h1

SENYUM ITUKAN SEDEQAH

January 5, 2007

BAB SENYUM


Segala pujii bagi ALLLAH tuhan kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W dan pencipta yang berkuasa keatas segala-galanya sama ada di bumi dan di langit,dan dan juga penguasa sekelian alam.

Assalamualaikom saya ucapkan kepada muslimin dan muslimaat,dan moga sentiasa di bawah perlindungan ALLAH yang berkuasa.Kali ana nak berkongsi cerita dan pandangan yang dimana ia bersangkut paut dengan kehidupan kita seharian di bumi Kampus MMU…Namun ana tak maahu terlalu ‘skema’ dalam membicarakan perkara yang sekejap lagi kita akan berkongsi bersama.Sebenarnya penggunaan ‘ANA” dalam artilel ni pon dah nampak macam skema sangat kan,tapi ana rasa dalam kita bersantai dalam mendalami lurah artikel ni seeloknya kita terapkan penggunaan kata nama dari Bangsa Arab ini. Kita dah sedia maklum bahawa bahasa arab itu adalah sebahagian dari bahasa Al-quran dan ia juga bahasa di dalam Syurga,oleh itu tak perlah sekali sekala kita gunakan perkataan tu yer?

Baiklah jom kita menyelusuri lembah ilmu ini dengan minda yang tenang dan rilek,tak mau kabut2 nak baca…Rilek jer beb.Artikel kali ni ana nak utarakan perkara ‘SENYUM’..

Susah

sangat ker nak senyum,senyum jer…. bukannya sekali kita senyum sekali tu juga duit kita hilang.Ana suka sangat dengan kumpulan Raihan,lagi2 bila dengar lagu pasal senyum..

Ala

…takkan tak ingat?Macam ni lirik dier-SENYUM TANDA SAYANG,SENYUM TANDA MESRA SENYUMLAH SEDEKAH YANG PALING MUDAH,SENYUMLAH…..SENYUMLAH DARI HATI JATUH KE HATI……Erm sedapkan lagu tu,kalo masak dengan lemak cili padi lagi sedap kan.(gelak)..Bila ana cakap pasal senyum mesti ada orang kata ,’takkan nak senyum setiap masa?’..Ana galakkan senyum tu bukannya untuk setiap masa kita kena senyum,tangok tempat dan situasi ler Brother,,kalo nak senyum jer nanti apa pula orang lain cakap..GILA KE BUDAK NI??

Ana nak bicarakan pasal ni sebab Junjungan besar kita sentiasa senyum…Dan senyum baginda itu ada lah satu sunnah yang kita boleh ikut dan kita dapat pahala lagi.Seperti firman ALLAH “sesungguhnya telah ada pada diri RasulluLLAH itu suri tauladan yang baik bagi kalian(iaitu)bagi orang-orang yang mengharap(rahmat)ALLAH dan (kedatangan)hari kiamat dan dia banyak menyebut ALLAH”(al-ahzab:21) .Dengan kita senyum kita menjadikan baginda tauladan,dan adalah satu tuntutan dalam segal urusan kita jadikan baginda sebagai Mentor Kita..(ingat rancangan mentor tu jer ada mentor,umat Islam dari dulu dah ada MENTOR..Mentor kitorang lagi gempak beb!!!)

.Selain dari itu senyum juga menzahirkan kita ini umat yang cukup mesra,lembut ,toleransi dan beradab.Bila orang lain tengok pun senang hati diorang dan kita bertambah-tambah kawan..Kenapa nak berkerut saja,tak elok sangat kita asyik nak berkeras jer nanti muka tu cepat tua dari usia yang sebenar dan kawan pun susah nak dapat…Sebab ALLAH telah berfirman “sekiranya kamu bersikap keras dan berhati kasar tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu”(ali-imran:159)..

Ada

banyak faedah yang kita boleh dapat dari kafiat senyum ni,dan terdapat banyak hadis mengenai RasulluLLAH senyum antaranya :

  1. Daripada Umar bin Al-Khatab R.A dia berkata.. “RasulluLLAH SAW tersenyum dan baginda adalah orang yang paling bagus giginya”(diriwayatkan Ibnu Hibban di dalam sahihnya)
  2. Daripada Jabir bin Samurah RA..dia berkata .. “RasulluLLAH SAW tidak pernah tertawa selain daripada senyuman”(Diriwayatkan oleh Ahmad dan Al-Hakim).
  3. Daripada Abdullah bin Juz’,dia berkata .. “RasulluLLAH SAW tidak tertawa selain daripada senyuman.” (Riawayat At-Tirmidzi,dan menurutnya hadis ini hasan Ghorib)

Dan banyak lagi hadis mengenai senyuman RasulluLLAH dan takkan la ana nak masukkan semua hadis-hadis tersebut,nanti dah jadi macam pengajian hadis pula.Cukuplah sekadar hadis-hadis ini ditunjukkan agar dapat mengukuhkan bahawa baginda memang suka senyum ..Namun disini ana nak bangkitkan dan tegaskan bahawa RasulluLLAH hanya senyum bukannya ketawa terbahak-bahak,kerana ketawa terbahak-bahak akan mengeraskan hati.(bukanlah hati kita ni keras tapi maksudnya hati kita susah nak menerima sesuatu terutamanya pelajaran).Ini selari dengan apa yang RasulluLLAH katakan .Seperti mana yang Al-Bukhari meriwayatkan di dalam Al-Dabul Mu Frad dan Ibnu Majah daripada Abu hurairah secara Marfu’: “Janganlah kalian banyak tertawa,kerana banyak tertawa itu mematikan hati.”.

Kita sebagai Umat Muhammad perlulah mengikut segala bentuk perbuatan yang RasulluLLAH lakukan,memanglah tak wajib tapi adakah ia berat dan membebankan..TIDAK!!malahan ia memberi banyak faedah kepada kita dan orang lain..Inginkah anda didalam keadaan dimana semua orang bengis mukanya dan tiada secalit senyuman pun dibibir mereka??Mesti kalut dan mengerunkan..(senyum)..tiada keseronokan dan kedamaian dalam keadaan begitu bukan….Senyumlah.senyumlah walau kita berada dalam kesusahan,kerana apabila kita dalam kesusahan kemudian kita senyum ia dapat mengurangkan tekanan dalam diri kita..

Senyum dalam kesusahan………Mesti ramai kata ‘ish!susahlah nak buat macam tu’.Kenapa pula susah,sedangkan RasulluLLAH boleh buat,mari saya buktikan dengan satu dalil.-

Diriawayatkan bahawa pada suatu hari Uyainah bin Hisn memasuki tempat RasulluLLAH SAW.Sementara dia termasuk dikalangan bangsa Arab yang beperangai kasar ,ketika uyainah sudah sampai di hadapan baginda,maka baginda tersenyum kepadanya.Masalah ini telah disebutkan Aisyah RA.: “Ada seorang lelaki yang meminta izin untuk bertemu dengan baginda Nabi.Ketika baginda melihat orang itu dari jauh ,maka beliau bersabda, “Dia adalah seburuk-buruk saudara dalam kerabat dan anak dalam kerabat”.Namun ketika orang (Uyainah) itu sudahduduk,baginda memberikan senyuman di wajah dan menerima dengan baik hati kedatangan orang itu.*.

Ketika orang itu sudah pergi ,Aisyah berkata kepada baginda: “Wahai RasulluLLAH ketika melihat orang itu tadi dari jauh engkau berkata begini dan begitu.Tapi kemudian engkau berwajah ceria setelah berada di hadapannya dan menerima kedatangannya dengan baik hati.”..Kemudia baginda bersabda “Wahai Aisyah,bilakah engkau melihatku berbuat tidak baik?.” (diriwayatkan Al-Bukhari)

*.Al-khataby berkata tentang makna hadis ini:Hadis ini dikompromikan dari sudut adab dan ilmu.Sabda Nabi SAW tentang diri umatnya tentang sesuatu gambaran yang tidak disukainya secara jelas disebut GHIBAH.Ghibah berlaku diantara sebahagian orang dari umat islam terhadap sebahagian yang lain.Yang memang harus dilakukan baginda adalah menjelaskan dan mengungapkannya dalam bentuk nasihat dan kasih sayang baginda terhadap umatnya.Tetapi kerana baginda sudah dianugerahi sifat kemurahan hati dan akhlak yang baik ,maka baginda memperlihatkan wajah yang beseri dan tidak menghadapi kesukaran berhadapan dengan orang yang tidak disukainya.baginda bertindak sebegitu agar umat Islam meniru perbuatan baginda,agar dapat dihindari keburukan yang boleh menimpa umatnya dan mereka boleh selamat dari kejahatan dan tipu daya…(lihat di kitab FATHUL-BATI,10/469).

Sekarang ana dah buktikan bahawa dalam keadaan susah sekalipun kita boleh amalkan perbuatan senyum..Lepas itu tiba-tiba pula ada orag kata.. “RasulluLLAH lain dia Nabi kita ni insan biasa”..(ana gelak)..Ana memjawab balik.Adakah anda lupa firman ALLAH di dalam surah kahfi??? Firman ALLAH “Katakanlah, ‘sesungguhnya aku ini hanya seorang manusia seperti kalian.”..Nah,Nabi pun seperti kita,sebab itu Allah jadikan pesuruhnya dari kalangan MANUSIA..Apa yang boleh dilakukan nabi kita pun boleh lakukan,tiada alasan untuk mengelakkannya..

Oleh itu ana berseru kepada sahabat2 ana diri ana dan semua orang khususnya umat Islam,MARILAH KITA KEMBALIKAN SUNNAH RASULLULLAH IAITU SENYUM YANG SUDAH LAMA HILANG DIWAJAH KITA..

Disini ana nak berpuisi sedikit:

Senyum itu indah gambarnya,

Rasanya manis tidak terkata,

Bibir terukir,bagai lukisan menawan,

Tertawan hati adam dan hawa,

Tertawan bukan sekadar picisan,

Tertawan hati iringi ganjaran Illahi,

Ganjaran bukan sekadar saja,

Ganjaran pahala di janjikan,

Kalau senyum menguntum dihiasi,

Cukup indah ajaran nabi,

Gembira hati kalbu Muhammad,

Bila mana Umatnya bersama ikuti….

,Senyum itu lambng orang sedang sukacita,tangis pula melambangkan kesidahan.Begitu kehidupan yang kita lalui dari sehari ke sehari,namun ini jugalah kehidupan yang selalu baginda alami.Kadang kala bginda menunjukkan kegembiraan dengan mengukirkan dengan senyuman di bibirnya namun tangis baginda tidak pernah dilihat atau didengari oleh orang-orang yan bersamanya.

Akhir kata dari saya, saya menyeru rakan2 saya,marilah kita mengamalkan budaya senyum di kalangan kita,kerana senyuman itu adalah penyeri kehidupan…dan seri kehidupan itulah yang menghubungkan ukhwah kita dari semasa ke semasa..kerana dari senyumam datanglah persahabatan dari persahabatan itulah datangnya kekuatan..Wabillah hitaufiq wal hidayah wasalammualaikom warahmatullah hiwabarakatuh…

IBNU YUSOF al-ittibai

ashabul_kahfiislamic@yahoo.com

*artikel akan datang ana akan menyertakan pendapat pakar perubatan tentang faedahnya senyum yang dianjurkan Junjungan Besar kita Nabi Muhammad SAW secara saintifik…Wasalam

(xPedas 2oo4 (5 ghazali)-MMU cyberjaya bachelor of accounting

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: