h1

dah habis dah cuti semester…

January 28, 2007

(ketika di pameran sains islam menrentas tamadun di KLCC)

Alhamdulilah tamatla percutian aku sejak 9 januari 2007-28 januari 2007..Naik semester 3 azam baru pun mesti ada,dan berharap azam kali ini akan terlaksana dan mencapai sasarannya.Aku pun dah dapat Keputusan peperiksaan sem 2,alhamdulilah pointer aku meningkat dari sem lepas.Aku dapat 2A dan 1C,terima kasih Allah…Segala kurnia ni aku akan jaga sebaik mungkin.Erm ni nak cerita,cikgu tersayang aku pun dah balik dari menunaikan Fardhu haji di Makkah..selamat kembali ke tanah suci cikgu,moga cikgu dapat haji yang mabrur…AMIN.
Dan sementelahan aku duduk di rumah,aku dah tulis 3 artikel,dan salah satunya aku dah post kan blog ni,iaitu ‘PEMBONGKARAN KEPALSUAN BUKU ASHAARI PEMIMPIN PALING AJAIB DIZAMANNYA’…
Moga artikel itu ada manfaatnya,bukan untuk menjatuhkan sesiapa atau menyesatkan sesiapa(kerana bukan hak saya untuk menyesatkan hamba Allah),tapi hanyalah kajian secara ilmiah terhadap buku tersebut,Saya megemukakan semua jawapan berdasarkan Quran dan Sunnah.
Seperti mana firman Allah:“Sesungguhnya perkataan yang diucapkan oleh orang-orang yang beriman ketika mereka diajak kepada (Kitab) Allah dan (Sunnah) RasulNya, supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara mereka, hanyalah mereka berkata: “Kami dengar dan kami taat”: dan mereka itulah orang-orang yang beroleh kejayaan.“(Surah annur:51)

Dan pada semester ini aku bertekad untuk mencapai banyak kejayaan sama ada dalam akademik mahupun Koko.Aku fokus dalam semua perkara dan akan perbuat banyak perkara yang dapat menyumbang kepada Dakwah ISlam..InsyaALLAH…
ok la,,sekian..Wasalamualaikum WBT.

hamba yang mendambakan tuhannya
bilik 3012 multimedia university
9muharam 1428H/28 januari 2007



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: