h1

Bila HAJJAJ BIN YUSUF ASSAQAFI pemerintah yang zalim dan durjana SURRENDER dengan ayat Allah.

May 5, 2007

Bila HAJJAJ BIN YUSUF ASSAQAFI pemerintah yang zalim dan durjana SURRENDER dengan ayat Allah.

oleh:YaWauSin aljohori TILMIZ ALQARDHAWI

Sedih bila ada orang mengaku sebgai muslim dan seorang yang mahir dalam agama tapi bila dihadapkan Ayat-ayat Allah(Quran) dan Rasul(hadis) mereka menolak kerana tidak selari dengan kebiasaan yang mereka pegang selama ini.Moga cerita dibaawah ini dapat membuka hati mereka agar sentiasa berpegang pada Quran dan sunnah tanpa ada keraguan sekalipun………

Pada zaman Hajaj Bin Yusuf As-Saqafi di negara Iraq,ada seorang lelaki melakukan perbuatan jenayah kepada sebuah keluarga kemudian dia bersembunyi.Maka utusan Hajjaj mencarinya agar di hukum tapi tidak menjumpainya.Akhirnya dalam kerancakan mencari pesalah tadi mereka menangkap Safari seorang ahli keluarga si pesalah tadi agar dijadikan sebagai pengganti kepada pesalah tersebut.Safari ditahan selama beberapa hari dan kemudian dihadapkan kepada Hajjaj bin Yusuf.Hajaj berkata“Apa yang kau telah lakukan?Cuba ceritakan padaku“.Safari menjawab „seorang pesalah telah berbuat jenayah menggangu sebuah keluarga tetapi aku pula ditangkap“.Mendengar jawapan dari Safari,Hajjaj menjawab kembali“tidakkah kau pernah mendengar sebuah syair ini :

Engkau akan dipenjara,

Lantaran orang yang berdosa terhadapmu,

sungguh,

Kadang-kadang penyakit kurap,

menular dikalangan orang sihat-sihat,

seseorang ditangkap dan ditahan,

kerana perbuatan saudaranya,

sedang,

si pesalah bebas selamat dari hukuman….

Setelah Hajjaj membaca syair itu,Safari dengan tenang menjawab“Wahai Amir,aku mendegar Allah berbicara berbeza dengan apa yang ditulis oleh penyair itu’’.Hajjaj yang durjana dan bengis itu lantas bertanya“Apa kata Allah?’’

Safari denga tenang membaca Surah Yusuf ayat 78-79 :

MAksudnya “[12.78] Merekapun merayu dengan berkata: “Wahai datuk menteri! Sesungguhnya ia (Bunyamin), mempunyai bapa yang sudah tua, lagi berpangkat. Oleh itu, ambilah salah seorang di antara kami sebagai gantinya; sesungguhnya kami memandangmu dari orang-orang yang sentiasa berbudi . Yusuf berkata: “Kami berlindung kepada Allah daripada mengambil sesiapapun kecuali orang yang kami dapati barang kami dalam simpanannya. Sesungguhnya jika kami mengambil orang lain, nescaya menjadilah kami orang-orang yang zalim”.

Setelah mendengar ayat tersebut.maka Hajjaj bin Yusuf berkata“Benarlah Allah dan dustalah si penyair’’.Lalu lelaki itu pun dibebaskan.Kita semua maklum bahawa Hajjaj bin Yusuf adalah seorang yang cukup terkenal dengan kekejaman dan kekezaliman namun ia tetap SURRENDER dihadapan ayat Allah dan menerima tanpa ragu.

Sumber:cerita ini dipetik dari Kitab Panduan memahami syariat islam(maqasid syariat) oleh syeikhul Akbar Dr Yusuf Al-Qardhawi.

2 comments

  1. Saudara Yus,

    Hajjaj b Yusuf adalah seorang figur yang problematik dalam sejarah Islam. Satu peristiwa ini sahaja tidak cukup untuk membuat kesimpulan yang dia senantiasa akur apabila ayat Allah dibacakan dihadapannya.

    Bahkan pernah pula dia membunuh mereka yang memperdengarkan ayat Allah yang bercanggah dengan pendapatnya. Rujuk kembali suatu penceritaan Dr Yusuf Al-Qardhawi sendiri tentang seorang ulama yang menentang kezaliman Hajjaj. Dalam tulisan tersebut saudara akan mendapati ketidak konsisten Hajjaj terhadap kesimpulan yang ingin saudara bawa iaitu Hajjaj tetap surrender di hadapan ayat Allah.

    Kezaliman terhadap orang Islam sendiri itu membuktikan pengingkaran secara jelas oleh Hajjaj terhadap ayat Allah. Tidakkah beliau ketahui bahawa berdosa besar menumpahkan darah saudara sendiri dan menzalimi orang?!

    Jika diteliti hakikat ayat yang dibawa lelaki itu, nabi Yusuf sebenarnya mengambil tindakan yang bercanggah dengan syariat. Dalam syariah Islam, pesalah boleh dijamin atas sebab yang munasabah, sementara menunggu hukuman. Dalam cerita ini, Bunyamin mempunyai sebab munasabah iaitu kerana orang tuanya. Akan tetapi, Nabi Yusuf tidak mahu menerima kerana baginda lebih tahu “wisdom” tindakannya iaitu berjumpa dengan Bunyamin dan mendedahkan siapakah beliau sebenarnya.

    Lelaki tersebut sebenarnya cuba menggunakan ayat tersebut untuk memuji Hajjaj seolah-olah mengangkat Hajjah sama dengan kebijaksanaan dan keadilan Nabi Yusuf. (perkataan kasar: mengampu)

    Berbalik kepada Hajjaj, pendapat saya lebih lembut daripada Dr Yusuf. Dr Yusuf secara terang-terang keras terhadap kekejaman Hajjaj, atas prinsip menentang yang batil.

    Namun saya mengikut pendapat seorang rakan yang menjadi pemandu pelancong ketika menunaikan Umrah iaitu Hajjaj pada sebelah tangannya meruntuhkan Baitullah dan sebelah lagi membina Baitullah.

    If u want the name of the book by Dr Yusuf, if get back latter coz now i quite buzy with FYP.


  2. Assalamualaikom,,memangla diakui Oleh Hajjaj ni zalim dan durjana(saya dah mention awal2) cumanya saya mahu kita mengambil pengaajarn dari cerita ini sahaja,iaitu jika orang yang sjahat ini boleh juga menerima ayat Allah kenapa pula kita yang mengaku mengikut Quran dan Sunnah tapi tak mahu mnerima.Berbalik dia puji dengan Hajjaj itu tidak terjadi,kerana Safari berhujah bukan atas dasar itu tapi lebih kepada menunjukkan bahawa syair itu salah dan kalau saudara kata begitu apa lagi hujah dari QUran utk melawan hujah sayair tu?kita bukan mengambil atau mahu praktikan peribadi beliau tapi sekadar meninjau bahawa orang sepertnya juga boleh surender dengan ayat Allah walaupun bukn semua dia surrender atleast dia tetap mahu kan?,,,berkenaan dengan dahi atau kening,,,sudah jelas dan nyata perlunya dahi..Tapi kita lihat semua hadis dan berkenaan degnan rambut terjurai tu mmg mendapat perintah dari NAbi supaya tidak menyelakknya dan oleh itu kita mahu kata apa lagi??

    P/S:saya nak tahu darjat hadis yg saudara sebut sebelum ni berkaitan dengan babi tu….harap saudara tidak lupa keran saudara sudah berhujah edngan hads tersebt.DAn saya berharap saudara ingat bahawa dengan cara begitu akan membawa saudara ke dalam hadis ini..”NAbi bersabda “barangsiapa yang berdusta keatas namaku,maka siap2lah tempatnya didalam neraka”(HR bukhari dan muslim)..HArap saudara meluangkan masa walaupun saudara kata sibuk dengan FYP…ini adalah tanggungjawab atas nama rasul….sekian….waALlahualam



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: