h1

coretan perjalanan ke KL

January 6, 2007

pertama2 sekali akhi panjatkan kesyukuran kehadrat Illahi,selawat dan salam keatas junjungan besar nabi Muhammad SAW serta salam bahagia keatas para sahabat tabi’ dan tabien yang sentiasa menjunjung QURAN DAN SUNNAH dalam kehidupan mereka.
Hari ni perjalanan akhi ke KL memang mengundang seribu satu perngertian dan pengajaran,dan akhi cukup bergembira perjalanan tersebut.Hati mana tidak gembira bilamana perjalanan dihiasi dengan pelbagai hiasan duniawi yang tidak kekal selamanya namun sebagai penghias santapan mata para pencinta keindahan dan pengajaran.Adakah ada manusia menyangkal kententuan Illahi tentang perkara yang ditakdirkan olehNYA??Jika ada maka rugilah ia menjadi hamba kepada Pencipta yang maha agung.Ke KL dengan satu tujuan iaitu ingin membelek dan membeli beberapa buah buku ilmiah di PUstaka Indonesia,akhi pergi ke sana bersama sahabat brader Syeid menaiki kereta kancil yang banyak berjasa kepada tuannya.Sesampai saja akhi dan brader syeid disana,terus menuju ke pustaka dan membelek beberapa buah buku tulisan Dr Qardawi sama ada yang rerbaru atau lama.Hati ini mengeletek tuannya,

+ko nak beli berapa banyak buku ni?
-ntahla,aku ingat nak belek2 jer kejap,kalo ada yang nak aku beli aku belilah.
+ceh ye2 je ko tu,kalo dah nama nafsu mesti bukan nak belek2 jer kan,mesti beli punyer.
-memangla nafsu beli,tapi nafsu tu aku alihkan kepada benda yang diredhaiNYA,bkn aku alihkan ke lembah maksiat.takkan ko lupa pesan nabi “menuntut ilmu itu adalah wajib keatas umat islam”(hadis sahih)…ini adalah satu cara aku untuk menuntut ilmu.
+ala ko bukan ambik course agama pon,kan ko ambik accounting kan?Tak payah la beli banyak2..simpan je duet ko tu beli hp baru ke,,baru gerek.
erm..pelik aku dengan ko ni,tadi menyindir aku belek2 buku,pastu ko suruh aku tak payah beli pulak.Erm memang dasar hati yang selalu membolak balikkan hati.Wahai Tuhan yang membolak balikkan hati ini,ko tetapkanlah aku dengan hidayah mu Ya ALLAH.
+Ko ni pe hal lak ni,nak doa2 lak..nak beli buku belilah,,malas aku nak kacau ko..

Akhi beli beberapa buku karangan Dr Qaradawi antaranya ialah:

  • memahami khazanah kelasik,mazhab,dan ikhtilaf
  • kumpulan ceramah pilihan
  • detik-detik masa
  • feqh daulah
  • feqh hiburan
  • fatwa antara ketelitian dan kecerobohan
  • perjalanan kehidupanku-1

Hati akhi ini selalu bercanda candi bila jasad ini ingin membuat kebaikan.Ada orang kata akhi ni fanatik Qaradawi,tapi itu adalah tuduhan yang sonsang.Akhi tidak fanatik dengan dirinya,tapi akhi dahagakan ilmu beliau yang sosok nya berhujah berdasarkan Quran dan sunnah dan berhujah dalam kondisi yang sederhana dan lemah lembut.Itulah yang membuatkan akhi terpikat dengan sosok diri Qardawi.Akhi jatuh cinta padanya bila akhi pertama kali membaca karyanya iaitu Fatwa masa kini,ia membuatkan akhi berfikir dan menginsafi diri yang kerdil ini.
Erm..kemudian akhi jumpa dengan kawan baik akhi diKL,mmg kami dah berjanji untuk keluar bersama bila akhi berada disan,brader syeid balik kerumahnya dan meninggalkan akhi di masjid india bersama brader Syafik,tapi berada lebih selesa memangilnya MAMAT sbb nama itulah yang megeratkan kami.PErgi ke lowyat,time square dan lot 10..Beli sepasang baju berjenama JEEP,erm keluar lagi duet akhi..heheh..takperle sekali sekala…

Jam menunjukkan pukul 10.20mlm,sabagai satu tanda bahwa akhi perlu balik segera ke MMU..Brader Mamat hantar akhi ke stesyen star di jalan jamek.sampai di MMU pada pukul 11.40…ALhamduliLLAH..selamat pergi dan balik..moga perjalanan ini menjadi kenagan yang bisa membuatkan diri ini sentiasa berfikir kejadian ILLAHI yang cukup unik dan ajaib..Maha Suci Allah yang menghidupkan dan mematikan manusia..kepadaNya akhi berserah dan kepadaNya akhi berdoa Agar memudahkan Akhi menjawab peperiksaan pada hari esok…esok peperiksaan quantitative analysis jam 2.30..kepadaMu aku berserah…..

~yang sentiasa mendambakan keampunan dariNYA~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: