat yang menjijikkan.

*KAMU=RTM

*ANDA=PIHAK JABATAN AGAMA

OLEH:Yussamir yusof aljohori

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: