h1

air mustamal boleh di buat wuduk??

February 1, 2007

assalamualaikom

segala puji kepada ALLAH dan selawat salam keatas junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW..ama ba’du…..

hari ini saya ingin mengutarakan sebuah persoalan yang saya rasakan satu kontroversi..kerana perkara yang dah lama sebati dalam diri bila ingin dibuang adalah satu perkara yang amat susah.Namun saya terpanggil untuk membahaskan perkara ini yang saya rasakan tak ramai yang mengetahuinyer dan saya tak kisah kalau di TERJAH dek perbahasan yang saya akan paparkan sebentar lagi..kerana saya tahu kebenaran akan dimusuhi kebatilan,saya taknak di MURKA oleh PERNCIPTA SAYA..Dan saya selalu berpegang kepada firman ALLAH “dan jgnlah kamu mencampurkan kebenaran dan kebatilan dan janganlah kamu sembunyikan kebenaran sedangkan kamu mengetahuinya”(surah al-baqarah;42).Oleh itu saya merasakan tidak moleknya sebagai orang ISLAM saya sembunyikan kebenaran dek saya takutkan dengan cemuhan dan kritikan..Dan saya berharap ulama2,guru2 agama yang lebih mahir dari saya silalah komen @ kritik hujah saya ini jika ada salah dan celanya dengan ilmiah dan rasional bukan emosional…

Baiklah kita mulakannya,maklum semua umat islam tahu bahawa berwuduk hanya boleh diambil dengan air mutlak sahaja dan sejak kecil lagi kita dah diajar sebegitu,dan air mutlak ada 7 jenis..Betul tak begitu..dan hari ini saya nak mengatakan air mustamal pon boleh dibuat berwuduk,baiklah mari mengenal apa itu air mustakmal:

air mustakmal adalah air yang suci tapi tidak menyucikan.Ustaz Ismail Kamus menyatakan air mustakmal ialah air yg telah digunakan sama ada hadas kecil atau besar.ini bermakna air yang telah dibasuh kpd anggota yang wajib sekiranya ditadah semula dan air tidak sampai dua kolah maka air itu dikira sebagai air mustakmal iaitu tidak boleh berbuat suci.Ia hanya boleh dibuat minum dan membasuh saja.Begitu juga jika ada air basuhan wajib terjatuh atau tertitik kedalam air yang tidak sampai dua kolah.

manakala menurut Ensiklopedia Hukum Islam,bab air.Air Mustakmal didefinisikan Air yang kurang dari 2 kolah(216 liter) yang terpisah @ mengalir dari pada anggota badan seseorang yang berwuduk @ mandi wajib…jadi kesimpulannya air yang kurang dari 2 kolah maka air tersebut dihukumkan sebagai air mustakmal,maka tidak sah berwuduk dengannya.Betul ke??

Disini saya kemukan beberapa dalil yang saya cari..ANTARANYA:

  1. Telah diriwayatkan dari Humran (hamba abdi Utsman),bahawasanya dia melihat Usman bin Afan minta dia bawakan sebuah benjana,lalu menuangkan air dari benjana itu ke telapak tangannya dan mencuci keduanya tiga kali.Kemudian dia memasukan tangan kannannya kedalam tempat wuduk itu(benjana)lalu berkumur-kumur suraya memasukkan air kehidung serta mengeluarkannya.Setelah itu dia membasuh mukanya 3 kali…kemudian usman bin affan berkata “aku melihat RasulluLLAH berwuduk sebagaimana wuduk ku ini…..”(hadis riwayat imam al-bukhari dalam sahih al-bukhari ,kitab al-whuduk,hadis no 164)
  2. Jabir bin Abdullah RA memerintahkan keluarganya untuk berwuduk dengan sisa air yang dia pakai bersiwak.(jabir adalah sahabat yg hidup sezaman dengan RasulluLLAH .Athar riwayat imam al-bukhari dalam kitab al-ghsul,bab”mempergunakan sisa air whuduk orang lain)
  3. diriwayatkan daripada zainab binti ummu salmah katanya “bahawa ummu salamah pernah mandi hadas bersama-sama RasulluLLAH menggunakan dari satu bekas..(sahih muslim no 488)
  4. Abu Juhaifah berkata:”RasulluLLAH SAW keluar menemui kami waktu tengah hari,lalu dibawkan air daripada beliau untuk berwuduk.Maka manusia mengambil sisa air wuduknya,kemudian menyapukan kebadan mereka…”(riwayat al-bukharidalam sahih bukhari,kitab wuduk no 187)-komentar:berkenaan hadis ini al-hafidz Ibnu Hajar rahimahullah berkata:”di sini terdapat keterangan yang jelas mengenai air mustakmal”(keterangan ini boleh dirujuk di FATHUL BARI PENJELASAN KITAB SAHIH AL-BUKHARI TAHQIQ SYAIKH ABDUL AZIZ BIN ABDULLAH BIN BAZ,pustaka azzam jakarta 1997,jilid 2 ms/196)

apa yang saya nak bawakan disini bukannlah pengaijian hadis tapi nk menunjukkan bukti yang menyokong pendapat saya ,dan boleh saya simpulkan disini bahawasanya air mustakmal itu suci lagi menyucikan tanpa ragu.Sayid Sabiq rahimahullah berkata”hukumnya (air mustakmal)suci lagi menyucikan sebagaimana halnya air mutlak tanpa berbeza sedikit pun.Hal itu ialah disebabkan asalnya yang suci sedangkan tidak dijumpai satu alasan pun yang mengelauarkannya dari kesucian itu”

saya berhujah bukan dengan cerita dongeng yang direka tapi berdasarkan dalil yang rojih,saya memegang al-quran dan sunnah..Ini selari dengan firman ALLAH “…kemudian jika kamu berbantah2 dalam sesuatu perkara maka hendaklah kamu kembali kepada quran dan sunnah ,jika kamu benar beriman kpd ALLAH dan hari akhirat.yang demikian adalah lebih baik bagi kamu dan lebih elok pula kesudahannya”(surah annisa’:59).

Dan tidak berani saya untuk membuat hadis yang palsu semata-mata ingin meyokong hujah saya,,sebab saya teringat kata-kata RAsulluLLAH yang cukup keras “sesungguhnya berdusta keatasku (menggunakan namaku)bukanlah seperti berdusta keatas orang lain(mggunakan nama orang lain).Sesiapa yang berdusta keatas ku dengan sengaja,maka siaplah tempat duduknya dalam neraka.(hadis ini mutawatir)

Dan setelah saya mengutarakannya saya harap para pembaca dapat menghilangkan keraguan tentang air mustakmal tersebut.Air yang kita simpan di tong2 dan kolah dan sebagainya adalah hukumnya sama dengan air mutlak selagi tidak bercampur dengan najis @berubah bau ,warna dan rasanya.Dan sekali lagi saya nek tekankan bahawa apabila RasulluLLAH diberi pilihan baginda akan pilih jalan yang paling mudah bagi umatnya asalkan perkara tersebut tidak mendatangkan dosa.Kata-kata Saiditina Aisyah RA “tidaklah RasulluLLAH jika diberi 2 pilihan kecuali baginda akan memilih paling mudah diantaranya selagi tidak mendungi dosa”(riwayat bukharidalam sahih bukhari no 6786)

Dan ALLAH juga ada berfrman “ALLAH inginkan kamu beroleh kemudahan dan tidak inginkan kamu menanggung kesukaran”(surah annisa/28)

oleh itu ubahlah pendirian anda kerana ISLAM jgn kerana ketaksuban hnya ingin megikut amalan yang sudah diwarisi dari zaman nenek moyang kita lagi dan menolak semua pendapat2 yang tidak selari dengan apa yang sudah diwarisi walaupun sudah dibentangkan dengan pelbagai bukti.Sebenarnya kita perlu menilai sesuatu perkara berdasarkan AL-QURAN DAN ASSUNNAH bknnya warisan yang kita tak pernah nak menganalisis dahulu itu.kerana budaya pasrah kepada amalan nenek moyang yg diwarisi adalah budaya jahiliah yg pernah diperangi RasulluLLAH….Dan anda boleh lihat bagaimana ALLAH menceritakan tentang mereka yang bertaklid buta walaupun bukti sudah dihidangkan didepan mata,iaitu di surah AL-ZUKHRUF(43):23-25)

SEKIAN saja daripada saya INSANUL DOIF yang dahagakan ilmu pengeahuan.Dan saya mengalu-alukan pandangan dan kritikan yang membina kpada ulama2,ustaz2 dan mereka yang mahir dalam bidang agama ISLAM.Di bawah ini saya sertakan bahan rujukan yang saya rujuk:

  • tafsir quran
  • sahih bukhari dan muslim
  • selangkah memahami ASWJ
  • pedoman2 bermazhab dalam ISLAM,saudara hafiz firdaus
  • laman al-islam,dari kerajaan arab saudi

oleh itu sekian dari saya,,,,

IBNU YUSOF al-ittibai

ashabul_kahfiislamic@yahoo.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: