h1

Salah tanggapan dalam Islam-episod 2

February 7, 2007

Terima kasih diatas penantian para pembaca bagi artikel seterusnya mengenai “salah faham dalam islam”.Kali ini saya mahu menyentuh sedikit tentang kepada perlunya kita berfikir secara kritis dan efektif.Dua perkara ini sering kali dilupakan oleh mreka yang mahu melibatkan dalam gelanggang dakwah,walaupun nampak seperti sindiran sinis terhadap mereka yang berada dalam lingkungan dakwah tapi persooalan ini perlu ditekankan.Baiklah saya tak mahu sangat menyentuh perkara ini kerana saya tahu para pembaca sudah tidak sabar ingin tahu apa jawapan bagi persoalan Salah faham dalam Islam episode 2.Kali ini saya mahu mengutarakan jawapan bagi soalan :

1. Adakah semua agama adalah sama

Bagi semua soalan ini saya akan jawab dalam bentuk soal dan jawab,ia bagi memudahkan para pembaca membaca dan menilai semula semua jawapan-jawapan yang diberi.

Jawapan:

Bagi menjawab soalan ini saya lebih tertarik untuk membahagikan jawapan ini kepada 2 bahagian.bahagian pertama untuk Muslim dan kedua untuk non-muslim.Pendekatan ini dilaksanakan bagi memudahkan pemahaman para pembaca sendiri.

· Pendekatan pertama.

Ada sesetengah orang islam sendiri memandang semua agama adalah sama dan mereka menyangkakan agama Islam ini adalah salah satu pecahan didalam semua agama.Tapi semua hipotesis mereka dalam menukilkan persoalan ini amat kabur dan tidak didokong dengan hujah yang kukuh.Jawapan bagi mereka ini amat mudah.Islam membersihkan manusia daripada syirik tapi non muslim melakukan dosa yang paling besar dalam islam iaitu Syirik.Islam menyeru kepada tuhan yang satu tapi agama-agama lain tidak.Mereka lebih rela menyembah berhala dan menduakan Tuhan. Dan dosa paling besar disisi Allah adalah syirik kepadaNYA,sepertimana Firman Allah didalam Quran[4.48] Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar. Dan agama Islam adalah agama yang diredhai oleh Allah bukan agama-agama lain sepertimana firmanNYA dalam surah [3.19] Sesungguhnya ugama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai ugama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya.

Selain daripada itu,sejarah telah memunjukkan bahawa perjuangan dakwah Nabi Muhammad kepada orang yahudi dan nasrani adalah kepada Ketauhidan kepada Allah dan membersihkan orang-orang jahiliyah dan ahli kitab(yahudi dan nasrani) dari kesyirikan.Kalaulah semua agama itu sama,sudah semestinya Nabi Muhammad sudah menyeru kepada kesyirikan,tapi sebaliknya yang berlaku.

· Pendekatan kedua kepada non-muslim

·Pertama-tama sekali bagi menjawab persoalan ini saya lebih menyukai untuk memulakan dengan satu ayat yang bagi saya sudah dapat memberikan jawapan bahawa Islam dengan agama-agama lain tidak sama iaitu “Islam not just only teach the good but how to achieve good”.Kenapa saya kata begitu,sebab islam tidak hanya memberikan panduan dalam pengwujudannya tapi islam juga memberikan peneyelesaian dalam panduannya.Ayat macam berbelit tapi sebenarnya simple,iaitu islam memberikan cara dan jalan dalam menjalani kehidupan.Yang sebenarnya islam bukanlah agama tapi Ad-din iaitu “cara hidup” yang cukup praktikal dan mencakupi semua aspek.Saya bawa satu tamsilan,didalam semua agama melarang penganutnya mencuri tapi hanya Agama Islam mempunyai penyelesaiannya dalam menangani kemelut ini.Penyelesaiannya mudah dan praktikal iaitu system zakat.

Sistem zakat adalah satu jalan penyelesaian dalam menangani masalah kecurian kerana zakat jika dilaksanakan maka permasalah orang mencuri kerana miskin tidak akan berlaku,kerana semua memperolehi hak mereka.Didalam Quran system ini sentiasa diutarakan oleh Allah misalnya didalam surah [2.43] Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk.

[2.110] Dan dirikanlah oleh kamu akan sembahyang dan tunaikanlah zakat dan apa jua yang kamu dahulukan dari kebaikan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasan pahalanya di sisi Allah. Sesungguhnya Allah sentiasa Melihat segala yang kamu kerjakan. 4.162] Tetapi orang-orang yang teguh serta mendalam ilmu pengetahuannya di antara mereka dan orang-orang yang beriman, sekaliannya beriman dengan apa yang telah diturunkan kepadamu (Al-Quran), dan kepada apa yang telah diturunkan dahulu daripadamu, – khasnya orang-orang yang mendirikan sembahyang, dan orang-orang yang menunaikan zakat, serta yang beriman kepada Allah dan hari akhirat; mereka itulah yang Kami akan berikan kepadanya pahala (balasan) yang amat besar.

[5.55] Sesungguhnya Penolong kamu hanyalah Allah, dan RasulNya, serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan sembahyang, dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah).

Banyak sekali Allah menyatakan tentang kewajipan berzakat didalam Quran,apakah semua ini?Semua ini adalah penyelesaian kepada masalah kecurian.Dengan zakat kita boleh mengumpulkan berbilion ringgit dari orang-orang kaya dengan mengenakan 2.5% dari harta kekayaan mereka.Dengan wang-wang ini kita boleh menyediakan segala kemudahan asas yang diperlukan oleh orang-orang yang tidak mampu,kita boleh memberikan asas pendidiakan,makanan,pakaian dan lain-lain.Setelah semua kerperluan asas dipenuhi,apakah perlunya keperluan untuk mencuri?Langsung tiada kerperluan untuk mencuri,dan jika keadaan ini berlaku dan masih ada yang mencuri barulah hukuman dilaksanakan iaitu potong tangan.Sebabnya saja-saja mahu mencuri tanpa ada sebab yang munasabah .Maka perlaksanaan hukuman potong tangan boleh dilakukan,seperti friman Allah dalam surah [5.38] Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. dengan adanya hukuman ini ia dapat mencegah daripada mencuri dan menjadi ikitbar kepada mereka yang lain agar jangan sesekali mahu mencuri.(ada syarat-syaratnya sebelum melaksanakan hukuman ini,bukan perkara yang mudah untuk memotong tangan manusia)

Namun realitinya yang kita lihat pada hari ini ,kebanyakan kes mencuri adalah disebabkan keperluan asas tidak dapat dipenuhi namun kalau semua keperluan sudah dipenuhi melalui system zakat masalah ini tidak akan berlaku lagi.

Nah sekarang saya mahu bertanya kepada anda semua,adakah masih Agama Islam sama dengan Agama yang lain???Fikir-fikirkanlah,think rational not emotional!

Tapi ada suara-suara mengatakan “kalau agama kamu benar dan kamu kata semua perkara ada penyelesaiannya mengapa tetap masih ada orang islam yang mencuri???” Saya suka menjawab soalan ini dengan mengunakan analogi.Begini saudara,anda sedang memandu disebuah lebuh raya dengan kelajuan 145 Km sejam sedangkan had laju sebenar adalah 110 Km sejam dan tiba-tiba anda mengalami kemalangan.Adakah kemalangan itu disebabkan oleh kenderaan anda atau sikap anda sendiri?Sudah semestinya sikap anda yang patut dipersalahkan.Begitu jugalah dengan agama Islam,Agama islam sudah menetapkan peraturan kepada penganutnya sekarng ini yang tinggal penganutnya sahaja untuk bertindak sama ada mahu mengikut peraturan itu atau tidak.Dalam perkara ini tidak boleh dikambing hitamkan kepada agama tapi perlu ditujukan ialah kepada penganut itu sendiri.Islam itu sudah sempurna sepertimana firman Allah didalam surah [5.3]. Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari ugama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana sesungguhnya Allah maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Akhir sekali bagi menjawab soalan ini ialah ISLAM TIDAK SAMA DENGAN AGAMA YANG LAIN! Pada artikel yang akan datang saya akan memberikan jawapan bagi persoalan Ah Chong baik VS Ali jahat ,InsyaAllah.Jumpa kita dalam episod yang seterusnya……

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: