Archive for March, 2007

h1

Hukum perlaksanaan sambutan Maulidur rasul

March 27, 2007

Hukum perlaksanaan sambutan Maulidur rasul

Oleh:YaWauSin Aljohori

Assalamualaikom…
Artikel kali ini saya akan sambung berkenaan dengan Hukum menyambut perayaan Maulidur rasul.Pada mulanya saya mahu menyatakan 3 pendapat dalam artikel kali ini,tapi bila saya memiakirkannya kembali saya rasakan dengan ruang yang tidak mengzinkan dan masa yang suntuk maka saya akan memberikan anda semua dengan pendapat ketiga iaitu pendapat golongan yang bersederhana.Iaitu tidak mengharamkan secara mutlak dan juga tidak membenarkannya secara mutlak.

Sejak kebelakangan ini ramai reformis-reformis Islam ghairah untuk berdakwah dan menegakkan islam,tapi pendekatan mereka tidak selari dengan naluri Islam itu sendiri.Lagi-lagi jika kita bangkitkan soal sambutan Maulidur Rasul,bilamana saya perkatakan ini tidaklah saya berniat untuk merendahkan semangat mereka sedangkan saya juga salah seorang dari mereka yang mahu melihat keagungan Islam kembali.Tapi kita perlu ingat dan sedar bahawa pemikiran kita mestilah tidak terlalu rigid dalam membincangkan Islam yang kadang-kadang kita bercakaran hanya dek kekhilafan diantara para ulama.Mengapa sampai begitu wahai muslimin??Allah berfirman ,”Berpegangl ah kamu pada tali Allah dan janganlah kamu bercerai-berai” (Ali-Imran: 103)

Bila membincangkan mengenai Maulidur rasul,ramai yang beraggapan bahawa saya akan mengatakan tidak boleh atau mereka menganggap saya akan berpegang pada hujah Bin Baz ,Syeikh Utsaimin(moga Allah sentiasa merahmati ulama-ulama yang hebat ini) dan lain-lain yang mengharamkan sambutan ini.Tapi saya tidak,kerana dalam permasalahan ini,terdapat beberapa pintu untuk kita masuki dan perbincangkan perihal hal ini.

Saya sukam mengambil membawakan satu komentar dari Imam Mutawalli Sha’rawi,beliau telah menulis dalam kitabnya iaitu Ma’idat al-Fikr al-Islamiyya (ms.295),”Jika setiap kejadian yang tidak bernyawa sekalipun, bergembira dengan kelahiran baginda (s.a.w) dan semua tumbuh-tumbuhan pun bergembira malahan semua binatang pun bergembira dan semua malaikat pun bergembira dan semua jinn Islam bergembira diatas kelahiran baginda (s.a.w), kenapa kamu menghalang kami daripada bergembira dengan kelahiran baginda (s.a.w)?”

Dalam sebuah hadith sahih yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Rasulullah (s.a.w) telah bersabda,”Tidak sempurna iman kamu sehingga aku lebih dicintainya daripada anak, ibu bapa dan manusia seluruhnya.” Dalam sebuah hadith lain yang diriwayatkan oleh Bukhari Rasulullah (s.a.w) berfirman,”Tidak sempurna iman kamu sehingga aku kamu lebih cintai daripada diri kamu sendiri.” Bertitik tolak daripada hadis tersebutlah Umat Islam kini tercari-cari bagaimana cara untuk kita mengingatkan kembali Umat Islam agar mencintai Nabi SAW dan memberikan kesedaran dan kefahaman kepada Umat Islam tentang perjuangan dan pengorabanan baginda dalam menyebarkan Islam.(lagi-lagi lah dalam zaman ini yang sudah ramai yang jauh dari cahaya Iman).Dan persoalann ini juga telah bermain didalam minda Salahudin Al-ayubi ketika umat Islam sedang berjuang keras mempertahankan diri dari serangan tentara salib Eropah, yakni dari Prancis, Jerman, dan Inggris. Kita sudah maklum bahawa zaman itu dikenali sebagai Perang Salib atau The Crusade. Pada tahun 1099 M tentara salib telah berhasil merebut jerusalem dan menyelinap masuk ke Masjidil Aqsa .Umat Islam saat itu kehilangan semangat perjuangan dan persaudaraan ukhuwah. Secara zahir memang umat Islam terpecah-belah dalam banyak kerajaan dan kesultanan. Walaupun ada satu khalifah iaitu Dinasti Bani Abbas di kota Baghdad sana, namun hanya sebagai lambang persatuan spiritual.Dan disebabkan itu Salahudin Al-Ayubi mengadakan Sambutan Maulidur Rasul bagi membangkitkan semula semangat para pejuang Islam dan juga umat Islam ketika itu.

Kita menyambut Maulidur rasul bukanlah untuk menjadikannya salah satu perayaan ibadah tapi hanya sekadar untuk mengingati dan mensyukuri akan kelahiran Nabi kita yang menjadi pembimbing kita keluar dari kegelapan. Didalam Kitab al-Madhkal oleh Ibnu al-Hajj (jilid 1, ms. 261) “Menjadi satu kewajiban bagi kita untuk membanyakkan kesyukuran kita kepada Allah setiap hari Isnin bulan Rabi’ul Awwal kerana Dia telah mengurniakan kepada kita nikmat yang besar iaitu diutusNya Nabi (s.a.w) untuk menyampaikan Islam kepada kita dan menyebarkan islam.

Dengan adanya sambutan Maulidur rasul maka kita akan dapat memperkenalkan muslimin siapa itu Muhamaad dan secara tak langsung kita akan membuatkan hati Muslimin tergerak untuk berselawat keatas Nabi (s.a.w) ,meniru akhlak nabi dan meniru segala perbuatan baginda dan memuji baginda yang merupakan satu perkara yang diarahkan oleh Allah di dalam ayat,“Sesungguhnya Allah dan para Malaikat berselawat keatas Nabi, wahai orang-orang yang beriman ! berselawatlah kamu dan berilah salam keatasnya” (Al-Ahzab:56) . Berkumpul beramai-ramai dan mengingati Nabi (s.a.w) akan membuat kita mudah untuk mendoakan baginda serta berselawat dan memuji-muji baginda. Suruhan itu pula dinyatakan dalam keadaan jamak (ramai – ‘plural’) didalam kaedah nahu bahasa Arab (sila rujuk ayat al-Quran) : Allah dan MalaikatNya berselawat dan memuji Nabi – didalam satu perkumpulan yang ramai. Adalah tidak benar untuk menyatakan bahawa selawat keatas Nabi (s.a.w) hanya boleh dilakukan secara bersendirian.

Dan kemudian bila kita rujuk kembali didalam sahih Bukhari berkenaan dengan Abu Lahab yang akan dihentikan siksaan kubur yang diterimanya, kerana beliau telah membebaskan hambanya, Thuwayba yang telah mengkhabarkannya kelahiran anak saudaranya, Nabi Muhammad (s.a.w). Hadith ini terdapat didalam kitab Nikah oleh Bukhari , Dan kemudian Ibnu Kathir pula membicarakannya didalam kitab-kitabnya Sirat al-Nabi Jilid 1: ms 124, Mawlid al-Nabi ms 21 dan al-Bidaya ms.272-273. Seorang hafiz (hafal al-Quran), Shamsuddin Muhammad ibn Nasiruddin ad-Dimashqi telah menulis didalam kitabnya Mawrid as-sadi fi Mawlid al-Hadi : “Jika seorang kafir yang memang dijanjikan tempatnya di neraka dan kekal didalamnya” “hancur tangan-tangannya” ; (surah al-lahab) diizinkan untuk direhatkan daripada siksa kubur setiap hari Isnin kerana bergembira dengan kelahiran Ahmad, inikan pula hamba yang seluruh hidupnya bergembira dan bersyukur dengan kehadiran Ahmad dan meninggal dengan menyebut “Ahad”? Tentu lebih lagi ganjarannya“.

Boleh diperkatakan disini bahawa sambutan ini dilakukan adalah semata untuk Memperingati hari kelahiran baginda dan ia secara tidak langsung akan membuka ruang bagi kita untuk memperingati perkara-perkara lain yang berkaitan dengan baginda. Apabila ini kita lakukan, Allah akan redha pada kita, kerana kita akan lebih bersedia untuk mengetahui sirah baginda dan lebih bersedia untuk mencontohi dan mengamalkan akhlaq baginda dan memperbetulkan kesilapan kita. Itulah sebabnya, kenapa sambutan hari lahir baginda merupakan satu rahmat buat kita semua.Kerana baginda adalah ikutan kita dan ia mempunyai akhlak yang mulia sepertimana Firman Allah didalam Al-Quran, “Sesungguhnya engkau mempunyai akhlaq yang mulia” (al-Qalam:4)
Dan bila kita melewati kembali sirah Nabi,antara cara Nabi mahu meningkatkan semangat juang para sahabat yang lain ialah memuji-muji diri baginda dan bercerita mengenai akhlah baginda dengan bersayembara syair.Ini telah
dinyatakan oleh Al-hafiz Ibnu Kathir didalam kitabnya bahawa para Sahabat ada meriwayatkan bahawa Nabi (s.a.w) memuji nama baginda dan membaca syair mengenai diri baginda semasa peperangan Hunayn untuk membakar semangat para Sahabat dan menakutkan para musuh. Pada hari itu baginda berkata,”Aku adalah Rasulullah! Ini bukanlah dusta. Aku anak Abdul Mutalib .Rasulullah (s.a.w) sebenarnya amat bergembira dan menyenangi mereka yang memuji baginda kerana ianya merupakan perintah Allah dan baginda memberi kepada mereka apa yang Allah anugerahkan kepada baginda. Apabila kita bersama-sama berkumpul untuk mendekati Nabi (s.a.w), kita sebenarnya juga, melakukan sesuatu untuk mendekatkan diri kita kepada Allah justeru kerana mendekati Nabi (s.a.w) akan membuatkan Allah redha kepada kita.

Terdapat juga hadith riwayat Bukhari didalam al-Adab al-mufrad(bukan semua hadis didalam ini adalah sahih) dan kitab-kitab lain, Rasulullah (s.a.w) bersabda,”Terdapat hikmah di dalam syair”; dan kerana itu bapa saudara Nabi (s.a.w) al-‘Abbas mengarang syair memuji kelahiran Nabi (s.a.w) seperti didalam rangkap berikut:
Dikala dikau dilahirkan , bumi bersinar terang Hinggakan nyaris-nyaris pasak-pasak bumi tidak mampu untuk menanggung cahaya mu, Dan kami dapat terus melangkah Lantaran kerana sinar dan cahaya dan jalan yang terpimpin. (Petikan ini tercatat didalam kitab Imam as-Suyuti, Husn al – Maqsid ms.5 dan didalam kitab Ibnu Kathir, Maulid ms.30 dan juga didalam kitab Ibnu Hajar, Fath al-Bari.)

Sekarang kita sudah tahu mengapa sambutan ini dibenarkan dan diperbolehkan tapi kita semua kena ingat bahawa kebenaran ini bukanlah secara mutlak tapi tetap dibatasi dengan syarak.Apa yang dikatakan dengan syarak ialah kita tidak mencipta atau melakukan satu ibadah khusus ketika Sambutan itu dilaksanakan.Misalnya kita mewajibkan puasa pada Mualidur rasul atau kita diwajibkan berakikah dan sebagainya.Tapi kita lebih kepada memperingatkan kembali dan menyoroti kembali siapa itu Muhammad rasul Allah.Dan sambutan ini bukan sahaja tertakluk pada hari tertentu saja,tapi sepatutnya sambutan ini perlu dilakukan acap kali agar kita hati kita sentiasa bersama Allah dan Junjungan besar kita.Dalam majlis-majlis sambutan ini kita perlu dedahkan masyarakat tentang segala perilaku nabi dan sebagainya,dan bagi peminat sunnah dan mereka yang betul-betul bersemangat dalam menghidupkan sambutan ini maka saya galakan juga untuk berpuasa setiap hari isnin kerana hari ini adalah juga hari kesukaan baginda. Muslim menulis didalam Sahihnya, Rasulullah (s.a.w) bersabda, Aku telah dilahirkan pada hari Isnin dan pada hari yang sama juga wahyu yang pertama telah diturunkan kepadaku.” Rasulullah (s.a.w) mengutamakan hari kelahiran baginda dan memuji serta bersyukur kepada Allah, dengan berpuasa pada hari tersebut (Isnin) seperti yang diriwayatkan oleh Abu Qatada didalam sebuah hadith.

Oleh itu berdasarkan pada pendapat para ulama dan dalil-dalil maka kesimpulannya sambutan ini boleh diadakan tapi ia perlu diawasi dan diperjaga agar sambutan ini tidak tercemar dengan kegiatan yang tidak membawa kepada penghayatan Sirah nabi,dan kandungan program-program juga perlu ditekankan yang berbentuk mengenali nabi.Dan saya berharap artikel ini dapat merungkai persoalan dalam minda kita semua sekian lama ini dan jadilah muslim yang berfikiran terbuka dan sentiasa berlapang dada dalam persoalan khilafiah.Dan sekall lagi saya katakan bahawa jika ada kesilapan fakta dan sebagainya,saya dengan rendah diri memohon agar para pembaca segera maklumkan pada saya.Akhir sekali “jika pemahamanku silap,aku akan menariknya semula semasa hidupku atau sesudah matiku“(imam syafie)

sekian…………..Tamat artikel mengenai maulid.

h1

Awal Mula Berkembangnya Peringatan Maulid Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam

March 27, 2007

Awal Mula Berkembangnya Peringatan Maulid Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam

Oleh :YaWauSin Aljohori

Al-Hafizh Ibnu Katsir menyebutkan dalam kitabnya Al-Bidayah wan Nihayah (11\172) bahwa Daulah Fathimiyyah ‘Ubaidiyyah nisbah kepada ‘Ubaidullah bin Maimun Alqadah Alyahudi yang memerintah Mesir dari tahun 357 H-567 H. Merekalah yang pertama-tama merayakan perayaan-perayaan yang banyak sekali diantaranya perayaan Maulid Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam. Keterangan ini ditulis juga oleh Al-Maqrizy dalam kitabnya Al- Mawa’idz wal I’tibaar (1\490), dan Syaikh Muhammad Bakhit Al-Muthi’i mufti Mesir dalam kitabnya Ahsanul Kalam fiima Yata’allaqu bissunnah wal Bid’ah minal Ahkam [halaman 44- 45], dan Syaikh ‘Ali Mahfudz menyetujui mereka dalam kitabnya yang baik Al-Ibdaa’ fii Madhaarr Al-Ibtidaa’ [halaman 251] dan selain mereka masih banyak lagi. Jadi yang pioneer mensyariatkan perayaan ini mereka adalah orang-orang Zindiq (menampakkan keislaman untuk menyembunyikan kekafiran) Al-‘Ubaidiyyun dari Syi’ah Rafidhah keturunan Abdullah bin Saba Al-Yahudi. Mereka tidak mungkin melakukan yang demikian karena cinta kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam tetapi karena ada maksud lain yang tersembunyi.

Namun ada yang berpendapat bahawa Perayaan ini dimulakan oleh Salehudin Al-Ayubi ketika itu beliau memegang jawatan sebagai Gabenor di Haramain(Makkah dan Madinah) dari tahun 1174-1193 M atau 570-590 H pada Dinasti Bani Ayyub. Salahuddin mempunyai niat atau berpendapat semangat juang umat Islam harus dihidupkan kembali dengan cara mempertingkatkan kecintaan umat kepada Nabi mereka. Salahuddin memperingatkan umat Islam di seluruh dunia agar hari lahir Nabi Muhammad SAW, 12 Rabiul Awal (tarikh ini sudah kita bincangkan sebelum ini) kalender Hijriyah, yang setiap tahun berlalu begitu saja tanpa diperingati, kini harus diraikan.

Ketika Salahuddin meminta persetujuan dari khalifah di Baghdad yakni An-Nashir, ternyata khalifah setuju. Maka pada musim ibadah haji bulan Dzulhijjah 579 H (1183 Masehi), Salahuddin sebagai gabenor haramain (dua tanah suci, Makkah dan Madinah) mengeluarkan arahan kepada seluruh jemaah haji, agar setelah kembali ke kampung halaman masing-masing segera mempersiapkan diri untuk menyambut perayaan maulidur di mana saja berada,dan bahawa mulai pada tahun 580 Hijriah (1184 M) tanggal 12 Rabiul-Awal dirayakan sebagai hari Maulid Rasul dengan berbagai kegiatan yang membangkitkan semangat umat Islam.Namun perlu diingatkan disini bahawa sambutan yang dilakukan Al-Ayubi ini mendapat tentangan dari para ulama .Antara sebab para ulama menentang adalah sejak zaman Nabi peringatan seperti itu tidak pernah ada. Lagi pula hari raya rasmi menurut Islam cuma ada dua, yaitu AIdil Fitri dan AIdil Adha. Akan tetapi Salahuddin kemudian menegaskan bahawa perayaan Maulid Nabi hanyalah kegiatan yang menyemarakkan syiar agama, bukan perayaan yang bersifat ritual, sehingga tidak dapat dikategorikan bid`ah yang terlarang.

Antara kegiatan yang diadakan oleh Sultan Salahuddin pada peringatan Maulid Nabi yang pertama kali tahun 1184 (580 H) adalah menyelenggarakan sayembara puisi dan penulisan riwayat Nabi beserta puji-pujian bagi Nabi dengan bahasa yang seindah

Mungkin.itu lah serba ringkas sejarah permulan Maulidur rasul,dan artikel ini bukanlah satu artikel yang mutlak mengatakan “memang ini lah sejarahnya” tapi ia sekadar satu usaha pengkajian ringkas saya bagi memberikan Information kepada para pembaca,jika ada kesilapan fakta dan sebagainya maka saya sangat mengalu-alukan pembetulan artikel ini.Dan artikel seterusnya kita akan lihat apa pula pandagan para ulama silam dan masa kini tentang menyambut perayaan Maulidur rasul ini…Tunggu,……

h1

Menjelang Maulidur Rasul

March 26, 2007

Menjelang Maulidur Rasul
oleh:YaWauSin aljohori

12 RabiulAwal menjelang lagi,pasti ramai sudah dapat tangkap apa yang nak saya utarakan pada artikel kali ini,tapi artikel kali ini akan membincangkannya dalam skop yang lebih luas dan ilmiah.Maulidur rasul ataupun kelahiran nabi saban tahun kita sambut,pelbagai acara kita lakukan dan nikmati sempena Maulidur rasul,tapi sedar tak sedar kita sendiri tidak tahu siapa itu Muhammad Bin Abdullah.Dikesempatan ini saya akan memperkenalkan siapa itu Muhammad Bin Abdullah dan asal-usul perayaan maulidur Rasul ini.Selain itu saya juga akan mengupas Tarikh sebenar kelahiran Nabi dan pendapat dari beberapa ulama mengenai hokum menyambut Maulidur rasul ..InsyAllah..

Nama sebenar baginda adalah Muhammad Bin Abdullah bin Abdul Muthalib(yang sebenarnya Syaibatul Hamd) bin Hisyam Bin Abdul Manaf (nama sebenarnya Al-Mughirah) Bin qushayyi(nama sebenarnya Zaid) Bin Kilab Bin Murrah Bin Kinanah Bin Khuzaimah Bin Mudrikah Bin Ilyas BinMudhar Bin Nazar Bin Mu’iddu Bin Adnan.(rujuk kitab Feqh Sirah Said Ramadhan Al-buthi).Nasab ini diperolehi melalui hadis nabi yang diriwayatkan oleh Muslim,Sabda Nabi “sesungguhnya Allah telah memilih Kinanah dari anak Ismail dan memilih Quraisy dari Kinanah,kemudian memilih Hasyim dari Quraisy dan memilihku dari Bani Hasyim”

Kita semua sudah sedia maklum bahawa kelahiran nabi besar kita adalah 12 Rabiul Awal tapi sebenarnya tarikh itu diperselisihkan dan ia sebenarnya tidak tepat dan sebenarnya kelahiran baginda adalah 9 Rabiul awal dan ia telah di persetujui oleh beberapa ulama iaitu :

Humaidi, Uqail, Yunus bin Yazid, Ibnu Abdillah, Ibnu Hazam, Muhammad bin Musa Al-Khuwarazmi, Abdul Khattab Ibnu Dihyah, Ibnu Taimiyyah, Ibnu Qayyim, Ibnu Kathir, Ibnu Hajar dan Badruddin `Aini (Al-Bidayah wa An Nihayah, jilid 2 halaman 260-261)

Ia diperkuatkan lagi berdasarkan kajian yang dibuat oleh sarjana Islam yang bernama Muhammad Pasya seorang ahli falak Mesir.Kajian yang dibuat adalah cuba menentukan tarikh gerhana matahari dan gerhana bulan yang berlaku semenjak zaman Nabi s.a.w. hingga ke zaman beliau.

Berdasarkan kajian beliau, hari Isnin tidak mungkin bertepatan dengan 12hb. Rabiul Awwal mengikut perkiraan bagaimanapun hari isnin pada bulan berkenaan (Rabiul Awwal) ialah jatuh pada 9 haribulan. Beliau mengemukakan beberapa alasan untuk menyokong hasil kajiannya. Antara alasan-alasan yang dikemukakan oleh Mahmud Pasya ialah:

· Dalam Sahih Bukhari disebut ketika anak Rasulullah saw iaitu Ibrahim wafat, telah berlaku gerhana matahari iaitu pada tahun ke 10 Hijrah dan Nabi Muhammad saw ketika itu berusia 63 tahun.

· Berdasarkan kaedah kiraan falak, diketahui bahawa gerhana matahari yang berlaku pada tahun 10H itu adalah bertepatan dengan 7hb. Januari 632M pukul 8.30 pagi.

· Berdasarkan kepada kiraan ini, sekiranya kita undurkan 63 tahun ke belakang mengikut tahun qamariah,maka kelahiran Nabi saw jatuh pada tahun 571M. Berdasarkan kira-kira yang telah dibuat beliau, 1hb.Rabiul Awwal menepati 12hb. April 571M.

· Perselisihan pendapat berlaku tentang tarikh kelahiran Nabi saw, walau bagaimanapun semua pihak telah sepakat mengatakan ia berlaku pada hari Isnin bulan Rabiul Awwal tersebut. Tetapi Mahmud Pasya mendapati hari Isnin jatuh pada 9hb. Rabiul Awwal bersamaan 20hb. April 571M. Ia diperkuatkan lagi dengan pendapat ulama-ulama muktabar yang telah disebutkan tadi di atas.

Di antara penulis sirah mutaakhir yang menyokong pendapat ini ialah Syeikh Muhammad Al Khudhori Bik di dalam “Nurul Yaqin” (hal. 6), Safiyyuul Rahman Al Mubarakpuri di dalam “Ar Rahiqul Makhtum” (halaman 54), `Allamah Sibli Nu’mani di dalam “Siratun Nabi” (jilid 1 hal. 176), Maulana Abdul Kalam Azad di dalam “Rasul Rahmat” (hal. 37) dan lain-lain.(rujukan ibid)

Kesimpulannya Kelahiran nabi adalah 9 Rabiul Awal bukanlah 12 Rabiul awal,dan pendapat ini diperkuatkan lagi dengan pandangan Syeikh Muhammad Bin Salleh Al-Utsaimin berkata bahawa tarikh yang paling tepat adalah 9 rabiul awal dan 12 rabiulawal adalah tidak tepat. [Majalah Al-Mujahid, edisi 22, Syaikh Ibnu Utsaimin]

Artikel yang seterusnya akan saya akan paparkan sejarah siapa yang memulakan sambutan Maulidur Rasul ini dan apakah hukumnya menurut pandangan syariat.Tunggu……..

h1

PUISI UNTUK SAHABAT…….

March 24, 2007

SAHABAT

Sahabat,
Bila bumi dilanda Tsunami,
kau tetap bermimpi lagi,
tanpa resah dan sangsi,
kau masih mendendami diri ini,

sahabat,
Adakah ini semangat diri,
kau selalu bermegah sendirian,
mambina rencana berduri,
Untuk membina identiti,
Berlatar Iblis keji,

Sahabat,
Ini bukan leteran.
Tapi penerang hati,
Membuka Minda suci,
Agar menjadi muslim sejati,

sahabat,
Kau lupa siapa dibelakang,
Kau terus bergerak lantang,
tanpa peduli insan disisi,
berlari-lari tanpa peduli,
berasa riang bersendiri

Sahabat,
Kini kau hilang diri,
Bukan gila babi,
tapi lupa diri,
Siapa yang kau kenali,
Sudah kau lupai.

Sahabat,
Aku tetap dsini,
menunggu kau insafi,
tanpa ragu dan sangsi,
aku tetap sahabat sajatimu,
Yang tetap mengasihani,

Kaulah sahabat sejatiku………

yussamir yusof aljohori.
tahun 2005

h1

SELESAI SUDAH TANGGUNGJAWAB KAMI

March 24, 2007

selesai sudah

SELESAI SUDAH TANGGUNGJAWAB KAMI

Assalamualaikom kepada para pembaca blog “YANG MENDAMBAKAN TUHANNYA”.Apalah maknanya jika perjuangan tanpa penentangan,dan setiap kebenaran pasti akan timbul kebatilan yang mahu memadamkan kebenaran.Begitulah hidup seorang dai dan penulis,mereka perlu sedar akan apa yang perlu mereka hadapi.Biarlah apa saja yang mahu ‘mereka’ katakan dan lakukan,tapi kita mesti sematkan didalam diri ini,bahawa kita bukan mencari redha mereka-mereka ini tapi kita mencari redha Allah tuhan yang kita sentiasa dambakan.Sepertimana yang saya perkatakan sebelum ini sahabat-sahabatku,biar kita mengalah kepada mereka yang jahil kerana itulah sebenarnya kepahlawanan kita sebagai seorang hamba Allah.Dan janganlah sesekali kita takut mengatakan kebenaran pada haknya dan juga sebaliknya pada kebatilan,kerana itulah diri kita.Dan disebalik semua ini,ramai mereka yang kepanasan dan tidak dapat duduk diam dan ia juga menimbulkan keretakan Silaturahim,walaupun pada ketika kebenaran ada tapi sebgai seorang muslim tidak rela dihati ini melihat keretakan ini.Sepertimana yang mereka mahukan ,saya dengan rasa rendah diri jika segala artikel saya sebeleum-sebelum ini yang menimbulkan ketidapuasan hati pada anda (Rashid,budakcun, dan bdkpk) maka saya MEMOHON MAAF,kembalikanlah tautan ukhwah antara kita,dan saya juga memhohon Maaf bagi pihak sahabat-sahabat saya yang tidak jemu-jemu bersama-sama mencari kebenaran bersama saya walaupun pelbagai himpitan yang perlu sahabatku lalaui.Jasamu tidak terbalas.Maka berhentilah setakat ini isu jai dan Stromberg ,kerana message saya dan sahabat-sahabat saya sudah sampaikan,sekarang ini tinggaal anda-anda diluar sana saja yang tentukan.Gunakan akal dan pertimbangkan berdasarkan quran dan sunnah…Dan saya mahu katakan pada Rasyid bahawa perjuagan dakwah saya dan rakan-rakan saya adalah semata-mata kerana Allah bukan mahu mempertahankan yang batil atau kepentingan.Dan kami langsung tidak ada kepentingan apa-apa kerana jiwa kami ditanganNYA. Sekian~~~~

h1

Wahai sahabatku inilah tarbiah kita

March 23, 2007

Wahai sahabatku inilah tarbiah kita

dari sahabatmu yussamir yusof aljohori

“Apakah perkara yang perlu kita lakukan apabila kita berhujah dengan mereka yang jahil?”Adakah kita kan terus-menerus dengan hujah kita dan adakah kita akan terus dengan menyogok mereka dengan kebenaran sedangkan mereka tidak mahu menerimanya?Adakah kita masih mahu teruskan ketegangan dengan mereka?Jika kita masih berdegil untuk berhujah walaupun ia nya benar,sebenarnya kamu adalah orang yang kalah dan bodoh walaupun kamu berilmu.Sikap orang yang berilmu adalah berhenti dan berdiam diri jika menghadapi situasi berdepan dengan mereka yang jahil yang berhujah dengan emosi dan kata-kata nista.Kerana berdiam diri itu lebih baik bila berdepan dengan orang-orang begini jika kamu teruskan maka kamu akan hidupkan api yang mulanya kecil menjadi besar,bukan orang yang menyalakan sahaja akan terbakar tapi kamu turut terbakar.” Pesan ustas Ilham guru hafazan dan khat saya.Memang pesannya cukup berkesan dalam diri ini apabila menghadapi situasi diatas,saya juga merasakan berdiamnya saya adalah satu perkara yang wajar kerana saya tak mahu termasuk mereka yang terbakar.Saya juga teringat dengan satu pepatah melayu iaitu mengalah tidak semestinya kalah.Terima kasih sahabat dalam susah senang kamu semua tetap bersama saya,dan jika saya salah dan tersasar kamu membetulkan saya dan bila saya betul kamu tambah lagi kebenaran itu.Terima kasih sahabat kerana persahabatan kita atas cinta yang sama iaitu untuk mengangungkan Allah,minda ini sentiasa teringat-teringat dengan hadis nabi “Dari Abu Hurairah katanya RasullAllah bersabda “sesungguhnya Allah Taala berfirman pada hari kiamat kelak , “MANA ORANG-ORANG YANG SALING MENCINTAI KERANA KEAGUNGANKU?Hari ini Kunaungi mereka ,dimana tidak ada naungan yang lain selain naunganKU” (Hadis riwayat Muslim bab kebajikan ,silaturahin dan adab ms 207 kitab sahih muslim)

Dan saya juga teringat akan sabda nabi mengenai mereka sentiasa memaafkan orang yang berbuat jahat pada diri mereka iaitu“Dari Abu Hurairah dari RasullAllah SAW sabdanya “sedekah tidak mengurangi harta seseorang .Seseorang yang pemaaf Allah menambahkan kemuliaan baginya.Dan seorang yang tawaduk kepada Allah maka Allah akan menaikkan darjatnya (Hadis riwayat Muslim ms 217) dan dek kerana hadis diatas la saya akan InsyaAllah sentiasa memaafkan orang.Bila kita lihat trend cabar mencabar dan debat berdebat yang tidak kunjung padam saya berasa terkilan kerana tidakkah mereka sedar akan satu hadis nabi “orang Mukmin sesame orang mukmin bagaikan sebuah rumah.Satu sama lain hendaklah saling menguatkan(hadis riawayat Muslim).Berdiamnya saya bukanlah satu perkara yang sukar dan kepada sahabat saya yang menyuruh saya menyangkal mereka-mereka ini,saya mohon maaf kerana saya takut hati ini penuh dengan rasa marah dan kebencian bila lakukan semua itu.Sahabatku tidakkah kita sama-sama mengetahui bahawa junjungan besar kita pernah berpesan pada kita melalui sunnahnya iaitu “Yang bernama hebat bukanlah orang yang banyak menjatuhkan lawannya,tetapi orang yang handal dan sejati adalah orang yang sanggup menguasai dirinya ketika marah” (hadis riwayat Muslim).Nah!Junjungan kita telah berpesan sebegitu dan inilah jalan terbaik buat saya dan kita semua,berdiamlah sebentar tapi ingat jiwa kita pada Islam dan perjuangan kita dalam menegakkan kebenaran atas dasar cinta kita pada Allah tidak akan sesekali padam dan terdiam.Kita akan teruskan perjuangan kita dalam pelbagai medium,sama ada penulisan atau sebagainya,dan bagi saya selagi nyawa ini didalam tanganNYA ini tidak diambil selagi itu tangan ini tetap terus untuk menulis.Dan perjuangan kita tidak akan pernah padam sahabatku.Biarlah mereka-mereka mahu menghina atau perbuat apa-apa pun kerana kita sentiasa ditarbiah dengan hadis nabi “seorang muslim adalah saudara bagi sesama muslim ,kerana itu janganlah menganiaya,jangan membiarkannay teraniya dan janganlah menghinany.Taqwa tempatnya disini!sambil baginda menunjuk ke dadanya sebanyak 3 kali.Alangkah besar dosanya menghina saudara sesame muslim,setiap muslim haram menumpahkan darah saudara sesame muslim.Haram merampas haratanya dan haram mencemarkan kehormatan atau nama baiknya(Hadis Riwayat Muslim ms205).Dan sahabatku yang saya sangat sayangi tidak perlulah lagi kita berterusan menulis di shout box saya untuk menyangkal mereka kerana diri kita tidak ditarbiah sepertimana mereka perlakukan.Sahabatku biarlah keadaan dan masa yang dibawah kawalan Allah yang mengadilinya,teruskan perjuangan kita mencari kebenaran dan membongkar penyelewengan dan kepalsuan.Dan jangan biarkan agama Islam terus diperlekeh oleh mereka yang tidak tahu,inilah tarbiah kita wahai sahabatku.

Dan sahabatku ini pesanku yang terakhir dalam artikel ini,janganlah ada setitik pun permusuhan kita terhadap mereka ini didalam hati kita,hayatilah pesan Nabi ini sahabatku “Pintu syurga dibuka setiap hari isnin dan khamis,maka Allah akan ampuni setiap dosa hambaNYA yang tidak musyrik kecuali orang yang bermusuhan dengan saudaranya(sesama muslim).Maka dikatakan,tunggulah dahulu dua orang uni berdamai!Tunggulah kedua orang ini berdamai!Tunggulah kedua orang ini berdamai!(hadis Riwayat Muslim ms 205)…Kita ditarbiah dalam tarbiah Islam maka tunjukkanlah keagungan Islam itu melalui sikap kita wahai sahabatku,sahabatku teruskan perjuangan kita walau diri kita dihimpit dengan pelbagai dugaan dan cubaan.Tidakkah kita selalu membaca firman Allah “[2.286] Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”.

sekian dari sahabatmu ~~wasalam

h1

Ukhwah fiLLAH Abadan-abadan

March 22, 2007

Ukhwah fiLLAH Abadan-abadan

bertarikh 22 mac 2007 imansipasi dan wanita berakhir

Assalamualaikom kepada semua.Alhamdulilah program Imansipasi dan kebebesan wanita telah tamat dengan cemerlang.Saya sebagai ketua bahagian Sponosoship mengucapkan berjuta2 terima kasih kepada semua rakan-rakan yang sama-sama mengharungi susah dan senang dalam menjayakan program ini,jasa kalian hanya Allah dapat membalasnya.Saya terasa sebak dan terharu dengan kerjasama kalian,dan program ini juga menambahk kekuatan dalam talian persahabatan kita semua.Tiada kata dapat diucap atas kemanisan persahabtan ini,kita seperti adik beradik dan sentiasa bersama dalam segala hal.Walau kita kadang-kadang bertegang urat dalam beberapa khilaf tapi kita tetap bersama.Ya Allah..ini lah persahabatan kami,moga kau teruskan dan tambahkan nikmat persahabatan dikalangan kami.Terima kasih semua….

Saya pun memohon maaf kepada semua jika saya ada buat perkara yang membuatkan kalian terasa dan sakit hati,sebab saya pun adalah manusia biasa yang tidak lari dari kesilapan,dan janganlah simpan ddidalam hati.Moga dilain hari kita bersama lagi dalam program dakwah ini,dan janganlah kalian kecewa disebabkan program kita ini tidak berapa mendapat sambutan kerana sambuta itu adalah isu kedua.Yang utamanya kita ada menjalankan tugas kita sebagai khalifah Allah.Dan saya berbangga dengan kalian,semangat kalian dan jiwa kalian terhadap islam membuat saya betul-betul menghargai Islam.Kalian juga membuatkan saya sentiasa mendambakan persahabatan ini.Ini barulah boleh dinamakan Ukhwah FiLLAH Abadan-abadan.Moga kalimah Ukhwah ini tetap utuh dalam sanubari kita semua.

Ikhlas dari hati seorang sahabat yang sentiasa mendambakan tuhannya.
Yussamir yusof aljohori

h1

Hukum Pelaburan Amanah Saham Bumiputra

March 21, 2007

Hukum Pelaburan Amanah Saham Bumiputra

Salam,
Disertakan koleksi jawapan yang pernah saya berikan di Forum saya , sila buka http://www.freeforum101.com/jordanian/

hukum ASB telah saya sebutkan byk kali di pelbagai tempat.

Majlis Fatwa Selangor kata haram.
Bekas mufti selangor Dato’ Ishak Baharom kata pd saya, hal ini telah dibawa dalam meeting majlis fatwa kebangsaan dulu, dan hukumnya adalah haram tetapi tidak wartakan secara rasmi.
Seorang Pengerusi Majlis Penasihat Shariah yang utama di Malaysia juga pernah mengatakan kepada saya bahawa beliau tidak setuju dengan cara pelaburan ASB.

Dan saya juga tidak setuju kerana :-

1) Aqad pelaburannya tidak jelas dan tidak menurut syarat pelaburan Mudarabah yang diakui oleh 4 mazhab.

2) Jaminan capital / modul oleh ASB menyebabkan aqadnya bermasalah.

3) Pelaburannya bercampur dengan yang haram lebih daripada 30 percent. ASB juga TIDAK PERNAH DIBINCANGKAN OLEH Majlis Penasihat Shariah Suruhanjaya Sekuriti DAN OLEH KERANA ITU, ia tidak termasuk di dalam senarai kaunter yang jelas statusnya.

Berikut pula adalah Jawapan Terdahulu Saya

salam ,

Disertakan jawapan saya sekali lagi, yang pernah saya berikan di web ahkam.net untuk perhatian pembaca. ditambah dengan komentar tambahan saya tentang isu ini.

Gelaran mufti atau tidak, tidaklah boleh dijadikan isu seolah-olah ianya jawapan muktamad dan maksum, tetapi hujjah dan kajian adalah penentu. wallahu a’lam.

Ada sesetengah pihak spt Prof. Mahmod Zuhdi berkata ianya dibenarkan di atas dasar maslahat kerajaan untuk beri kekuataan ekonomi dan sebahagian kekayaan negara kepada bumiputra secara mudah. Tetapi bagi saya ia ternyata hujjah yang agak longgar. Bagi yang boleh membaca teks bahasa arab, sila buka di

http://www.zaharuddin.com/Maqasid%20Shariah.htm

dibwah ini adalah artikel dari Ustaz zaharaddin:

Jutseru, bagi saya amat jelas tiada maslahah dalam menggunakan suatu kontrak dan kaunter pelaburan yang haram, sedangkan ianya boleh menggunakan kontrak Islam Mudarabah, dan boleh memilih kanter halal sahaja, seperti yang di lakukan oleh Public Ittikal, Unit Trust Islam, pelaburan GIPPS oleh RHB Asset Management dan banyak lagi. Ia juga memberi pulangan yang boleh tahan, dan yang lebih penting ianya HALAL.

Bismillah wa hamdalillah,
Setelah membuat kajian di ASB , maka jawapan yang paling tepat untuk soalan ASB adalah seperti berikut :-
Ia adalah haram dan tidak sah seratus peratus, seluruh dividen hasil ASB juga tidaklah sah di sudut syara’ kerana sebeba berikut :-

1) Pelaburan ASB iaitu sebanyak 37.30 % ke Maybank (perbankan Ribawi yang haram memonopoli industri)
2) Commerce asset holdings berhad (Konvensional) – 1.11 %
3) British American Tobacco berhad 1.07 %
4) Malaysian National Reinsurance Berhad – 0.89 % ( insuran konvensional)

justeru, jika menurut ukur rujuk (benchmark) peratusan pelaburan haram dalam sesbuah syarikat yang dibuat oleh Majlis Penasihat Shariah Suruhanjaya Sekuriti , ( rujuk keputusan Majlis Penasihat Shariah SC). Maka jumlah di atas sudah menjadikan pelaburan haram menguasi dana pelaburan ASB. ini menyebabkan nya menjadi haram.


Bagaimanapun, kemudian timbul fatwa yang menghalalkannya atas hujah di atas.
Bagaimanapun minta maaf saya katakan bahawa semua hujjah di atas terlepas pandang satu aspek kritikal dalam mengesahkan pelaburan ASB. iaitu aspek AQAD PELABURAN YANG digunakan. adakah ia mudabarah atau musyarakah atau apa?
Perlu diingat bahawa jika aqad nya tidak sah dari sudut syara’ maka seluruh pelaburan adalah batal tanpa mengira dalam industri halal atau haram ia dilaburkan.
Maka setelah saya merujuk ke PNB, dan buku prospektus ASB. saya dapati bahawa termaktub bahawa capital (modal) pelaburan ASB adalah di jamin oleh PNB. ini bermakna sayarat dalam aqad pelaburan ini telah bercanggah dgn syarat pelaburan Mudarabah dalam Islam.
Menurut mazhab Syafie, aqad pelaburan tadi adalah batal. Malah modal pelaburan tidak boleh dijamin oleh pihak yang mengurskan pelaburan juga di fatwa kan oleh Majma’ Fiqh Islami atau OIC Islamic Fiqh Academy dalam konvensyen ke 9 mereka telah memutuskan bahawa jaminan modal hanya dibenarkan jika ia datang dari pihak ketiga. dan dengan syarat ia tidak dimasukkan di dalam kontrak mudarabah.
Adakah ini dijaga oleh ASB…tidak sama sekali kerana mereka langsung tidak mempunyai Penasihat Shariah. Sepatutnya jika Malasyia ingin menjadi Global Islamic banking and Finance Hub.. sebagaimana di warwarkan Oleh Dato’ Seri Najib, PNB harus di Islamisasikan terlebih dahulu. gunakan konsep mudarabah dalam pelaburan mereka dan melabur di kaunter halal sahaja.
Banyak lagi kaunter halal untuk melabur wp kurang sikit dividen, biar halal walaupun sedikit, daripada banyak tapi haram .

adapaun berkenaan jaminan modal pelaburan yang tidak akan terlupus dan tidak akan hilang walau apa pun terjadi, maka ia tidak menepati shariah.


Isu Jaminan wang modal tidak lupus : dalam kontrak Pelaburan

Keistimewaan ini adalah tidak sah menurut SELURUH ULAMA EMPAT mazhab. Ini kerana dalam konsep Pelaburan Islam yang dikenali sebagai Mudarabah dan Musyarakah, tiada sebarang jaminan dari pengusaha bahawa modalnya terjamin. Menurut Mazhab Maliki dan Syafie menganggap kiranya terdapat dalam kontrak mana-mana pelaburan mudarabah yang mana pihak pengurus menjamin bahawa modal tidak akan lupus walau apapun keadaan berlaku (samada akibat kelalaian atau tidak), maka aqad atau kontrak itu terBATAL. (Hashiyah Ad-Dusuqi, 5/284 ; Mughni al-Muhtaj, As-Syarbini, 3/419 ). Manakala menurut Mazhab Hanafi dan Hanbali, syarat seperti ini terbatal dan kontrak adalah sah ( Bada’ as-Sanai, al-Kasani, 5/115 ; Al-Insaf, Al-Mardawi, 5/313 ) ;

Menurut Shariah, hanya dua jenis jaminan modal di izinkan dalam aqad Mudarabah iaitu :-

a) Jaminan modal dikembalikan jika pihak ‘mudarib’ ( pengurus pelaburan) mengkhinati mana-mana isi kontrak, kecuaian yang jelas dalam pengurusan dan yang sepertinya.
b) Jaminan dari pihak ketiga dan bukannya pihak pengurus pelaburan (mudarib)

Malangnya, kedua-dua ini tidak termasuk dalam aqad pelaburan ASB.

Harap ianya dapat menjelaskan isu ini.
sekian
ust zaharuddin abd rahman
8 syawwal 1427 H
31 Okt 2006

h1

Bukti penyelewengan Syarikat ini

March 21, 2007
Bukti penyelewengan Syarikat ini

JAI NETWORK SYSTEM SDN BHD (JNSSB)

Kepada rakan rakan sekelian, saya telah mendapat peluang terbaru dari Syarikat Jai Network yang beribu pejabat di Kuantan. Syarikat ini adalah mengedarkan alat penjimat minyak yang dipanggil Stromberg Fuel Saver. Untuk makluman anda Syarikat ini telah mendapat hak ( Sole Agent ) bagi kawasan asia pasifik ( 56 negara ). Maklumat lanjut tentang syarikat ini anda boleh layari laman web nya www.jnssb.com

Diatas adalah salah satu kenyataan yang dibuat oleh mereka-mereka yang mempromosikan Stromberg ini tapi ia menjadi satu misteri pada saya kerana saya mendapat information yang sebaliknya dari syarikat yang bertanggungjawab mengedarkan produk ni. disini saya akan paparkan email yang dihantar kepada rakan saya.Saya sebenarnya tidak mahu membongkar lagi peneyelewengan syartikat ini tapi tidak boleh tidak saya perlu membongkar juga penyelewengan ini..Selain itu ada juga mereka menggunakan nama ustaz zaharudinn dalam perniagaan ini,dan perkara ini juga membuatkan saya pening kerana Ustaz zaharuddin sendiri mengatakan beliau tidak ada mengeluarkan apa kenyataan pon berkaitan dengan syarikat ini.Bagaimana ini?Dan pasti ada suara2 mengatakan dimana buktinya?Dibawah ini saya akan nyatakan semua bukti2 nya.Saya hairan bagaiman mereka boleh mengunakan slogan membangunkan ekonomi ummah sedangkan perniaagaan mereka pernuh dengan peneyelewengan…HAiran bin Ajaib,itu sebab saya katakan pelaburan ini sebagai pelaburan islam yang tidak islam.Erm saya pun tak nak memanjangkan perkara ini,tapi para pembaca boleh melihat sendiri penyelewengan syarikat yang datang ke MMU baru-baru ini.Lihat lah dengan mata dan hati ikhlas bukan melihat dengan mata dan hati yang mahu duit saja tidak kira dari mana datang duit tersebut…

Dibawah ini saya bawakan semua bukti-buktinya..lihat dan fikir-fikirkan wahai manusia.

*sesiapa yang mahu lihat dengan jelas email ini,saya akan paparkan link dia dalam masa dua hari lagi..sekian

dan shot box di site Ustaz Zaharudin:

h1

MUKHSIN YANG DILOLONG-LOLONGKAN DI MEDIA MASSA

March 20, 2007

MUKHSIN YANG DILOLONG-LOLONGKAN DI MEDIA MASSA

OLEH:YaWauSin

lepas habis exam midterm MA 1

Mukhsin?Ada apa dengan Mukhsin?Saya terasa teruja apabila diajak untuk menonton filem tersebut..Kenapa?Sebab saya ada satu perasaan untuk tahu apakah dan bagaimanakah Idea yang Yasmin olah untuk file ini sehinggakan filem ini mendapat 2 anugerah antarabangsa.Saya tak mahu terpengaruh dengan kritikan-kritikan yang kini sedang berputar didada-dada akhbar dewasa ini,hinggakan tersalah menilai buah tangan Yasmin kali ini.Sepet dan Gubra adalah filem yang sangat mendapat kritikan dan respon dari pelbagai pihak,malangnya saya tak berkesempatan untuk menonton habis filem tersebut kerana kebosanan dan kekeliruan saya terhadap kritikan dari FT iaitu penulis novel masa kini.Dipengaruh atau terpengaruh dengan kritikan beliau saya tak dapat pastikan tapi yang pasti kritikan beliau membuat saya sebagai seorang yang rigid,namun Alhamdulilah saya bersikap berdiam diri apabila ramai yang hangat mengkritikan filem-filem tersebut.

Bagus dan first class boleh saya katakan terhadap buah tangan terbaru Yasmin,filem ini lebih baik dari filem ‘kanak-kanak’ lucah yang diarah oleh Ahmad Idham baru-baru ini.Filem kanak-kanak lucah??Pasti ramai tertanya-tanya bagaimana boleh dikatakan filem kanak-kanak dikatakan lucah?Jawab saya ‘YA’ memang lucah.Dan saya sendiri tak tahu apa motif dan objektif pengarah tersebut membikin filem tersebut,dan saya merasa hairan bagaimana orang diluar sana yang sentiasa terpekik terlolong apabila buah tangan Yasmin berada di pangung wayang tidak nampak filem lucah itu diedarkan dan kemana keghairahan mereka untuk mengkritik??

Saya menulis artikel ini bukan untuk menyokong atau mendokong karya Yasmin tapi saya rasa kritikan-kritikan sebelum ini tidak relevan dan banyak yang prejudis.Memanglah filem-filem sebelum ini ada yang boleh dipertikaikan, tapi orang-orang diluar itu hanya melihat buruknya sudu dari cantiknya pinggan.Tapi pasti ada suara-suara langau yang akan mengatakan bahawa saya ini liberal,dangkal agama,tidak relevan dan berbagai lagi yang selalu dilaung-laungkan oleh langau-langau tersebut?

Tapi sedarkah anda semua filem2 yang diarahkan Yasmin lebih kepada reality diMalaysia,nak taknak kita semua terpaksa menelan semuanya.Dan janganlah mengangap artikel ini hanya akan membincangkan kebagusan filem ini saja,tapi saya juga menyediakan buah tangan kritikan-kritikan terhadap file mini.

Walaupun filem ini bagus dari pelbagai sudut namun terdapat beberapa isu agama yang tidak patut dilupakan dan perlu diambil berat oleh pengarah ini semasa membikin filem ini.Antara yang boleh saya senaraikan ialah percintaan antara sepasang kanak-kanak yang belum kenal erti cinta sebenar.Sepatut adengan ini tidak perlu ditengahkan kerana ia akan mendatangkan lebih keburukan kepada pemikiran kanak-kanak yang baru mahu mengenal erti apa itu jantina dikalagan mereka.Jika kita tidak membendung perkara ini ia akan menjadi satu pemangkin dan pendorong keinginan mereka yang sekadar mahu tahu-tahu kepada perkara yang tidak kita inginkan.Saya tertarik dengan system perfileman Amerika Syarikat dimana mereka ada meletakkan umur had 12 tahun keatas terhadap filem-filem yang mana mereka rasa tidak sesuai.Dan saya rasa Malaysia perlu juga berbuat begitu tapi 13 tahun keatas,dan kalau ia dapat dilaksanakan maka saya akan meletakkan filem Mukshin dalam situasi itu.Dan adengan suami isteri yang bermanja mesra sambil dukung-dukung dan sebagainya bagi saya tidak apa-apa jika mahu menerapkan perihal laku tersebut keatas budaya kita dimana sukar sekali kita dapat lihat suami isteri bermanja dengam alasan ‘dah buang tebiat ker’ ‘ dah tua la’ dan berbagai lagi…Saya rasa perkataan dah buang tebiat dan bermacam lagi itu sepatutnya dimatikan dalam kamus suami isteri kerana ada satu riwayat yang sahih dimana Nabi SAW berlumba lari dengan Saiditina Aisyah. Sedangkan ketika itu umur Nabi juga sudah lewat 40-an.(hadis riwayat ahamd dan abu daud, HR Ahmad para pentakhrij Musnad Ahamd menyatakan sanadnya ini sahih,sesuai dengan keritiria Imam Bukhari dan Muslim).Itu kalau dilihat dari konteks yang ingin ditonjolkan maka memang bagus untuk membuka pemikiran masyarakat kita terutama melayu, tapi dari segi batas syariat maka ia memang perlu pengubahan dan Yasmin perlu ambil perhatian dalam masalah ini,kerana kita maklum bahawa kedua pasangan ‘suami isteri’ dalam cerita itu memang tidak ada hubungan yang halal untuk bermanja-manja begitu.Dan saya rasa persoalan-soalan itu sahaja bermain difikiran saya yang saya merasakan Yasmin perlu melakukan perubahan dan dapat ambil perhatian terhadap unsur-unsur yang berkaitann dengan Agama Islam.Dan ini hanyalah cebisan hati dan pemikiran saya yang dapat saya luahkan dalam blog peribadi saya ini,dan jika ada yang tidak bersetuju dengan artikel ini saya harap sangat pandagan anda dapat disalurkan kedalam box coment yang saya sediakan dibawah artikel ini..Dan artikel ini hanya satu buah pemikiran yang mahu mengoncangkan pemikiran masyarakat khususnya mahasiswa…sekian