h1

CERITA WAHABI YANG DONGENG???

January 5, 2007


DONGENGAN TENTANG WAHABI

Asslamualaikom,,,berjumpa lagi kita tapi dalam episode yang berlainan.Kali ini saya nak bercerita sedikit tentang kekecewan saya dalam beberapa perkara terhadap masyarakat kita sendiri.Saya memanglah bukan seorang yang boleh digelar ulama dan mujtahid tapi adakah salah jika saya nak mengkaji dan memahami Islam yang tulen.Dan adakah salah jika saya nak menyampaikan dan berkongsi tentang sesuatu yang saya tahu?Kadang2 saya emosi juga bila memikirkan apa saya hadapi ini,belajar agama salah tak belajar agama pun salah,sedih sangat-sangat bila ada orang mengatakan saya gila ‘ntah apa-apa’, ‘ko belajar dari mana ni’ dan bermacam lagi….Adakah mereka tidak pernah membaca dan memahami firman Allah yang bermaksud “dan jgnlah kamu mencampurkan kebenaran dan kebatilan dan janganlah kamu sembunyikan kebenaran sedangkan kamu mengetahuinya”(surah al-baqarah;42).

Saya selalu termenung seketika bila mengenangkan persepsi masyarakat(tidak semua tapi kebanyakan) terhadap orang2 seperti saya.Memang kami mengaku kami tidak la hebat seperti Yusuf Qaradawi dan sebagainya tapi kita sepatutnya tidak melihat kepada ‘siapa yang cakap tapi lihatlah apa yang dicakapkan’..Begitulah yang dituturkan Saidina Ali kepada sahabat semasa perang siffin berlaku,dimana ketika sahabat dalam dilemma sama ada mahu berpihak kepada Umaiyah atau Saidina Ali.Dan pepatah arab pun pernah menyatakan “orang yang berilmu itu nampak besar walaupun orang itu muda(usianya),dan orang yang jahil nampak kecil walaupun orang itu besar (usianya)”…

Kita boleh lihat sejarah dimana Imam Syafie memberi fatwa walaupun ketika itu beliau baru berusia 15 tahun (sejarah ini diriwayatkan oleh Muslim Bin Khalid al-zanji oleh Ahmad Naim al-irqususi didalam tahqiq Syi’ar al’alam al-nubalak)..Dan adakah orang ketika zaman itu menolak beliau dan menyatakan beliau gila atau ‘ntah apa-apa’,TIDAK!! Tidak sesekali kerana beliau berbicara berdasarkan Sunnah dan quran walaupun ketika itu pandapat-pandapatnya lain dari apa yang orang-orang ketika itu sudah maklum sejak sebelum adanya Imam Syafie.Nah!begitulah yang kita inginkan,melihat hujah,dalil dari nas2 yang sahih dan selari dengan syariat bukan melihat kepada betuk tubuh badan,umur atau perkara-perkara yang tidak berkaitan dengan apa yang ingin dituturkan…Saya selalu berdepan dengan mereka-mereka yang berkata begini “eh seperti yang saya belajar dengan ustaz-ustaz saya bukan begini,eh kamu salah tak betul ni” atau yang lebih popular ayat begini “masakan ustaz-ustaz ana salah dan anta betul”,ini bukan hanya soal betul atau tidak betul tapi soal kepada kecenderungan masyarakat kita terlalu taqsub kepada ajaran-ajaran gurunya walaupun pendapat-pendapat guru mereka tidak selari dengan Quran,sunnah dan ijmak ulama.Hinggakan mereka yang bijak menjadi JUMUD pemikiran mereka,tidak boleh menerima dan akan menolak terus jika pendapat yang dari quran dan sunnah tidak selari dengan pendapat-pendapat yang sudah mereka ‘install’ sejak sekian lama..

Saya teringat dengan Firman Allah “dan apabila dikatakan kepada mereka “marilah menurut kepada apa yang telah diturunkan oleh ALLAH(Quran) dan kepada RasulNYA”,mereka menjawab “cukuplah bagi kami apa yang kami dapati datuk nenek kami mengejakannya”.Adakah (mereka akan menurut juga)sekalipun datuk nenek mereka tidak mengetahui apa-apa dan tidak pula mendapat hidayah penunjuk”(surah almaidah ayat 104) dan lagi satu firman Allah “dan demikianlah halnya(orang-orang yang taqlid buta);kami tidak mengutus sebelum mu (wahai Muhammad)kepada (penduduk)sesebuah negeri,seseorang Rasul pemberi amaran,melainkan orang-orang yang berada dalam kemewahan di negeri itu berkata:sesungguhnya kami dapati datuk nenek kami menurut satu jalan agama dan sesungguhnya kami hanya mengikut jejak mereka sahaja.Rasul itu berkata “adakah kamu akan menurut juga mereka walaupun aku membawa kepada agama yang lebih jelas hidayat petunjuknya daripada jalan agama yang kamu dapati dari datuk nenek kamu menurutnya?Mereka menjawab “sesungguhnya kami tetap mengikari apa yang kamu diutuskan membawanya.Lalu kami balas keingkiran mereka dengan azab yang membinasakan,maka perhatikanlah bagaimana buruknya kesudahan umatumat yang mendustakan Rasulnya” (surah al-zukhruf ayat 23-25)….

Selain itu sikap taksub kepada Mazhab juga adalah punca kepada ketidakmahuan mereka-mereka ini menerima pendapat selain dari pendapat para imam-imam mereka sekalipun pendapat yang satu lagi itu lebih kuat dengan hadis2 yang sahih dan lebih dekat dengan kebenaran.Kenapakah sikap ini perlu ada sedangkan Imam-imam Mazhab tidak pernah sesekali menyuruh para pengikutnya taqsub kepada mereka.,saya ingin memetik beberapa kata imam Syafiee “jika dapati apa yang aku ucapkan bercanggah dengan riwayat RasulluLLAH yang sahih ,maka ia (hadis Nabi) itu adalah lebih utama .JANGANLAH kalian mengikutku” dan mereka-mereka ini tidak pernah ke merenung Firman ALLAH yang bermaksud “kemudian jika kamu berbantah2 dalam sesuatu perkara,maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada KITAB ALLAH (QURAN) dan SUNNAH Rasul,jika kamu benar beriman kepada ALLAH dan hari akhirat,Yang demikian adalah lebih baik bagi kamu dan lebih elok pula kesudahannya.[maksud surah an-nisa 59]…..

Runsing dengan perkara ini,lagi sekarang ini sibuk dengan Kisah-kisah Dongeng tentang Wahabi.Kalau lain saja dari pendapat dengan mazhab yang diikuti mereka maka mereka mengelar “ha!inilah wahabi ini,ntah apa2 berlagak pandai”..Disini saya nak tanya kepada mereka-mereka yang suka bersangka buruk dan suka sangat memberi gelaran-gelaran yang bukan-bukan semata-mata berlaianan pendapat,tidakkah mereka membaca firman Allah “hai orang-orang yang beriman !jauhilah banyak menyangka,kerana sesungguhnya sangkaan itu berdosa”(al-hujarat 12),dan juga Sabda Nabi “Hati-hatilah kamu terhadap prasangka,kerana sesungguhnya prasangka itu adalah sedusta-dusta perkataan”(hadis riwayat Bukhari)..Dan persoalan tentang WAHABI ini saya juga runsing dan pening,adakah mereka faham tentang apa itu wahabi?,siapakah Muhammad Bin Abdul Wahab?.Kadang-kadang mereka memberi jawapan yang tidak tepat dan boleh dikatakan mereka hanya mendengar apa yang orang cakap kemudian mencanang ia kesana kemari…Pelik dan kesian dengan orang begini,sudahlah tidak tahu sejarah dan manhaj Muhammad Bin Abdul Wahab malahan mengikut saja kata-kata orang yang tidak betul.Ini sudah masuk kepada FITNAH kalau nak diikutkan,Mereka-mereka ini tidak menghayati Firman Allah “ Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti” [al-Hujurat 49:6]

Pengajaran yang ingin disampaikan oleh ALLAH dalam ayat ini adalah janganlah kita menerima saja kata-kata orang tanpa melihat sendiri bukti-buktinya.Kita kena selidik betulkah apa yang disampaikan oleh seseorang kepada kita,lagi-lagi daripada orang yang kita tidak kenali.

Saya ada mendapat beberapa rungutan atau luahan ketidakpuasan hati dari seorang cikgu yang saya sangat Hormati,dia mengatakan di kampungnya semakin berpecah belah kerana imam ditempatnya adalah berfahaman wahabi.Saya katakan pada beliau (kepada cikgu saya tu) “cikgu,saya lebih suka menggunakan istilah Salafi,penggunaan wahabi itu hanya digunakan oleh mereka- mereka yang tidak menyukai proses tajdid yang dilakukan oleh Muhammad bin Abdul Wahab terhadap zamannya yang dipenuhi dengan bidaah” saya teruskan “Imam tersebut sudah mencemar imej baik salufsoleh!! pada hakikat sebenarnya,manhaj salafi adalah satu manhaj yang cukup simple dan menarik,dan mereka-mereka yang mengelar dirinya salafi tapi keras dan tidak berlapang dada terhadap perkara khilaf adalah mereka-mereka yang bukan dan tidak tahu menhaj salafi sendiri,sekadar mengikut-ikut tanpa menghayati manhaj tersebut.Misalnya mengenai wirid yang cikgu kata imam teesebut tidak benarkan.Bagi golongan salafi,tidak apa-apa tentang wirid untuk dilaksanakan selepas solat,tapi wirid itu tidaklah terlalu kuat dan malahan ada membenarkan untuk mengeraskan zikir seperti mana Sabda RasullALLAH dalam sahih muslim “Dari Ibnu Abbas r.a.,katanya “sesungguhnya zikir dengan suara keras setelah selesai solat wajib,adalah biasa pada masa RasullALLAH SAW.Kata Ibnu Abbas , “aku segera tahu bahawa mereka telah selesai solat,kalau suara mereka membaca zikir telah kedengaran”.

Dan mahu ingatkan bahawa zikir-zikir tersebut mestilah yang ada asalnya,jika tiada asalnya dari Nabi maka tertolak zikir-zikir tersebut.Zikir yang selalu Nabi baca adalah ‘ALLAH AKBAR’,Sepertimana Sabda Nabi yang diriwayatkan oleh Bukhari didalam sahih Bukhari “ Dari Ibnu Abbas ra. Katanya “kami ingat,setelah RaullALLAH SAW selesai solat,lalu dibaca TAKBIR”.(sahih mulim)

selain itu ada juga Nabi mengajar zikir yang lain sepertimana Sabda Nabi,Dari Abu Zubair katanya Ibnu Zubair setiap kali selesai solat ,sesudah membaca salam dia sentiasa membaca “LA ILAHA ILLALLHU WAHDAHU LA SYARIKALA,LAHUL MULKU WALAHUL HAMDU WA HUWA ‘ALA KULLI SYAI’IN QADIR.LA HAWLA WALA QUWATA ILLA BILLAHI.LA ILAHA ILLALLAH WA LA NA’BUDU ILLA IYAHU,LAHUN NI’MATU WA LAHUL FADHLU WA LAHUTS TSANAUL HASANU..LA ILAHA ILLAHLHU MUKHLISHINA LAHUD DIENA WA LAW KARIHAL KAFIRUN”kata Ibnu Zubair “RasullALLAH sentiasa tahlil dengan membaca kalimat-kalimat itu setiap selesai solat”(sahih muslim) .

Selain itu soal Doa qunut pun tidak terlepas dari mereka-mereka yang menggelar ‘salafi’ tapi tidak mahu berlapang dada dalam perkara ini,tidakkah mereka membaca sabda Nabi megenai adanya qunut dan kemudian ada Nabi meninggalkannya,Ini bermaksud tidak ada masalah sama ada mahu baca atau tidak.Mengenai adanya qunut kita lihat Sabda Nabi “Dari Al-Barra bin ‘Azib r,a katanya “RasullALLAH SAW pernah berqunut dalam solat subuh dan maghrib” (sahih muslim)

Mari kita lihat apa yang dikatakan Imam Nawawi mengenai qunut ini

“dalam Mazhab Syafiie mengatakan qunut itu sunat setiap solat subuh,adapun dalam solat selain solat subuh ada tiga pendapat:

  1. Sunat apabila Kaum muslimin dalam keadaan bahaya,seperti peperangan,wabak penyakit,kelaparan dan kehausan,mendapat tekanan dan intimidasi maka dalam keadaan demikian mereka berqunut setiap kali solat wajib.
  2. Mereka selalu berqunut,sama ada dalam solat subuh atau dalam solat

    lima

    waktu yang lain,baik dalam keadaan bahaya atau tidak.

  3. Mereka tidak berqunut sama sekali.

Tempat berqunut ialah selepas mengangkat kepala dari ruku’ dalam rakaat terakhir,kemudian beliau menambah sunnat menjaharkan Qunut dalam solat jahar(yang mengeraskan suara dalam solat) sambil mengangkat kedua belah tangan,tetapi tidak disunatkan menyapu muka.Tetapi ada juga yang membolehkan mengangkat tangan.Namun mereka sepakat mengatakan makruh menyapu dada.Dalam Qunut tidak ada doa tertentu yang dikhususkan,tetapi boleh dengan macam-macam doa.Antara yang masyhur ialah : “ALLAHUMADINI FIMAN HADAIT……” Tetapi yang pasti,qunut itu sunnat tidak termasuk syarat sah solat maka opsyen sama ada mahu baca atau tidak,kalau nak baca silakan,kalau tidak mahu jgn paksa orang untuk ikut sama dengan kita tidak membca qunut.(boleh lihat dalam Syarah Nawawi perbincangan ini)

Oleh itu tiada masalah dalam perkara ini,mereka-mereka yang mengaku bermanhaj salafi mestilah faham apa sebenarnya yang ingin dibawa dan mestilah sentiasa berlapang dada dalam perkara furu’.Seperti kata Syeikh Qardawi”kita haruslah melihat titik persamaan dan hindari titik-titik perbezaan,dan sentiasa berlemah lembut dalam menyampaikan”(fiqh al-auliat)…tidakkah ‘mereka-mereka’ membaca firman ALLAH “sekiranya kamu bersikap keras dan berhati kasar tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu”(ali-imran:159)..kita mahukan orang-orang rapat dengan kita agar kita mudah untuk sampaikan meseg Islam oleh itu bersikap lemah lembut lah serti Nabi dalam berdakwah dan dalam menyampaikan Islam Seperti firman ALLAH “sesungguhnya telah ada pada diri RasulluLLAH itu suri tauladan yang baik bagi kalian(iaitu)bagi orang-orang yang mengharap(rahmat)ALLAH dan (kedatangan)hari kiamat dan dia banyak menyebut ALLAH”(al-ahzab:21).Oleh,Nabi adalah ikutan yang baik dan seharusnya kita perlu mengimbau kembali bagaimana method Nabi yang ‘cool’ dalam menyampaikan dakwah . Dan rasanya sampai disini sahaja luahan saya,dan insyaALLAH pada artikel yang akan datang saya akan menceritakan kisah Siapa Muhammad Bin Abdul Wahab dan apa yang dibawa olehnya.

Luahan ini tidak ada kena mengena dengan sesiapa tapi sekadar menegur mana yang silap dan tidak ada salahnya saling menegur kejalan kebaikan.Akhir kata ambil lah yang baik dari saya dan buanglah apa-apa yang tidak baik dari penulisan saya ini,Yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk datangnya dari kelemahan saya sendiri.Jika ada apa-apa kesilapan fakta ,nas dan sebagainya silalah beritahu kepada saya supaya saya boleh membetulkan atau menarik kembali artikel ini,saya berlapang dada dalam sebarang kritikan,mahupun yang membina atau ‘membunuh’..Sekian saja dari saya WASALAMUALAIKUM…….

‘Hamba yang mendambakan TUHANNYA’

(Yussamir al-yusofi)

23 syawal 1427H/3:15 pagi/rabu

One comment

  1. yang buruk pun datang dari ALLAH,cuma asbab kelemahan kita ..



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: