h1

cerita pasal cakap2 orang JOHOR

January 5, 2007


rilekkan minda kejap

1. They end 9 out of 10 sentences with Ekkk…
Ekk ialah trademark orang Johor.
Digunakan di hujung SETIAP ayat
menggantikan tanda soal (question mark).
Contoh :-
Ni awak punyer ekk?
Nama awak saper ekk ?
Kenapa kite kaler tak cantik ekk ?
Dan macam-macam ekk lagi.
Aku teringat semasa aku sekolah dulu,
aku dan member sebelah aku boring yang
amat di dalam kelas, so to keep us
awake, kami dok mengira berapa kali
Cikgu sebut ekk. In a period of 40
minutes, dekat 100 kali! Lepas tu kami
gelarkan Cikgu tu as Cikgu Fadzillah*
Ekk. (*bukan nama sebenar).

2. They refer to Johor Bahru as Johor and not JB.
Kalau orang di negeri Johor sebut
Johor, it meant Johor Bahru (JB), the
city dan bukan Johor, the state. Biasa
digunakan oleh mereka yang tinggal di
luar bandar Johor Baru seperti di Masai-
chusettes umpamanya.
Contoh : Beb, gua nak turun Johor laa.
Lu mahu ikut gua tak?
So, if you ARE already in Johor, tak
kira di daerah mana – if the locals
kata nak pergi Johor, it means nak ke
Johor Bahru. Jangan pulak buat lawak
bongok** berkata, ” Eh, lu kan dah ada
kat Johor?” Or worse, jangan memandai
nak tambah ekk with that question.

3. They pronounce Muar as MUOR. (kena juih bibir sikit)
In fact you pronounce everything that
ends with “AR” as “OR”.
Contoh : Aku kena pakai seluor besor
untuk main bolor kat Muor besok. (Aku
kena pakai seluar besar nak main bola
di Muar besok).
Aku teringat Kakak tegur aku bila aku
cakap macam tu. Kenapa Mama sebut
besar, BESOR ? Slipper , SLIPPOR ? Aku
tergelak. Aku cuma speak like that bila
berjumpa dengan true blue Johorean aje.
Lapo (lapar), penampor (penampar), ulor
(ular), pagor (pagar) dan lain-lain.

4. They are brash with a CRAZY sense of humour.
Honestly, I belum pernah jumpa orang
Johor yang serious or square to a T. Or
cannot take a joke. Walaupun pendiam
atau pemalu , but their sense of humour
boleh tahan gak. Almost all of them
(yang aku jumpa dan kenal lah) are
either loyar buruk or bigor **.
Baik di kampung mahu di Bandar. The
sense of humour is unique that I find
kadang-kadang orang luar (non-Johorean)
agak takut with the brashness of budak-
budak Johor.
(Did you see Majalah 3 the other night –
see how Tunku Yem (nama manja Tunku
Mahkota Johor) bercerita pasal anakanda
dia Tunku Ismail ? Haha…. that is
exactly my point!)

5. Diorang ada ENDUT (awekler)**.
Kalau tak pernah berendut, sure pernah
ada endut or busuk-busuk pun teringin
nak ada endut.
Contoh ayat :
Haa…kau dah ada endut yer ?
Kau pergi berendut kat mana ?
Orang berendut dia pun nak berendut.

6. Pernah (or berangan nak) jadi Mat Rock .
Aku rasa sebab kedudukan Johor dekat
dengan Singapore, sebab itulah pengaruh
Barat di Malaysia masuk melalui Johor
dulu. Itu teori aku lah. But kalau
ikutkan sejarah Johor, Sultan yang mula-
mula kawin dengan Mat Salleh pun Sultan
Johor (Almarhum). So, tak heranlah
kalau kumpulan Rock kat Malaysia ini
semua ada susur galur dari Johor. Amy,
Zainal Abidin, Nash etc.
Boleh pakai ke teori aku ni? Jangan aku
kena pancung dengan Sultan, dah ler.
Ampun Tuanku !

7. Kenduri Kawin Ada Telur Pindang
Telur pindang ialah telur ayam yang
direbus dengan segala macam rempah dan
dedaun untuk mendapatkan that special
taste. Lepas rebus, telur akan berwarna
cokelat. Both kulit dan isi. I don’t
like to eat telur pindang, so I cannot
to describe the taste. Normally orang
buat telur pindang ni for special
occasion, seperti majlis perkahwinan.
Zaman dulu-dulu, you can tell the
social class of the tuan rumah –
normally orang kaya-kaya jer buat telur
pindang ni sebab ianya rumit dan makan
masa berjam-jam therefore menggunakan
kos yang tinggi.

8.last sekali adalah GEREK SEH!!!

Penggunaan perkataan GEREK SEH ni bile seseorang tu lihat benda2 yang lawa atau gempak.Tapi ianya juga digunakan apabila seseorang yang mahu bertanya pendapat tentang sesuatu,misalnya “weh gerek tak kalau aku pakai baju ni?” “weh gerek tak baju ni?” atau “pergh !!gerek siot”..huuhu..ada orang kata ia diambil dari perbualan orang singapore tapi bagi aku yang dah 19 tahun duduk sana ianya mmg berasal dari JB bkn dari singapore..heheh “proud to be johorean”


semua ni adalah fact dan saper2 tak leh terima bkn orang JB ler tu,,langsung tak gerek,,heheheh,,
yussamir ibnu yusof al-johori

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: