h1

BANJIR DI JOHOR

January 5, 2007


ASSLAMUALAIKOM..
HARI INI BARU ADA KESEMPATAN NAK LUANGKAN MASA SIKIT UNTUK MENULIS WALAUPUN DIRI DIHAMBAT DENGAN MASA YANG TAK SUDAH2 TAK MENCUKUPI BAGI MEMADATKAN MINDA INI DENGAN SEGALA JALAN KERJA SUBJEK qUANTITATIVE aNALYSIS YANG AKAN BERLANGSUNG PEPERISAANNYA PADA AHAD INI..MEMANG MEMENATKAN TAPI ITULAH LUMRAH SBAGAI SEORANG PELAJAR,HARI BRADER NAK CERITA SIKIT PASAL BAHANA YANG BERLAKU DINEGERI BRADER SENDIRI IAITU JOHOR.bANJIR DAH KIAN SURUT NAMUN KEADAAN MASIH KECAR KACIR LAGI DISANA DENGAN PERLBAGAI RAGAM DAPAT BRADER LIHAT BILA BRADER BALIK JB TEMPOHARI,KESIAN DAN BERSYUKUR TERUS MENERPA KESANUBARI BRADER.kESIANNYA KERANA MEREKA TIDAK DAPAT MENYAMBUT AIDILADHA DENGAN SELESA DAN GEMBIRA DAN SEGALA2NYA YANG ADA DIRUMAH MEREKA TIDAK BOLEH DIGUNAKAN.SELAIN DARI ITU SEGALA PERLATAN SEKOLAH YANG DAH DIBELI TIDAK DAPAT DIGUNAKAN LAGI,BAGI MEREKA YANG MAMPU TIDAK MENGAPALAH TAPI BAGI MEREKA YANG TIDAK MAMPU BAGAIMANA?TAKPER INI ADALAH SATU DUGAAN YANG ALLAH BERIKAN KEPADA HAMBANYA BAGI MELIHAT SEJAUH MANA TAHAP KESABARAN DAN KEIMANAN MEREKA.JIKA MEREKA BERSABAR MAKA MEREKA ADALAH ORANG2 YANG BERIMAN SEPERTI MANA SABDA “SABAR ITU ADALAH SEPARUH DARIPADA IMAN”.DAN BAGI MEREKA YANG BERSYUKUR KEATAS SEGALA2NYA MAKA IA MENDAPAT PAHALA DARIPADA ALLAH SEPERTIMANA FIRMANNYA “Bersyukurlah kepada Allah (akan segala nikmatNya kepadamu)”. Dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji. “
DAN SAYA PADA MALAMNYA SAYA MELIHAT TELEVISYEN DAN BERITA TENTANG BANJIR PUN DIPAPARKAN,KEMUDIAN SEORANG PEMBERITA MENEMURAMAH SEORANG MAKCIK INI :PEMBERITA”APA PERASAAN MAKCIK APABILA MENGHADAPI BANJIR BESAR INI?” MAKCIK “BERYUKUR KEHADRAT ILLAHI KERANA MASIH MEMBERIKAN PELUANG KEPADA MAKCIK UNTUK TERUS HIDUP,TAK MENGAPALAH SEMAUNYA ADALAH DUGAAN DARI ALLAH DAN KITA PERLU REDHA DENGAN MUSIBAH INI”….YA ALLAH BERTAPA TEGUHNYA AKIDAH MAKCIK INI!!BERTAPA KERDIL RASA DIRI INI BERBANDING DENGAN MAKCIK TUA TERSBUT,YA ALLAH BETAPA ,MULIANYA HAMBAMU ITU….BANJIR ITU JUGA MENEMUKAN AKU BAHWA INI ADALAH DUGAAN AKIDAH DARI ALLAH YAMG MAHA AGUNG,ADAKAH KITA AKAN MENYALAHKANYA ATAU BERSYUKUR DAN REDHA KEATASNYA..SEMUA JAWAPAN BERGANTUNG KEPADA DIR MASING2…SAMPAI DISINILAH TULISAN BRADER PADA HARI INI,MOGA ALLAH MASIH MEMBERIKAN PELUANG KEPADA BRADER UNTUK MENCORETKANNYA PADA MASA2 AKAN DATANG,,SEKIAN SAHAJA DARI BRADER…

DIBAWAH INI BRADER LAMPIRKAN SATU RENCANA MENGENAI BANJIR INI:

Disediakan oleh

Jabatan Meteorologi Malaysia


1. Pendahuluan

Hujan lebat dari aktiviti ribut petir tempatan di antara jam 3.30 hingga 5.30 petang menyebabkan bandar Johor Baru dilanda banjir kilat pada 18 April 2006. Keadaan arah angin permukaan yang tidak tetap dan kelajuan yang lemah serta atmosfera yang tidak stabil yang merupakan ciri-ciri monsun peralihan menggalakkan aktiviti perolakan intens yang akan mengakibatkan ribut petir dan hujan lebat di bebarapa tempat, terutama sekali di negeri-negeri pantai barat di Semanjung Malaysia. Satu analisis kejadian hujan menggunakan imej gema satelit dan gema radar untuk tempoh masa hujan lebat tersebut berlaku disediakan dalam laporan ini.

2. Imej Satelit pada 18 April 2006

Gambar-gambar satelit cuaca MTSAT ditunjukkan di Lampiran A Rajah 1a, Rajah 1b, Rajah 1c, Rajah 1d & Rajah 1e bagi tempoh 2.30 hingga 6.30 petang, 18 April 2006. Di Johor pembentukan awan perolakan bermula selepas 2.30 petang di kawasan penhujung selatan negeri tersebut. Diantara 3.30 dan 5.30 petang satu kelompok awan ribut menjadi lebih intens (berwarna merah dalam gambar satelit) yang menghasilkan ribut petir dan hujan lebat dikawasan bandar Johor Baru.

3. Imej Radar Cuaca pada 18 April 2006

Gema radar cuaca dari rangkaian stesen radar di Semenanjung Malaysia (Lampiran B Rajah 2a, Rajah 2b, Rajah 2c, Rajah 2d, Rajah 2e, Rajah 2f, Rajah 2g, Rajah 2h, Rajah 2i, Rajah 2j, Rajah 2k & Rajah 2l) menunjukkan perkembangan dan kejadian ribut petir dan hujan lebat secara lebih terperinci. Rentatan gema radar pada selang masa setengah jam atau 20 minit merupakan gabungan enam radar cuaca di Semanjung Malaysia bermula dari jam 1.00 hingga 6.00 petang. Pada awal petang, pembentukan awan perolakan di satu dua tempat boleh di lihat di kawasan pantai barat dan tengera Pahang. Pada waktu tengah petang awan ribut telah berkembang ke beberapa tempat dan di penghujung selatan negeri Johor, satu kelompok awan ribut kechil sedang terbentuk. Awan ribut tersebut menjadi lebih intens dengan cepat (ditunjukkan oleh warna merah dan kuning) dan menyebabkan hujan lebat diantara 3 hingga 5 petang. Selepas itu, aktiviti ribut petir menjadi semakin kurang dan hujan pula mula berhenti dikebanyakan tempat.

4. Kesimpulan

Hujan lebat dan banjir kilat yang berlaku di Johor Baru pada petang 18 April 2006 adalah hasil daripada pembentukkan awan ribut tempatan (localized storms). Hujan lebat yang turun dalam tempoh masa yang singkat telah menyebabkan banjir kilat berlaku di beberapa tempat di bandar Johor Baru.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: