h1

MEMBONGKAR KEPALSUAN BUKU ASHAARI

January 24, 2007

MEMBONGKAR KEPALSUAN BUKU ASHAARI PEMIMPIN PALING AJAIB DI ZAMANNYA

Alhamdulilah selesai juga proses menalaah buku Pemimpin paling ajaib di zamannya yang dikarang oleh Khadijah Aam oleh saya.Sebenarnya pada awalnya saya tidak mahu juga untuk membaca dan menelaah buku ini,tapi apabila melihat ianya satu kewajipan bagi saya untuk mencari kebenaran maka saya membuat keputusan untuk meminjam buku ini daripada salah seorang kawan saya.Manhaj penulisan saya “tidak akan menulis selagi tidak melihat dan mengkaji sendiri perkara yang diceritakan tersebut”(tidak bertaklid) ia juga bertepatan dengan Firman Allah “dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya,sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati,semua anggota2 itu tetap ditanya tentang apa yang dilakukannya” [maksud surah al-isra’ 36] dan “Apabila datang kepada kamu seorang yang fasik membawa berita fatabayyanu,maka selidiklah”,,oleh itu saya dengan enisiatif sendiri cuba mengkaji apa yang sebenarnya isi dalam buku tersebut sehinggakan JAKIM mengharamkan buku tersebut.Saya sentiasa berdoa agar semasa saya membaca dan mengkaji buku ini penulisan saya tidak prejudis dan sentiasa adil dalam membahaskan buku ini,kerana saya teringat Firman Allah “Dan janganlah kamu tertarik kerana kebencian suatu kaum sehingga kamu tidak berlaku adil,Maka berlaku adillah kerana keadillan itu lebih dekat lepada takwa…” (al-maidah:5) Oleh itu segala perbahasan dalam artikel ini saya akan berusaha sedaya upaya bersikap adil dan kepada Allah segalanya saya berserah,harap artikel ini ada manfaatnya,InsyaAllah.

*(m/s) ini adalah muka surat didalam buku ashaari pemimpin paling ajaib dizamannya-harap maklum-

Antara kepalsuan AShaari:

  1. Didalam buku ini mengatakan bahawa Ayah Ashaari meninggal dunia sebanyak 3 kali sepertimana yang ditulis “sewaktu budaknya,di segambut, beliau (ayah shaari)masih bersekolah lagi,beliau mengalami kejadian ajaib iaitu mati sebanyak 3 kali”(m/s 4).Hujah ini ditulis oleh khatijah Am adalah untuk menjadikan suatu sokongan menunjukkan bahawa Ayah Ashaari adalah manusia ajaib dan kemudian keajaiban itu diwarisi oleh anaknya dikemudian hari nanti.Namun bagi mereka yang berpegang kepada Quran dan Sunnah berdasarkan kefahaman para sahabat perkara ini tidak ini tidak boleh diterima sama sekali.Hujah menolak keajaiban palsu ini ialah:

    • Nabi Muhammad SAW nabi yang diutuskan oleh Allah sebagai ikutan manusia sendiri tidak pernah mati sebanyak tiga kali seperti firman Allah “tidak aku turunkan keatas kamu (umat manusia) rasulluALLAH itu sebagai satu ikutan yang baik”,dan jika secara logiknya jika Allah mahu mengkuhkan lagi mukjizat nabi sudah pasti Allah akan perbuat begitu tapi mengapa Allah tidak berbuat begitu??Adakah Allah lupa??Firman Allah Dan tidaklah Tuhanmu lupa”(maryam:64)

    • Para sahabat adalah mereka yang dimuliakan oleh nabi dan ada mereka yang telah dijamin oleh ALLAH masuk kedalam syurga seperti 4 khalifah seperti mana firman Allah “orang-orang terdahulu lagi yang pertama-tama(memeluk agama islam) diantara orang-orang Muhajirin dan Ansar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik,Allah redha kepada mereka dan mereka redha KepadaNYA.Allah menyediakan bagi mereka syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai,mereka kekal di dalamnya,Itulah kemenagan yang besar” (At-taubah :100).Namun adakah sejarah mengatakan mereka ada mati lebih dari sekali??TIDAK ADA SAMA SEKALI!!!

Dan adakah sama orang yang mengetahui dan orang tidak mengetahui???Wahai para pembaca berfikirlah dalam lingkungan Quran dan Sunnah dan janganlah terlalu obsess dengan cerita-cerita pelik sebegini,ini adalah satu hujah bagi mereka yang berpegang pada perkara-perkara pelik bagi mengukuhkan kebenran palsu mereka. Sepertimana Firman Allah “kemudian jika kamu berbantah2 dalam sesuatu perkara,maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada KITAB ALLAH (QURAN) dan SUNNAH Rasul,jika kamu benar beriman kepada ALLAH dan hari akhirat,Yang demikian adalah lebih baik bagi kamu dan lebih elok pula kesudahannya.[maksud surah an-nisa 59]….Berpegang la pada Quran dan Sunnah!!!Berdasarkan kefahaman para sahabat..

  1. Semua kenyataan dalam buku ini tidak berdasarkan kepada Fakta-fakta dan bukti yang jelas,semuanya berdasarkan hikayat-hikayat atau pun cakap-cakap orang.Lihat petikan ini “Menurut cerita Kiyai Shahid”(m/s 37), “menurut Abuya”(m/s 36)..Adakah cakap-cakap ini dapat diterima dan dijadikan bukti??Saya serahkan kepada pembaca untuk berfikir….

  2. Menolak akal dan menerima Ilham sebagai satu hujah (Abuya mengangap ilham adalah salah satu cara Allah memberi tunjuk ajar kepada nya).Hujah saya menolak pendapat ini ialah “menurut pendapat jumhur ulama ilham tidak boleh dijadikan hujah dalam agama,ilham sebagai hujah hanyalah untuk para rasul dan nabi sahaja.Kewafatan Nabi Muhammad adalah penamat ilham sebagai hujah.Oleh itu kenyataan dalam buku ini tentang penggunaan ilham adalah satu kenyataan yang batil,Lihat petikan ini “tafsiran-tafsiran yang mereka buat tentang agama tidak lagi oelh ilham tapi akal semata-mata.Sedangkan mereka yang menulis kitab-kitab kuning dengan tulisan Jawi kuno itulah adalah ulama-ulama muktabar yang sudah lama meninggal dunia.Mereka mewarisi agama yang masih murni yang bersumberkan wahyu atau ilham dan sedikit sahaja dicampuri akal.Ashaari menyamakan ilham sama dengan wahyu,YaALLAH batil sungguh kata-kata beliau,kerana wahyu terputus selepas Allah berfirman dengan Firman “Pada hari ini Aku telah sempurnakan bagi Agamamu.Aku telah sempurnakan untukmu nikmat-Ku dan Aku telah redha untukmu agama Islam menjadi agamamu” (al maidah:3)..Apa lagi dalil yang beliau boleh utarakan bagi menyokong kenyataannya bahawa ilham itu sama dengan wahyu?

  3. Di kesempatan ini saya mahu bertanya kepada Khadijah Amm penulis buku ini(jika beliau membaca artikel ini) apa yang beliau faham tentang WAHABI? Jika saya bertanya kepada kebanyakan yang suka melebelkan orang lain sebagai ‘wahabi’; apa itu wahabi?. Berbagai jawapan diberikan. Ada yang katakan wahabi ialah sesiapa yang tidak qunut subuh. Jika kita beritahu dia, mazhab-mazhab yang lain juga demikian. Apakah al-Imam Ahmad bin Hanbal dan Abu Hanifah juga wahabi?. Dia diam. Ada yang kata: wahabi tidak tahlil. Kita beritahu dia tahlil maksudnya La ilah illa ALLAH, tahmid bermaksud Alhamd li ALLAH, tasbih bermaksud subhana ALLAH. Setahu kita mereka ini menyebutnya. Mana mungkin, jika tidak, mereka kafir. Tidak pernahkah mereka membaca firman ALLAH dalam Surah al-Hujurat ayat 11-12: (maksudnya) Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim. Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.

    Jika Abuya itu ajaib dan selalu diajar oleh Allah pelbagai Ilmu mana mungkin dia sedangkal ini dalam melabelkan orang wahabi??
    Lihat
    petikan ini“Namun Abuya Ashaari tidak boleh terima semua itu.Apa yang ada di dalam hatinya menolak semua ilmu,ajaran dan amalan berbentuk wahabi itu“(m/s40)…..

  1. Tekankan KETURUNAN dalam asas menjadi seorang pemimpin.

Adakah ini kebenaran bahawa keturunan adalah asas seseorang itu boleh menjadi pemimpin??Tidak benar sesekali,kerana kepimpinan itu berdasarkan kelayakan,tidak kiralah dari mana keturunan seseorang pemimpin tersebut,Kalau keturunan seseorang itu dijadikan kayu pengukur dalam menjadi pemimpin maka ini bukannlah dari ajaran Islam kerana Islam tidak membedakan antara satu keturunan dengan keturunan yang lain, kerana Allah hanya melihat Takwa seseorang bukan melihat keturunan dan sebagainya seperti mana Allah berfirman“ Katakanlah (wahai Muhammad): “Kami beriman kepada Allah, dan kepada apa yang telah diturunkan kepada kami, dan kepada apa yang telah diturunkan kepada Nabi-nabi: Ibrahim, dan lsmail, dan Ishak, dan Yaakub, dan keturunannya, dan kepada apa yang telah diberikan kepada Nabi-nabi: Musa dan Isa, dan sekalian Nabi-nabi dari Tuhan mereka. Kami tidak membeza-bezakan seseorang pun di antara mereka, dan kepada Allah jualah kami berserah diri (Islam)”(al-imran :84)..Dan Nabi juga bersabda “bahawasanya Allah tidak akan memandang rupa dan hartamu melainkan hati dan amalanmu’..Lihat petikan ini “Pernah disebut oleh sayidi bahawa siapa-siapa yang direzikan untuk beriman dan berjuang dalam jemaah kebenaran adalah seorang yang berketurunan baik,sama ada dari Bani Hayim atau Sahabat RasulluLLAH.Ini adalah ungkapan oleh seseorang yang digelar sayidi oleh Shaari bukan ungkapan Nabi atau Sahabat Nabi.(sedangkan ucapan Sahabat pun boleh ditolak inikan pula ucapan mereka yang tidak ada dalam liputan hadis nabi).

  1. Fakta yang tidak dijelaskan dari mana sumbernya,lihat petikan ini “Dan ketahuilah juga wahai umat islam bahawa kemampuan Mustafa Kamal Atartuk menghancurkan agama yang dibangunkan oleh Muhammad Al-fateh adalah kerana beliau itu dilahirkan oleh bapa-bapa syaitan yang teramat jahat.Yang kekuatan kejahatannya sanggup mencabar Allah dan Rasul.Program untuk melahirkan Mustafa berlangsung selama 200 tahun oleh Yahudi dengan mengahwinkan anak-anak zina sesamanyan untuk ke sekian banyak generasi.Ertinya cukup jahat“(m/s47).Saya tertanya-tanya dimana sumbernya perkara ini dan memang tidak dinafikan bahawa Mustafa Kamal seorang pemimpin yang jahat namun sebagai seorang yang sentiasa mendambakan bukti, maka minda sedar saya tidak boleh menerima fakta ini yang tidak disertakan dengan sumbernya yang jelas…Dan saya pun merasakan para pembaca pun tidak dapat menerima sesuatu tanpa bukti….

  1. FITNAH TERHADAPAP MUHAMMAD ABDUL WAHAB..Lihat petikan ini“Demekian juga halnya dengan orang yang membunuh agama Turki Usmaniah,iaitu seorang wahabi(merujuk kepada MUHAMMAD ABDUL WAHAB)di Makkah,sebenarnya seorang yang dilahirkan oleh syaitan.Yang kejahatannya dibina dalam dirinya sampai sanggup jadi perosak agama atas nama agama.Ertinya keturunannya juga jahat.(m/s 47)..Namun penulis suka membawakan kenyataan 2 Ulama besar iaiatu Syeikh Prof.Dr Yusuf Al-Qaradhawi dan Dr Wahbah Zuahaili tentang siapa sebenarnya Muhammad Bin Abdul Wahab ini. Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam Fiqh al-Aulawiyyat memujinya, dengan berkata: Bagi al-Imam Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab di Jazirah Arab perkara akidah adalah menjadi keutamaannya untuk memelihara benteng tauhid dari syirik yang telah mencemari pancaran tauhid dan dikotori kesuciannya. Beliau telah menulis buku-buku dan risalah-risalah dalam perkara tersebut. Beliau bangkit menanggung bebanan secara dakwah dan praktikal dalam memusnahkan gambaran-gambaran syirik. (m.s. 263, ctk. Maktabah Wahbah, Mesir). Bahkan Dr. Wahhab al-Zuhaili juga memujinya dengan menyebut: “Sesuatu yang tiada syak padanya, menyedari hakikat yang sebenar, bukan untuk meredhakan sesiapa, berpegang kepada ayat al-Quran yang agung (maksudnya) “Jangan kamu kurangkan manusia apa yang menjadi hak-haknya (Surah Hud: 85), bahawa suara kebenaran yang paling berani, pendakwah terbesar untuk islah (pembaikian), membina umat, jihad dan mengembalikan individu muslim kepada berpegang dengan jalan al-salaf al-salih yang terbesar ialah dakwah Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab pada kurun yang kedua belas hijrah. Tujuannya untuk mentajdidkan kehidupan muslim, setelah secara umum dicemari dengan berbagai khilaf, kekeliruan, bid’ah dan penyelewengan. Maka Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab ialah pemimpin kebangkitan agama dan pembaikian (islah) yang dinantikan, yang menzahir timbangan akidah yang bersih..” (Rujukan: Dr Wahbah al-Zuhaili, Risalah Mujaddid al-Din fi Qarn al-Thani ‘Asyar, m.s 57-58). Bahkan banyak lagi puji-pujian beliau dalam risalah tersebut. Penulis tidak pasti apakah tokoh-tokoh agama yang begitu ramai memuji Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab patut dituduh wahabi atau tidak?!!!.

  1. Penulis merasa janggal apabila Penulis buku ini mengaitkan bahasa Inggeris dengan jiwa agama.Lihat Petikan dari buku tersebut“Muhammad(ayah Shaari)tidak berhutang,sakit tidak pernah ke Hospital.Walaupun boleh bercakap Inggeris tapi dia tidak berbahasa Inggeris.Kalau kawan-kawannya datang ke rumah,mereka cakap inggeris tapi Abuya berbahasa Melayu.Kerana jiwa Agamanya terlalu mendalam,terbentuklah peribadi pelik begitu“(m/s 48).

Apa masalahnya Bahasa Inggeris dengan kedalaman jiwa beragama?Bagaimana pula masyarakat eropah ketika itu yang berbahasa Inggeris?Adakah jiwa beragama mereka cetek??Apakah yang ingin dibawa oleh Penulis buku ini wahai Khadijah Amm??Bagaimana Salman Alfarisi yang berbangsa Parsi?Adakah Agamanya cetek??Tidak sama sekali!! Malahan Beliau adalah SAHABAT NABI !!!!

  1. Peranan sebagai seorang yang beragama Islam adalah ’Amar Makruf Nahi Munkar’ lagi-lagi terhadap seorang yang digelar Ulama.Namun apabila saya membaca buku ini sebaliknya berlaku,cuba lihat petikan dari buku tersebut “Kalau ada pesta di kampung Pilin seperti Ronggeng dan sebagainya,lebai Ibrahim(penjaga dan pengasuh Shaari) akan hilang selama seminggu,Dia akan pergi ke lubuk cina,rumah adiknya.Alasannya tidak mahu subahat,takut bala Allah menimpanya”(m/s 49).Kalau kita baca petikan ini,sebagai seorang yang dianggap peribadi contoh salafusolleh yang hidup dizaman itu(seperti yang didakwa oleh Ashaari di m/s 49) agak ganjil melarikan diri bila ada perkara maksiat berlaku,jika beliau seorang yang alim mustahil beliau tidak pernah membaca hadis Nabi iaitu “Barangsiapa yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya,sekiranya dia tidak mampu ubahlahnya dengan lisan,sekiranya dia tidak mampu maka ubahlahnya dengan hati,yang sedemikian itulah selemah-lemah iman”(HR imam Muslim).Dalam hadis ini Nabi tidak menyuruh pun lari dari tempat yang diduduki tapi nabi Menyuruh kita berusaha untuk mencegahnya,walau dengan pelbagai cara sekalipun dan jalan terakhir ialah dengan membenci akan perbuatan tersebut dengan hati.BUKAN LARI!!!

  1. Bertemu dengan Ulama dan belajar dengan mereka dalam mimpi???Ia satu persoalan yang sangat besar,kalau begitu mudah sebegitu tidaklah Imam Bukhari bersusah payah mencari Hadis dari para-para imam hadis di pelbagai negara dengan menaiki unta,kuda dan sebagainya.Selama 16 tahun Imam Bukhari melakukan sebegitu dalam mengumpulkan hadis yang sahih.Tidakkah Allah mengasihani hambanya yang begitu komited dalam mengumpul hadis dengan memudahkannya dengan memberi mimpi supaya bukhari dapat bertemu dengan imam-imam hadis dengan mudah????Fikir-fikirkanlah para pembaca terutama Shaaari yang mendakwa beliau belajar berdasarkan mimpi.Lihat petikan ini “Diantaranya dapat melihat Syeikh Mahmud Bukhari datang dan merepair(membentuk-bentuk)badannya supaya menjadi lebih baik.Setiap kesempatan dapat tidur yang memperolehi di celah-celah sakit teruknya itu,rohnya melalui mimpi,mengalami perjalanan indah dari masjid ke masjid yang besar-besar dan cantik-cantik,bertemu ulama-ulamadan mengaji dengan mereka”(m/s 88)..Aduhai Ashaari!!Tidakkah berasa bersalah dalam mereka cerita sebegini?????

  2. Menolak wirid-wirid dari doa ma’thurat.Saya tidak faham kenapa Ashaari menolak doa-doa mathurat sedangkan ia berumberkan Hadis-hadis nabi.Jika beliau menolak mathurat ia seperti menolak hadis-hadis nabi.Saya dengan suka-citanya menyeru Ashaari membeli mathurat dan kaji doa-doa yang terdapat dalam mathurat,antara hadis yang dikutip Riwayat Abu daud,Hakim,Darimi,albaihaqi,At-tirmidzi dan lain-lain.Lihat petikan ini “Gurunya berfahaman wahabi.Sering mensyirikkan orang dan perbahasannya tinggi-tinggi.Mengamalkan wirid mathurat dan selalu marahkan Saidina Muawiyah(dalam maksud menafikan mathurat tersebut)”(m/s95)

  3. Berdusta atas nama Nabi Muhammad SAW dengan mengatakan Nabi mewariskan satu tarekat khusus iaitu Tarekat Muhammadiah.Tidak ada satu Hadis Sahih yang mengatakan Nabi mewarisi tarekat muhammadiah keatas umatnya,jika ada tentu sudah para sahabat mengamalkannya.Tidakkah mereka membaca hadis ini “Barangsiapa berdusta keatas diriku,maka hendaklah dia menduduki tempatnya didalam neraka”(hadis sahih diucapkan oleh Az-Zubair bila ditanya mengapa tidak pernah meriwayatkan hadis).Namun yang nabi pesan hanyalah berpegang pada Quran dan Sunnah.Allah juga ada berfirman “Dan kami turunkan kitab(quran)kepadamu untuk menerangkan TIAP-TIAP sesuatu dan menjadi hidayah dan rahmat serta khabar gembira bagi orang-orang islam”.. Perkataan “Tiap-tiap” yang ALLAH sebut itu telah mencakupi segala-segalanya tidak perlu lagi tarekat yang tidak pernah disebut dalam Quran mahupun Hadis.Kenyataan mengenai nabi mewarisi tarekat adalah BATIL!!!!

  1. Kami benar kerana kami tetap wujud walaupun dah kena tangkap dan sebagainya.”..Ini hujah yang mereka gunakan bagi menyokong kumpulan mereka.Tidakkah mereka sedar bahawa Yahudi,kaum Khawarij,miuktazilah yang dahulunya dikenakan pelbagai tekanan dan sebagainya terhadap mereka tapi sehingga kini mereka ada didunia ini!!!!Adakah sebab kekekalan mereka hingga sekarang boleh kita mengatakan mereka benar dan dilindungi Allah?Fikir-fikirkanlah…

  1. Wajarkah seorang yang kononnya diajarkan oleh Nabi dan Imam Mahadi(yakazah) menggunakan hadis palsu??Lihatlah petikan ini “Perbezaan pendapat dengan Abuya kita yang anggaplah rahmat Allah kerana RasulluALLAH SAW bersabda : “Perbezaan pendapat antara umatku adalah rahmat” (m/s 109)..Hadis ini adalah palsu kerana tidak ada asalnya menurut Syeikh Nasiruddin albani muhadissin abad ini.Inikah yang dikatakan manusia ajaib???

  1. Nabi SAW melawat Ashaari dan mengajarnya??Lihat petikan ini “sebenarnya RasullALLAH dan Imam Mahadi selalu menziarahi Abuya waktu sakitnya dan memberi harapan-harapan sihat serta kemenangan”(m/s 142).DAkwaan beryakazah dengan Nabi adalah perkara yang amat dusta,saya memetik kata-kata Dr Asri Mufti Perlis “kalaulah dalam agama ini ada kaedah dimana boleh berjumpa dengan nabi terus secara jaga,tak perlulah nabi tinggalkan hadis-hadis kepada kita,ada masalah terus rujuk pada nabi,malah apabila Abu bakar ada perselisihan sama ada nak diperangi orang murtad atau tidak,dia tidak beryakazah dengan nabi SAW.Dalam isu saidina Ali ,muawiyah dan Saiditina Aisyah,tidak ada siapa beryakazah dengan Nabi SAW sehingga para sahabat sendiri keliru nak sokong siapa.Banyak isu yang berkaitan dengan Sahabat sangat penting,tapi tiada siapa yang dapat beryakazah.Adakah Ashari lebih baik daripada mereka sebab dia jadi sahabat,lebih besar pangkat dari Sidina Umar dan Abu Bakar?(majalah I Feb 2007 m/s 20)

  1. BERTAWASUL DENGAN JANGGUT ASHAARI dan namanya..Baca petikan ini “Air doa dengan mencampurkan apa-apa yang baik dari seorang mursyid yang dimintakan doanya itu juga dianggap ada berkat disis Allah dan Rasul.Bukan doanya sahaja,janggutnya pun boleh diterima Allah sebagai Sumber doa dan berkat”(ms 198) dan “power Abuya ialah kekuatan bantuan Allah kepada sesiapa yang melakukan kerja-kerja perjuangan Islam dengan syarat seseorang itu berdoa dengan bertawasul kepada Abuya”(m/s 241).Adakah tawasul sebegini diterima Oleh Islam??Saya bawakan jawapannya daripada Ulama Syeikh Prof.Dr Yusuf Alqaradhawi “jelaslah bahawa wasilah(tawasul)seperti ini tidak ada dalam islam.Bahkan setiap muslim diperintahkan untuk selalu mengadakan hububungan terus dengan Allah dalam keadaan apa pun.Dan dia harus pula berkeyakinan bahawa doanya akan didengari Allah tanpa ikut campurnya orang lain,betapapun tinggi darjat orang itu.(m/s 83) Seterusnya Beliau berkata “Beraneka macam khurafat mengelilingi masalah wali dan kewalian.Sehingga orang menyangka bahawa keadaan dunia berada di tangan para wali.Merekalah yang mengendalikan dunia dengan sesuka hati”(m/s 84) [*lihat buku karangan Yusuf Qaradhawi dan Syeikh Muhamad Ghazali dalam ‘mengenal bida’ah dan syirik dalam agama’ terbitan Jasmin]

Allah berfirman “Apakah orang-orang kafir itu mengira bahawa mereka boleh menjadikan hamba-hambaku itu sebagai penolong selain Aku,sesungguhnya aku telah mempersiapkan Jahanam untuk orang-orang yang kafir sebagai tempat tinggal mereka”(al-kahfi :102)

  1. Ashaari obses dalam memperkatakan tentang penggunaan jin dalam perjuangannnya,Misalannya Ashaari mengatakan bahawa kita boleh menggunakan khidmat jin dalam membantu perjuangan islam.Namun jika kita boleh berfikir secara rasional dan releven,tidakkah ini semua perkara yang karut dan songsang dalam agama Islam?Jika Penggunaan jin itu dibolehkan dan sangat berguna pada perjuangan mengapa NAbi SAW semasa berlakunya peperangan-peperangan di awal kebangkitan Islam Baginda tidak menggunakan khidmat Jin?Tidak ada satu riwayat yang sahih tentang penggunaan Jin dalam perjuangan baginda.Memang tidak dinafikan tentang kewujudan Jin tapi dalam hal ini ia tidak dapat diterima sama sekali,kerana perjuanga dalam islam adalah bersandarkan kekuatan diri dan disokong oleh Kekuatan Yang MAHA ESA.Itu sahaja…

  2. Awas!! kepada semua umat Islam di Malaysia kerana sesiapa yang tidak memakai tutup kepala adalah FASIK!!MasyaAllah sampai begitu sekali Ajaran yang dibawa oleh Ashaari.Lihatlah di muka surat 224 “sebab dalam Islam,lelaki yang tidak menutup kepala dianggap fasik”…Dari mana ashari dapat hukum sebegini?Dimana dalilnya yang Ashaari ambil?Tidak ada satu dalil pun yang terdapat dalam Quran dan Sunnah mengatakan bahawa FASIK keatas mereka yang tidak menutup kepala.Batil sungguh dakwaan ini….Inikah yang dikatakan Ajaib?langsung tidak ajaib!!!

Alhamdulilah selesai juga pembongkaran kepalsuan dalam buku “ASHAARI PEMIMPIN PALING AJAIB DI ZAMANNYA”.Terus terang saya katakana disini,tidak ada niat langsung untuk berbuat onar atau ingin menjatuhkan sesiapa melalui tulisan ini,tapi saya hanya menjalankan tugas sebagai Khalifah di muka bumi ini untuk menjalan ‘AMAR MAKRUF NAHI MUNKAR’.Kerana Allah berfirman sebaik-baik umat dikalangan manusia ialah mereka yang melakukan perbuatan makruf dan meninggalkan perbuatan mungkar dan mereka beriman dengan Allah..”.Dan alasan utama saya membongkar segala-galanya ini kerana saya sentiasa berpegang dengan Firman Allah ini “”dan jgnlah kamu mencampurkan kebenaran dan kebatilan dan janganlah kamu sembunyikan kebenaran sedangkan kamu mengetahuinya”(surah al-baqarah;42) dan ayat ini “ Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika kamu sembunyikan apa yang ada dalam dada kamu atau kamu melahirkannya, nescaya Allah mengetahuinya; dan Ia mengetahui segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Dan Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.”(al-imran:29)

.Dikesempatan ini saya memohon ampun dan maaf jika ada kesilapan dalam penulisan ini,namun disebalik itu saya sentiasa memohon ampun dan taubat daripada Allah kerana keredhaanNya adalah keutamaan bagi saya.Dan saya berharap jika tulisan ini ada manfaatnya maka pahala yang saya dambakan jika kesalahan yang tercoret dalam artikel ini keampunan yang saya harapkan. Dan saya berharap dapatlah artikel ini disebar-sebarkan jika ada manfaatnya,dan kerahmatan Allah yang kita pohonkan.Saya berharap dengan adanya usaha saya menulis artikel ini dapatlah sedikit sebanyak ia menyumbang kefahaman umat islam tentang ajaran islam yang sebenarnya.Pesan saya,marilah kita berpegang pada Quran dan Sunnah berdasarkan kefahaman para sahabat ,tabii dan tabieen.

Akhir sekali wasalammualaikum warahmatuLLAH wabarakatuh……..

Hamba yang mendambakan tuhannya”

Yussamir yusof aljohori

1muharam 1428H/20 January, 2007
12 malam dalam kedinginan di lot banglo 526 ,n9

(Ingatlah) hari (kiamat yang padanya) tiap-tiap seorang akan mendapati apa sahaja kebaikan yang telah dikerjakannya, sedia (dibentangkan kepadanya dalam surat-surat amalnya); dan demikian juga apa sahaja kejahatan yang telah dikerjakannya. (ketika itu tiap-tiap orang yang bersalah) ingin kalau ada jarak yang jauh di antaranya dengan amalnya yang jahat itu. Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan (ingatlah juga), Allah Amat belas kasihan kepada hamba-hambaNya.(al-imran:30)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: