h1

belenggu solat qasar ini jawapannya…..

January 3, 2007


solat qasar dalam perspektif sunnah

aslamualaikum.wbt,Syukur kehadrat Illahi dan salam dan selawat saya panjatkan keatas Junjungan Asslambesar kita Nabi Muhammad SAW.Hari ini penulisan saya menjurus kearah solat.Dan solat Qasar menjadi tajuk utama dalam tulisan kali ini.

Solat qasar selalu ditanya dan kadang-kala kita mendapat jawapan yang berbeza dan menyusahkan serta jawapan2 tersebut tidak bersandarkan dengan mana2 dalil.Mereka yang menjawab hanya berkata “seperti mana yang ustaz saya beritahu”…Saya mahu mengingatkan bahawa hokum hakam bukan dibuat oleh mana2 ustaz tapi dibuat oleh Allah dan disampaikan oleh RasuluLLAH.Bukanlah saya berniat untuk menolak peranan ustaz dalam perkara ini,tapi saya nak mengubah mentality umat islam yang hanya terima bulat2 apa yang dikatakan oleh ustaz atau2 mana2 pihak tanpa melihat bukti.Sebagai seorang mukmin kita perlu melihat bukti dalam apa2 jua keadaan, dalam konteks ini adalah nas2 dari quran dan hadis.

Kita tidak mahu menjadi MUQALID membuta tuli dan Allah melarang perbuatan ini sepertimana firmannya “dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya,sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati,semua anggota2 itu tetap ditanya tentang apa yang dilakukannya” [maksud surah al-isra’ 36],T

Tapi jadilah MUQALID yang melihat nas2 sebelum dilakukan(ini juga dikenali sebagai mutabi’)…Sepertimana Firman Allah “kemudian jika kamu berbantah2 dalam sesuatu perkara,maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada KITAB ALLAH (QURAN) dan SUNNAH Rasul,jika kamu benar beriman kepada ALLAH dan hari akhirat,Yang demikian adalah lebih baik bagi kamu dan lebih elok pula kesudahannya.[maksud surah an-nisa 59]….

Penulisan ini dibuat kerana Sahabat saya dari Universiti teknologi Malaysia Skudai menanyakan permasalahan ini.Dan membuatkan saya berfikir sejenak dan saya tahu jawapannya namun susah untuk berinterasi dengannya,oleh itu jalan mudah saya menulis dan paparkan dalam bolg ini dan saya send kepadanya melalui email.Oleh itu beliau dapat membaca dan memahaminya dengan komprehensif..

Selain dari itu saya harap mana2 pihak yang merasakan tulisan ini ada salah silapnya,maka janganlah segan silu untuk menegur dan memberikan nasihat dan saranan kepada saya.Dan saya harap jika penulisan ini ada manfaatnya maka sebar2kanlah ia moga kita sama2 mendapat rahmat dari ALLAH.Sepertimana Firman Allah “dan orang2 laki2 yang beriman dan orang2 perempuan yang beriman ,setengahnya menjadi penolong bagi setengah yang lai,mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan;dan mereka mendirikan sembahyang dan memberikan zakat serta taat kepada Allah dan RasulNYA.Mereka itu akan diberi rahmat oleh ALLAH,sesungguhnya ALLAH maha Kuasa,lagi Maha bijaksana”[maksud surah at-taubah 71]

Dan penulisan ini saya tulis dalam bentuk soal jawab bagi memudahkan para pembaca menelitinya……

Baiklah mari kita mengenali apa itu MUKIM dan MAUSTATIN sebelum kita pergi lebih lanjut dalam perkara solat qasar ini.

Mukim

Orang yang bermusafir lalu berhenti didestinasi dan duduk untuk sekian2 lama tetapi kemudian dia sedar untuk kembali semula ketempat asalnya.

Maustatin

Orang yang bermusafir dan tiba didestinasinya dan berniat untuk tinggal selama2nya didestinasi tersebut

Sumber rujukan:majoo al-fatwa ibnu taimiyah dan al-mughni ibnu qadamah,prof Dr hasbi as-siddique(koleksi hadis2 hukum),imam nawawi-almjmooo syarh al-mazhab


Alhamdulilah setelah kita mengenali apa itu mukim dan mauastatin mari pula kita melihat nas2 mengenai kebolehan solat qasar bila bermusafir.

Dalil-dalilnya:

· Firman Allah dalam Quran “dan apabila kamu musafir dimuka bumi,maka kamu tidaklah berdosa mengqasarkan solat jika kamu takut diserang oleh orang2 kafir” (maksud surah an-nisaa’ ayat 101)

· Ya’alaa bin Umaiyah berkata “aku pernah bertanya kepada Umar ra tentang firman Allah “maka tidaklah berdosa menqasarkan solat jika kamu takut diserang oleh orang2 kafir”sedangkan pada masa sekarang manusia telahpun berada dalam keadaan aman.

Umar menjawab :aku sendiri pernah merasa hairan juga seperti kamu oleh itu aku telah bertanya kepada rasuluLLAH SAW tetang hal itu lalu beliau menjawab “itulah adalah sedeqah yang diberikan olah ALLAH kepada kalian maka terimalah sedeqahNYA itu”.

*riwayat imam Muslim,Tirmidzi,Ibnu majah dan Abu daud,sunan Abu daud.

· Anas bin Malik ra menerangkan:kami pernah musafir bersama rasulluLLAH dari Madinah ke Makkah.Selama dalam musafir itu beliau malakukan solat secara dua rakaat (qasar kecuali maghrib) sehingga kembali ke Madinah .Orang bertanya :apakah kalian sempat menginap di Makkah?Anas menjawab: kami menginap di kota Makkah selama 10 hari.(maksud atsar sahabat dari sahih bukhari)

· Jabir Bin Abdullauh ra menerangkan RasulluLLAH SAW bermukim ditabuk selama 20 hari(dan beliau) mengkasarkannya solat.(maksud atsar sahabat riwayat Imam Ahmad Dan Abu Daud,sunan Abu daud)[ni berlainan yang kita (mazhab syafiie) ketahui secara umum(namun perbahasannya yang secara detail bolehlah para pembaca baca di kitab feqh dan perundangan islam oleh Dr Wahbah Zuhaili) ,yang kita ketahui bahawa boleh solat qasar selama 4 hari sahaja,dalam satu perjalanan,namun bila kita membaca hadis ini adakah kita masih ingin mempertahankannya lagi].

Takperlah kita terusskan lagi perbincangan kita,dan anda akan dapati perkara yang saya akan bentangkan sebentar lagi pasti mengejutkan kerana berlainan dengan apa yang anda tahu sebelum ini.Dan selain itu solat qasar adalah dikira sebgai solat yang sempurna disisi Islam sebagaimana juga solat2 yang lain dan tidak mengurangi pahala perlakunya.

Hadis lain pula ialah,Abdullah Ibnu Umar ra menerangkan :aku pernah solat bersama RasulluLLAH SAW dalam musafir dan beliau bersolat 2 rakaat (qasar kecuali maghrib),dan aku pernah bersama Abu Bakar ra dan beliau bersolat 2 rakaat (qasar kecuali maghrib),dan aku pernah bersama Umar dan beliau bersolat 2 rakaat (qasar kecuali maghrib) *(maksud atsar sahabat dari sunan an-nasai).

Semua solat fardhu kecuali solat fardhu maghrib dilakukan secara Qasar oleh RasulluLLAH dan para sahabat,ia adalah sunnah yang dianjurkan untuk dilakukan apabila didalam musafir.Dan tidak timbul adakah solat ini diterima atau tidak sedangkan ini adalah pemberian dari ALLAH seperti mana sabda NAbi “itulah adalah sedeqah yang diberikan olah ALLAH kepada kalian maka terimalah sedeqahNYA itu”.

Soalan:Apakah syarat solat qasar?

Jawapannya:

Syarat paling utama ialah seseorang itu keluar dari tempat kebiasannya untuk melakukan satu perjalanan yang juga diluar batas kebiasaannya.Ini juga didefinisikan sebagai Musafir,sepertimana hadis yang diriwayatkan oleh Imran bin Husin ra “aku pernah bersana RasulluLLAH ,juga aku pernah menyaksikan FATHUL MAKKAH.Beliau melakukan solat secara 2 rakaat(qasar).Beliau bersabda “Wahai penduduk Makkah,solatlah 4 rakaat kerana kami orang MUSAFIR”,

*(Maksud atsar sahabat riwayat Imam Tirmidzi dan Abu daud,sunan Abu daud.Imam Tirmidzi mengatakan Hadis ini Imam Ibnu Hajar berstatus hasan sahih manakala Imam Abu daud mengatakan hadis ini lemah.Berkata pula ibnu hajar Asqolani hadis ini sememangnya mempunyai seorang perawi yang daif tetapi Imam Tirmidzi menguatkannya kerana maksud hadis tersebut selari dengan banyak hadis2 yang sejalan tapi sahih.Demikian terang ibnu hajar Asqolani yang dipersetujui oleh Imam Assyaukani dalam Nail ul Authar.)

Dengan sandaran dari Nas tersebut maka bolehla dikatakan bahawa solat qasar hanyalah dibenarkan kepada mereka yang dalam perjalanan dan bukan untuk mereka yang berada di tempat asalnya.

Soalan: betulkah jarak musafir adalah 2 marhalah iaitu bersamaan dengan 89 KM? Adakah jika kurang dari itu kita tidak boleh qasarkan solat kita?

Jawapan:

Disini terdapat sedikit polimik namun saya cuba untuk terangkan dengan mudah dan jelas.Setelah saya rujuk bebrapa kitab Muktabar,jaraknya berbeza-beza dan tidak ada yang tetap antara satu sama lain.Dan saya condong mengatakan bahawa tidak ada jarak minimum atau batas tertentu yang tetap bagi hal ini kerana tiada dalil yang menetapkannya selagi ia adalah bermusafir maka bolehlah solat qasar.Yang menetapkannya adalah Imam2 Mazhab dan Hujah2 mereka tidah kuat kerana ada Hadis yang mengatakan lebih pendek jaraknya dari jarak yang Imam2 Mazhab tetapkannya (bukanlah saya anti mazhab malahan saya bermazhab Syafie namun tidak salah jika kita mengkaji dan meralat apa2 ajaran atau pendapat dari mazhab yang tidak selari dengan nas2 Quran dan As-sunnah.Sepertimana Kata2 imam Syafie “buanglah pendapatKu jika ada dalil yang lebih kuat dari pendapatku”selain itu beliau juga berkata “hadis yang sahih adalah Mazhabku”).Imam Mazhab menetapkannya ialah 89 Km kerana bersandarkan Hadis Palsu ini iaitu dari Abdullah ibnu Abbas ra berkata ;Nabi SAW diriwayatkan telah bersabda ;”Hai penduduk Makkah! Janganlah kamu mengqasarkan solat pada jarak kurang dari 4 barid,iaitu umpama perjalanan dari Makkah ke Usfan”.(4 barid bersamaan 89 KM) (*hadis ini berstatus mauduk/palsu .Dalam isnadnya terdapat seorang perawi bernama Abdul Wahab Bin Muhid bin jubair.Kata Imam Sufian a-thauri dia adalah pendusta.Kata Imam al-Hakim dia meriwayatkan hadis2 yang palsu.Kata Imam Ibnu jauzi ijma’ ulama hadis bahawa ia adalah matruk.Kata Imam Nawawi(imam mazhab Syafie) dia adalah pendusta.Berkata Syaikh Nasirudin al-bani hadis ini adalah Mauduk.)

[boleh rujuk dalam kitab fiqh dalam bab fatwa sahabii,imam asyaukani(irsyadul fuhul,Prof Dr M Abu Zahrah(usul fiqh) dan lain2 lagi,]

Sedangkan yang sebenarnya ialah jaraknya lebih pendek dari itu, Misalnya Hadis ini “Yahya Bin Yazid berkata :saya bertanya kepada Ans Bin Malik ra tentang solat Qasar,iaitu saya keluar dari basrah ke Kufah lalu saya solat 2 rakaat sehingga saya kembali.Maka Anas Bin malik berkata: Adalah RasulluLLAH SAW manakala beliau keluar dalam perjalanan sejauh 3 MIL atau 3 farsakh,beliau akan mengQASARkan solatnya.(3 farsakh bersamaan 25.92 KM) [*hadis ini diriwayatkan oleh Imam Ibnu Abi Syaibah dalam al-musnaf dan oleh al-Baihaqi dalam sunan al-qubra ,diutarakan oleh sebagai hujah Imam Ibnu Hajar Al-asqolani dalam Fathul Bahri juga oleh Imam Assyaukani dalam Nail ul authar dan disahihkan Oleh Syaikh Nasirudin Albani dalam Silsilah alhadis as-sahih.]

Jelasnya jika seseorang itu membuat satu perjalanan yang melebihi dari batas atau lingkungan kebiasannya maka perjalanan itu dikira sebagai musafir dan ia boleh mengqasarkan solatnya.Namun jika terdapat keraguan samada perjalanan dikira kebiasan atau tidak maka pilihan yang terbaik adalah tidak mengqasarkannya.

Selain itu bagi mereka yang bekerja sebagai pemandu bas,mereka boleh mengqasarkan solatnya selagi perjalanannya tidak selari atau berulak-alik perjalanan yang sama saja. Contohnya,perjalanan dari tempat dia bekerja iaitu negeri sembilan,kemudian menghantar penumpang ke kuala Lumpur,kemudian ke terengganu,kemudian ke johor dan seterusnya itu dibenarkan.Tapi jika dia hanya menghantar penumpang hanya satu destinasi dan berulang alik maka ia tidak boleh mengkasarkannya kerana ia adalah satu batas kebiasaannya.

Soalan:berapa lama kita boleh mengqasarkan solat kita ketika bermusafir?Setahu saya Mazhab Syafiee kata hanya 3 hari saja,betul ke?

Jawapan:

Dalam perkara ini sebenarnya terdapat banyak pendapat dan anda boleh rujuk didalam kitab Feqh dan perundangan dalam Islam karangan Dr Wahbah Zuhaili,dimana disitu diterangkan pelbagai pendapat khususnya dari Ijtihad Para 4 Imam Mazhab.

Baiklah saya nak menerangkan tentang Mazhab Syafie saja kerana Umumnya Rakyat Malaysia bermazhab Syafie.Suka saya katakana bahwa Imam Syafie sendiri mengutarakan 3 pendapat yang berbeza dalam hal ini(bukan 3 hari saja tau),iaitu:

· 3 hari,tidak boleh qasar setelah hari ke-4

· 18 hari tidak boleh qasar setelah hari ke 19

· Tiada tempoh tertentu,boleh qasar selagi kerjanya belum selesai atau selagi belum kembali ketempat asal.

(dari Imam al-Muzani,seorang anak murid Imam Syafie sendiri dalam kitabnya Mukhtasar al_Muzani Bihamish al-Umm.Pendapat Imam Syafie yang ketiga disahih kan oleh Imam Ashanani dalam Subul us salam.

Sebab timbulnya perkara ini kerana seperti apa saya katakana tadi iaitu dalil berbeza-beza dan tidak ada yang menetapkannya.Oleh itu waktunya adalah tidak ada limit selagi ia bermusafir.

Soalan:Kalau begitu bolehkah saya mengqasarkan solat saya sebab Saya tingal di Kuala Lumpur kemudian saya belajar di UTM skudai johor?Ini dah kira saya bernusafirla kan?

Jawapan:Boleh!! Bagi para pelajar yang sedang menuntut mereka juga boleh mengqasarkan solatnya kerana mereka bermukim dan mereka adalah musafir.Misalnya pelajar yang mengambil Ijazah selama 4 tahun maka mereka boleh mengqasarkan selama 4 tahun dia berada disitu.Kerana bersandarkan hadis iaitu dimana dalam satu ekspidisi Nabi SAW bersama rombongannya BERMUKIM di Ram al-HArmuz dengan MENGQASARKAN solatnya selama 9 BULAN lamanya (* pengajaran hadis dari Anas Bin Malik ra diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi dan dinyatakan sahih.)

.Dalam setiap perjalanan beliau mengqasarkan solat2nya tanpa menerangkan apa2 syarat atau kondisi mengenainya.Oleh itu tidak menjadi masalah dalam perkara ini dan jangan memberatkan perkara yang ALLAH dan ringankan.Sesungguhnya Allah mengingankan kemudahan keatas hambanya dan tidak menginginkan kesusahan keatasa hambanya.Dan Allah Berfirman “Dialah yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhanNYA),dan Ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara AGAMA.(maksud surah al-hajj 78)

Baiklah disini saya sertakan sekali Pandagan dan hujah dari 3 ULAMA yang dihormati.

· Dari Imam Muhammad Ismail As-sha’nani “Sudah jelas tidak ada dalil menunjukkan Nabi SAW tidak mengqasarkan solatnya selama masa qasar telah melebihi dari waktu2 yamg disebut diatas.Apabila tidak ada dalil yang menunjukkan penentuan batas waktu maka pendapat yang lebih mendekati kebenaran ialah boleh sentiasa mengqasarkan solat selama dalam perjalanan itu sebagaimana yang pernah dipraktikan oleh para sahabat,kerana memang tidak dinamai mukim dalam keadaan ragu2 setiap hari dan juga tidak dinamai mukim bagi orang2 yang sedang dalam perjalanan yang hanya singgah disuatu tempat meskipun lama.(dari imam asha’nani dalam kitab subul ussalam)

· Prof Dr Hasbi As-shidiqie juga berkata “tegasnya memandang seseoarang menjadi mukim kerana dia berniat tinggal di tempat orang yang disinggahi atau didatangi sekian2 hari tidak ditunjukkan oleh nas agama,tidak ditunjukan oleh bahasa dan tidak pula ditunjukkan oleh uruf. Maka oleh kerana itu seseorang musafir yang singgah disuatu tempat maka untuk menyelesaikan tugasnya lalu kemudian pergi maka tetaplah dia mengqasarkan solatnya,walaupun dia perlu tinggal ditempat itu lebih dari 20 hari .Demikian juga walau dikira sejak mula bahwa dia akan tinggal ditempat itu lebih dari 20 hari asalkan dia masih berkeadaan pergian dan tidak bermaksud menetap disitu.*(koleksi hadis2 hukum)

· Sayid Sabiq pengarang kitab Feqh Sunnah berikan ulasan yang lebih mendalam dengan mengutip penjelasan dari Imam Ibnu Qayim iaitu anak murid kepada Hujatul Islam Ibnu Taimiyah, “Nabi SAW bernukim di Tabuk selama 20 hari dan beliau terus mengqasarkan solatnya dan tidak pernah pula mengatakan kepada umatnya supaya tidak seorangpun dari mereka mengqasarkan solat bila bermukim lebih lebih lama dari itu.Hanya secara kebetulan sahaja lama tempoh bermukim Nabi SAW adalah 20 hari di Tabuk.Bermukim dalam waktu berpergian tidak dapat dianggap sudah keluar dari hokum musafir baik lama mahupun sebentar asal saja dia tidak bermaksud hendak menetap disana sebagai penduduk(bermaustatin).

Menurut Hassan dia bermukim dengan Abdurahman Bn Samurah ra di KABUL selama 2 tahun dan beliau terus mengqasarkan solat tanpa Jamak,Kemudian Ibrahim Mengatakan bahwa para sahabt pernah bermukim di RAI selama 1 tahun atau lebih dan sajistan selama 2 tahun dan mereka tetap mengqasarkan solat..

Dan saya harap penerrangan saya ini sudah dapat memberikan jawapan2 kepada persoalan2 anda.

Soalan: Sabar dulu…Ada satu soalan lagi.Bagaimana pula dengan SOLAT JUMAAT BAGI PARA PELAJAR YANG ADA DIUNIVERSITI??Adakah mereka perlu solat jumaat atau tidak sebab mereka adalah musafir?Betul tak?cuba terangkan sikit…..

Jawapan:

Jawapan bagi soalan anda ada dalam penerangan ini,cuba anda perhatikannya dulu.Menurut Majoriti Fuqaha bahwa tidak wajib solat jumaat keatas mereka2 yang masih dalam perjalanan dan mereka2 yang bermusafir yang mencukupi syarat2 untuk melaksanakan Qasar.Ini kerana tidak riwayat mengatakan Nabi SAW melakukan solat Jumaat dalam perjalanan dan ekspedisi peperangannya.Dan juga tidak pernah dinukilkan dari Para sahabat sama ada ketika Nabi hidup atau setelah kewafatan Baginda.(oleh Prof Dr Hasbi As-shidiqie ).

Oleh itu bagi para pelajar Universiti yang cukup syaratnya adalah dibolehkan namun bagi para pelajar yang tidak mencukupi syarat2nya maka silalah solat Jumaat. Namun amat dianjurkan untuk solat Jumaat bagi mereka yang boleh meninggalkan solat jumaat(mereka yamg musafir),tidak ada salahnya jika mahu bersama2 solat jumaat.Dan bagi mereka2 yang tidak mahu solat jumaat(kerana mencukupi syarat2 musafir) maka janganlah memusuhi atau memerahi kerana mereka tidak bersalah dalam hal ini,dan seeloknya berbincang dengan mereka.(misalnya para petugas Universiti yang bertugas dalam hal2 ini)..

*Perbincangan mengenai solat Jumaat bagi orang musafir adalah luas dan oleh itu anda semua boleh mengkaji kitab2 muktabar bagi mencri jawapan yang paling mendekati kebenaran.Antara kitab yang disyorkan ialah-Subul us salam oleh Imam As sha’nani,Kitab koleksi hadis2 hukum oleh Prof Dr Hasbi As-shidiqie,feqh sunnah oleh Sayid sabiq dan ramai lagi….

Disusun,diolah dan diringkaskan oleh saya(penulis)

Dari karya Kapten Hafiz Firdaus,dalam bukunya yang berjudul

Panduan Ibadah dalam Musafir Penerbangan,

Sumber2 rujukan yang lain bagi memastikan hujah2 dan pandagan dalam penulisan ini tepat ialah:

· Tafsir Quran

· Kitab hadis sahih Bukhari dan Muslim,

· Fathul Bari-ibnu hajar

· Feqh dan perundangan islam-Dr Wahbah Zuhaili

· Feqh Sunnah-sayid sabiq

· nailu authar-imam syaukani

~~~~~~semua kelemahan dari diri saya,dan kebenaran dan kebaikan hanyalah DARI ALLAH yang AGUNG!!jika ada kesilapan nas dan penerangan sila emailkan kepada saya,segala teguran dan kritikan amatlah dihargai oleh saya insane yang dhoif ini..sekian~~~~~~

“hamba yang mendambakan Tuhannya”…

(Yussamir al-yusufi)

MMU institusi usrah badan dakwah dan tarbiah

3/10/2006

Syawal 1427H

1:22 am

Email:ashabul_kahfiislamic@yahoo.com

YM:ashabul_kahfiislamic@yahoo.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: